Ape saja perubahan yang ingin kita laksanakan banyak bergantung kepada faktor sikap. Sikap ialah kehendak dalaman yang digambarkan melalui amalan terhadap tindakan kita sendiri. Kehendak pula dipengaruhi oleh pelbagai faktor lain seperti persekitaran, personal, ilmu dan kemahiran serta aras motivasi diri dalam melaksanakan tugas.
Tindakan adalah sesuatu yang bersifat sementara. Tindakan mungkin berlaku disebabkan adanya tekanan dari luar seperti arahan atau peraturan. Sedangkan amalan ialah tindakan yang terlazim yang dibentuk tanpa bergantung pada tekanan dan ianya dilakukan secara konsisten dan berterusan. Pembentukan sikap akan mengambil masa yang agak panjang untuk membentuk amalan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan