Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah hari ini menggesa rakyat Malaysia bersiap sedia menghadapi krisis ekonomi berpanjangan berikutan kelembapan ekonomi global dan krisis kewangan yang teruk sekarang.
"Bagi tahun-tahun mendatang, ancaman kelembapan ekonomi global dan krisis kewangan teruk terus menghantui fikiran kita semua.
"Kesannya terhadap ekonomi domestik tidak dapat dielakkan dan ini dicerminkan dalam langkah persediaan yang diambil oleh kerajaan Malaysia dalam menghadapi jangkaan kegawatan ekonomi domestik," titah baginda semasa berucap di persidangan Rotary International District 330 ke-74 di Ipoh, lapor Bernama.
"Ia merupakan petanda lebih banyak kesulitan boleh dijangkakan dan rakyat Malaysia perlu bersiap sedia sekiranya berlaku kegawatan (ekonomi)."
Raja Dr Nazrin merasmikan persidangan itu sebagai mewakili Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, yang merupakan penaung Kelab Rotary Perak.
Baginda turut memuji kewujudan pertubuhan amal seperti Kelab Rotary yang amat penting berikutan punca sumber kini semakin berkurangan dan tahap keyakinan juga menurun pada masa sukar ini.
"Peranan anggota Rotary tidak boleh diketepikan. Kehadiran anda menawarkan keyakinan kepada masyarakat bahawa ada kumpulan yang boleh diharapkan apabila
diperlukan," titah baginda.
Baginda bertitah kira-kira 25 tahun lalu, apabila ayahanda baginda ditabalkan sebagai Sultan Perak, hanya terdapat empat kelab Rotary di negeri ini tetapi bilangannya telah bertambah menjadi 14.
"Ini amat membanggakan kerana di satu pihak ketika kita menyaksikan dunia menjadi semakin materialistik dan individualistik; pada masa yang sama kita tidak kekurangan individu dan kumpulan yang berjiwa pemurah dan penyayang.
"Beta berharap lebih banyak kelab Rotary akan ditubuhkan supaya lebih ramai masyarakat akan mendapat manfaat daripada semangat sukarela dan permurah anda," titah baginda.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan