Khamis, 27 November 2008

Motif Mahathir untuk bantu Mukhriz menang

Sehingga hari ini, sudah lima tahun Tun Dr Mahathir Mohamad meninggalkan kerusi Perdana Menteri, tetapi kata-katanya terhadap Umno, masih lagi berbisa, malahan merisaukan para penyandang jawatan, dari yang paling tinggi hinggalah yang terendah.
Terbaru, beliau bercakap mengenai ada calon Timbalan Presiden Umno, yang mulanya terlalu sedikit mendapat pencalonan tetapi minggu-minggu terakhir meningkat dengan kelajuan yang mengejutkan, hingga mencukupi kuota untuk layak bertanding, dikaitkan dengan politik wang.

Dakwaan Dr Mahathir itu, tentunya menyinggung perasaan dua calon lain, selain Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin tetapi ada juga yang berpendapat, Dr Mahathir sebenarnya 'melontar sebutir batu untuk membunuh dua ekor burung.'

Sebenarnya, Dr Mahathir didakwa tidak begitu fokus terhadap pertandingan antara Muhyiddin dengan Dato' Seri Mohd Ali Rustam dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib kerana beliau sudah berkira-kira, Muhyiddin bakal menjadi pilihan perwakilan kerana sejak awal, Dr Mahathir begitu gembira dengan keberanian Muhyiddin bercakap isu dipercepatkan Pelan Peralihan Kuasa antara Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak.

Namun, hati kecilnya ingin melihat Muhyiddin menang tanpa bertanding seperti Najib yang mendapat pencalonan bulat dari bahagian-bahagian kecuali Gua Musang yang mencalonkan Tengku Razaleigh Hamzah.
Jika bukan Timbalan Presiden yang menjadi fokus Dr Mahathir, jawatan apakah yang ditumpukan?
Ada pihak mendakwa, Dr Mahathir terlalu kecewa apabila Dato' Seri Mohamad Khir Toyo dan Khairy Jamaluddin mencukupi kuota pencalonan untuk merebut jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno, sedangkan dua minggu terdahulu, anaknya, Dato' Mukhriz sahaja yang layak bertanding jawatan itu, sedangkan Dr Mohamad Khir dan Khairy Jamaluddin masih jauh ketinggalan.

Dari mata kasar Dr Mahathir, lonjakan mendadak di minggu-minggu terakhir mesyuarat bahagian-bahagian seolah-olah 'digelumangi dengan wang' hingga menyebabkan peningkatan pencalonan mereka yang belum mencukupi kuota, kelihatan mendadak. Ia tentunya menimbulkan kecurigaan. Mungkin Dr Mahathir membayangkan, bahagian-bahagian yang masih belum bermesyuarat, akan terpengaruh dengan calon yang sudah mendahului dan boleh disifatkan sebagai pilihan mutlak, sebagaimana Najib mendapat pencalonan.

Malangnya, bayangan Dr Mahathir itu, tidak berlaku kerana ketika Khairy Jamaluddin yang sudah hilang tempat berpaut, apabila Abdullah mengumumkan hasratnya tidak mempertahankan jawatan Presiden Umno, masih diterima 52 Pemuda bahagian (yang mencalonkannya). Khairy Jamaluddin dilihat bukan sahaja terpaksa melawan dengan Mukhriz dan Dr Mohamad Khir tetapi turut berdepan dengan serangan demi serangan dari Dr Mahathir. Namun, Khairy tetap mengambil sikap berdiam diri kerana baginya, lebih baik menjadi mangsa serangan Tun (Dr Mahathir) daripada menjawabnya hingga nanti dianggap sebagai biadap kerana tidak menghormati seorang negarawan tersohor.

Sebaik sahaja Dr Mahathir menyebut mengenai politik wang, beberapa pihak memintanya memberikan bukti dakwaan yang dibuatnya itu supaya Lembaga Disiplin Umno dapat menjalankan siasatan. Namun Dr Mahathir memilih untuk mendedahkan sahaja nama calon-calon yang dikatakan terlibat politik wang tetapi sekadar menyebut tanpa disertakan dengan bukti. Gertakan Dr Mahathir itu menyebabkan salah seorang dari lapan calon Naib Presiden, Dato' Seri Mohamad Khaled Nordin merayu supaya bekas Perdana Menteri tidak meneruskan niatnya itu kerana ia akan memberi kesan tidak elok dan bakal berlaku penganiyaan terhadap calon-calon tertentu.

Dalam perkembangan yang sama, Muhyiddin berani untuk disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR) kerana beliau yakin beliau tidak terlibat dengan permainan politik kotor itu, bagi mendapatkan pencalonan.
Abdullah dilihat lebih condong kepada Mohd Ali dalam pesaingan Timbalan Presiden manakala Dr Mahathir dilihat ke arah Muhyiddin. Bagi jawatan Ketua Pemuda, Abdullah tentunya condong kepada Khairy yang juga menantunya manakala Dr Mahathir tentulah mahukan anaknya, Mukhriz memenangi pesaingan itu.

Yang bersendirian bagi jawatan Timbalan Presiden, Muhammad manakala, bagi jawatan Ketua Pemuda, Dr Mohamad Khir banyak bergantung kepada kerja sendiri yang dia buat. Setakat ini, Dr Mohamad Khir mendapat 62 pencalonan, berbanding Mukhriz 74 dan Khairy, 52. Masa lima bulan untuk berkempen ini, sudah digunakan Mukhriz dan Dr Mohamad Khir yang menolak jawatan kabinet jika menang pemilihan nanti, manakala, Khairy mencabar kesemua calon-calon Ketua Pemuda berdebat untuk menyatakan misi dan visi masing-masing membawa Pergerakan Pemuda Umno menempuh gelora politik yang semakin teruk.
Apakah anggota-anggota Lembaga Disiplin Umno akan tertekan dengan kenyataan Dr Mahathir itu, hingga menyebabkan mereka menggerakkan jentera untuk memulakan siasatan dan seterusnya mendakwa kesemua pesalah laku politik wang dalam pertandingan kali ini. Apakah ada keberanian di pihak Lembaga Disiplin untuk menyiasat dakwaan jika aduan turut melibatkan calon-calon yang Dr Mahathir mahu mereka menang?
Jika tidak, kredibiliti Lembaga Disiplin akan disangsikan.
Maklumlah, Dr Mahathir tentunya mahu mereka yang disokongnya, itu menang tanpa bertanding. Sama ada berjaya atau tidak strategi Dr Mahathir kali ini, dengan memberi bayangan kepada Lembaga Disiplin supaya menyiasat calon-calon yang mendapat pencalonan melonjak di minggu-minggu terakhir, akan terjawab sebaik sahaja Lembaga Disiplin membuka fail siasatan.

Jika tidak, sebutir batu yang mahu membunuh dua ekor burung itu tidak akan berjaya kerana Lembaga Disiplin mustahil mahu bertindak atas bayangan Dr Mahathir kerana mereka memerlukan setiap dakwaan disertakan dengan bukti kukuh. Setakat ini, Lembaga Disiplin sudah mengesahkan terdapat 30 peratus aduan adalah palsu dan dibuat kerana tujuan tertentu.

Arak: Kejayaan pertama PAS di Shah Alam

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menjadi pihak berkuasa tempatan (PBT) yang pertama di Selangor - di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat - yang akan membataskan jualan minuman keras berkuatkuasa Januari depan. Ia telah diluluskan dalam mesyuarat MBSA hujung bulan lepas, kata sumber-sumber majlis itu kepada Malaysiakini hari ini.
Langkah ini dianggap sebagai kejayaan pertama usaha PAS - salah sebuah parti komponen Pakatan - untuk menguatkuasakan peraturan tersebut seperti mana diperkenalkan di Kelantan yang ditadbir oleh parti itu. Sebelum ini, dilaporkan mesyuarat exco kerajaan Selangor telah menolak cadangan tersebut yang dikemukakan oleh pihak PAS.Berikutan itu, timbul desas-desus yang mengatakan PAS akan meneruskan usahanya dengan meminta ahli-ahli majlis dari parti itu supaya mengemukakan cadangan tersebut di PBT yang mereka wakili.
Menurut sumber-sumber MBSA lagi, berikutan itu, pengeluaran lesen bagi tiga premis - kedai runcit, restoran dan kedai serbaneka 24 jam - akan disemak semula."Mereka perlu mengemukakan rayuan yang akan dipertimbangkan oleh jawatankuasa pelesenan yang juga dianggotai ahli MBSA," kata sumber-sumber tersebut.

Semakan semula lesen bagaimanapun, tambah sumber-sumber, semakan semula ini tidak melibatkan premis lain seperti hotel, kelab malam, kedai ubat Cina, pasaraya besar dan jualan oleh pemborong. Semakan semula lesen itu akan mempertimbangkan faktor lokasi tempat ia beroperasi dan maklum balas orang awam. Perkara itu didakwa telah ditimbulkan pertama kali kira-kira dua bulan sebelum cadangan itu diterima hujung bulan lalu, untuk menyediakan dokumen yang lebih terperinci. Sementara itu, ahli parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad ketika dihubungi mengesahkan penerimaan majlis itu terhadap cadangan yang dikemukakan seorang ahli majlis itu.
Katanya, beliau difahamkan, perkara itu telah dibincangkan dan diterima oleh wakil DAP sendiri. Cuma, tambahnya, terdapat sebahagian daripada ahli majlis daripada kalangan PKR yang menentang cadangan itu.Bagaimanapun, Khalid berkata, setakat yang beliau tahu, PAS tidak pernah mengarahkan ahli-ahlinya mengemukakan permohonan membataskan penjualan minuman keras di negeri itu."Perkara ini tidak pernah dibincangkan di peringkat parti," katanya yang juga bekas timbalan pesuruhjaya PAS yang baru digugurkan minggu lepas.

Mesyuarat MPK ditanya tentang desas-desus seorang ahli majlis PAS yang akan membentangkan cadangan itu dalam mesyarat Majlis Perbandaran Klang (MPK) hari ini, Khalid berkata, perkara itu mungkin terilham daripada kejayaan membawa usul itu di MBSA. Seorang ahli majlis di MPK yang juga ahli PAS kawasan Kota Raja dijangka membentangkan cadangan pembatasan jualan minuman keras di kawasan perbandaran berkenaan hari ini. Bagaimanapun, Malaysiakini difahamkan, sehingga tamat mesyuarat pada tengah hari tadi, cadangan itu tidak dibuat.

Pihak media telah memperolehi salinan kertas cadangan tersebut.

Malaysiakini menghubungi ahli majlis MPK berkenaan melalui SMS untuk mendapat komennya. Dalam jawapannya, juga melalui SMS, beliau berkata tidak mahu mengulas mengenainya.

Diminta mengulas isu tersebut, Khalid menegaskan, apa yang dilakukan ahli majlis PAS itu "hanyalah cadangan dan bukannya tuntutan".Beliau berkata, ia dikemukakan bertujuan mengawal masalah sosial seperti alkoholisme yang menular di kalangan anak muda.Katanya lagi, cadangan itu bukanlah sebahagian daripada usaha PAS menerapkan nilai-nilai Islam di negeri itu, sebaliknya bertujuan memberikan faedah kepada semua pihak tanpa mengira fahaman dan agama masing-masing.Beliau turut menegaskan bahawa keputusan itu tidak bermaksud "pengharaman penuh", sebaliknya hanya tempat-tempat tertentu sahaja.

"Kalau kita lihat, 7-Eleven, misalnya, merupakan pengenalan pertama alkohol kepada orang muda," katanya.Sementara itu, ketua penerangan PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Sharir ketika dihubungi menafikan terdapat "rancangan kedua" atau plan B PAS untuk membataskan penjualan alkohol di negeri itu setelah gagal diterima dalam mesyuarat exco negeri itu bulan lepas."Tidak ada plan A atau plan B.
Tidak ada pelan," katanya, apabila diminta mengulas laporan akhbar-akhbar berbahasa Cina yang menyebut PAS merancang membataskan jualan alkohol di seluruh Selangor.Roslan, juga setiausaha akhbar kepada presiden PAS berkata, cadangan itu tidak dibincangkan di peringkat parti dan jika ada, ia inisiatif peribadi ahli majlis PAS sendiri.
Mengulas laporan cadangan exco agama Selangor dan juga pesuruhjaya PAS negeri Datuk Dr Hasan Ali yang dilaporkan ditolak oleh mesyuarat exco Selangor, Roslan berkata, tokoh PAS itu cuma ingin kerajaan melaksanakan apa yang sudah termaktub dalam enakmen jenayah syariah Selangor 1995. Beliau juga menyelar pihak yang membocorkan keputusan mesyuarat tersebut kerana menurutnya perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat exco kerajaan negeri merupakan rahsia.
Beliau berkata, cadangan itu bukanlah pengharaman tetapi membataskan jualannya kepada orang Islam."Kelantan pun tidak haram. Cuma tidak boleh beli, minum di tempat terbuka," katanya.

Saiful nafi dakwaan dia meninggal dunia

Mohd Saiful Bukhari Azlan hari ini menafikan dakwaan yang disiarkan di laman web dan cakap-cakap bahawa dia kini terlantar sakit, menjadi lumpuh dan mengidap penyakit kelamin sehingga ke tahap lebih liar kononnya telah meninggal dunia.Mohd Saiful, 23, yang sebelum ini mendakwa dirinya diliwat oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyatakan demikian dalam satu kenyataan yang dibacanya kepada wartawan selepas hadir di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pagi ini.
Dia menyifatkan semua adalah tidak benar dan merupakan fitnah serta suatu pembohongan besar yang direkacipta oleh pihak-pihak yang tertentu yang tidak bertanggungjawab.Berikut adalah kenyataan penuh Mohd Saiful:"Saya dengan ini menyangkal segala tohmahan dan fitnah yang dibuat ke atas diri saya, yang tersebar di dalam laman-laman web serta cakap-cakap yang menyatakan kononnya, saya kini terlantar sakit, menjadi lumpuh dan mengidap penyakit kelamin sehingga ke tahap saya telah meninggal dunia.
Ini semua adalah tidak benar dan merupakan fitnah serta suatu pembohongan besar yang direkacipta oleh pihak-pihak yang tertentu yang tidak bertanggungjawab.Saya ingin menegaskan bahawa keadaan kesihatan saya adalah sangat baik dan tidak sebagaimana yang difitnah oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.Saya sendiri berdoa ke hadrat Allah SWT agar kebenaran dapat ditegakkan."Sebelum membaca kenyataan tersebut, Saiful memberitahu pemberita yang dia tidak mahu mengulas lanjut tujuan kehadirannya di JAWI hari ini.

Sebelum itu, Mohd Saiful tiba pada kira-kira jam 11.08 pagi dengan temani oleh peguam Zamri Idrus dan bapanya, Azlan Mohd Lazim (foto bawah).Mohd Saiful tiba dengan memakai songkok dan berkot hitam, berkemeja putih dan berseluar hitam.Mohd Saiful dan Zamri kemudiannya masuk ke unit siasatan bahagian penguatkuasa JAWI, manakala bapanya menunggu di luar.Sebelum masuk, Zamri yang ditemui pemberita enggan menjawab dan sekadar berkata, beliau akan mengulaskannya kemudian.

Apabila ditemui selepas Mohd Saiful selesai bertemu JAWI, Zamri menjawab ringkas: "Ada sedikit perbincangan dengan pihak JAWI,"

Pada 15 Ogos lalu, Mohd Saiful telah melakukan sumpah laknat atau mubahalah di Masjid Wilayah Persekutuan dengan mengatakan bahawa dirinya telah diliwat secara paksa oleh Anwar pada 26 Jun lalu.
Manakala pada 9 Julai lalu, Anwar telah mengadukan isu laporan polis Saiful, kepada unit siasatan, bahagian penguatkuasaan JAWI, mengikut undang-undang dan peruntukan qazaf (kesalahan bawah jenayah syariah bagi tuduhan palsu).
Penasihat PKR itu dilaporkan sebelum ini sebagai berkata, atas nasihat ulama dan peguam, beliau telah membuat aduan tersebut bagi membersihkan namanya dan keluarganya daripada fitnah jahat dan mengaibkan itu. Menurut seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997, "mana-mana orang yang menuduh orang lain melakukan zina (atau liwat) tanpa mengemukakan, mengikut hukum syarak, empat orang saksi lelaki atau ikrar orang yang dituduh itu adalah melakukan suatu kesalahan.
"Jika disabitkan dengan kesalahan qazaf, seseorang boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 8 Ogos lalu terhadap tuduhan melakukan hubungan seks di luar tabii terhadap Saiful di sebuah kondominium di ibu negara pada 26 Jun lalu.

Ahad, 9 November 2008

Harga minyak dijangka turun lagi

Harga minyak dijangka turun lagi pada pertengahan bulan ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad.

Pada awal bulan ini, kerajaan telah menurunkan harga minyak petrol dan diesel sebanyak 15 sen.

Ini berikutan harga purata minyak yang berada di paras AS$70 setong pada masa ini, kata Shahrir.

"Oktober lalu harga minyak berada di paras AS$74-AS$77 dan menurun kepada AS$70 semasa lapan hari terakhir bulan tersebut," katanya kepada pemberita di Johor Bahru hari ini.

Shahrir berkata, harga niaga hadapan minyak iaitu pada bulan Disember juga menunjukkan ia akan berada pada paras di bawah AS$70, demikian dilaporkan oleh Bernama.

Trend harga minyak yang menurun itu, katanya, akan membolehkan harga minyak di pam-pam stesen minyak dikurangkan lagi pada harga yang berpatutan.

Awal bulan ini, harga petrol RON97 dikurangkan daripada RM2.30 seliter kepada RM2.15 seliter, petrol RON92 dikurangkan daripada RM2.20 seliter kepada RM2.05 seliter dan diesel dikurangkan daripada RM2.20 seliter kepada RM2.05 seliter.

Ia merupakan kali keempat kerajaan menurunkan harga minyak selepas 23 Ogos, 24 September dan 15 Oktober.

Sebelum ini, harga petrol RON97 turun dari RM2.70 seliter kepada RM2.55, RM2.45 dan RM2.30 manakala petrol RON92 dari RM2.62 seliter kepada RM2.40, RM2.30 dan RM2.20.

Diesel pula turun dari RM2.58 seliter kepada RM2.50, RM2.40 dan RM2.20.

Pertandingan 3 penjuru bagi timbalan presiden

Sah! Pertandingan bagi jawatan timbalan presiden Umno Mac ini akan menyaksikan persaingan tiga penjuru antara calon 3M - Tan Sri Muhammad Muhd Taib, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Mohd Ali Rustam.

bm version umno nomination 2009 updated at 6 34 pm on 091108Muhd Taib melayakkan diri bertanding jawatan tersebut selepas mendapat dua pencalonan untuk memenuhi kelayakan minima 39 pencalonan pada jam 1.05 tengahari tadi.

Bekas menteri besar Selangor itu mendapat pencalonan dari bahagian Kelana Jaya dan Hulu Terengganu - kedua-duanya dari Selangor.

Sebelum itu, Muhd Taib mendapat pencalonan dari bahagian Ampang - juga dari Selangor.

Manakala Mohd Ali melayakkan diri bertanding jawatan timbalan presiden semalam.

Muhyiddin pula jauh di hadapan dengan mendapatkan 88 pencalonan sehingga ini.

Datuk Seri Najib Tun Razak pula menang tanpa bertanding bagi jawatan presiden.

Sementara itu, dua lagi calon melayakkan diri bertanding jawatan naib presiden.

Mereka ialah Datuk Jamaluddin Jarjis dan Datuk Rais Yatim yang kini masing-masing mendapat 21 pencalonan.

Berikutan itu, lapan orang calon telah layak bertanding jawatan naib presiden.

Enam lagi ialah Datuk Hishammuddin Hussein, Datuk Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Shafie Apdal, Datuk Khaled Nordin, Datuk Syed Hamid Albar dan Tan Sri Isa Samad.

Sabtu, 8 November 2008

Amacam Syed Hamid Albar??

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, pembebasan penulis blog Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) merupakan keputusan mahkamah yang tidak perlu dipertikaikan.

Beliau berkata, mahkamah mempunyai hak untuk membebaskan Raja Petra dan pembebasan itu merupakan hak mahkamah sendiri.

‘‘Pembebasan Raja Petra tadi merupakan keputusan mahkamah. Itu juga merupakan hak mahkamah,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Masjid Jabatan Penjara Malaysia Kajang di sini hari ini.

UMNO terima 900 aduan politik wang

Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail meminta pucuk pimpinan UMNO segera menyelamatkan parti itu daripada kehancuran berikutan berleluasanya politik wang pada pemilihan sekarang yang disifatkan paling serius dengan lebih 900 aduan telah diterima setakat ini.

Menurut Tengku Ahmad Rithauddeen, beliau sudah pun berulang kali melaungkan amaran mengenai politik wang, malangnya lebih banyak aduan diterima kali ini berbanding pemilihan UMNO empat tahun lalu.

“Saya tidak ingat jumlahnya secara tepat tetapi rasanya sudah lebih 900 aduan mengenai politik wang diterima setakat ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pemilihan di peringkat 191 bahagian UMNO di seluruh negara dan pencalonan untuk jawatan-jawatan tertinggi parti itu telah bermula sejak 9 Oktober lalu dan dijadualkan berakhir Ahad ini.

Jumaat lalu, Majlis Tertinggi (MT) UMNO memberi amaran kepada ejen pelobi, pengurus kempen dan perayu undi calon-calon pemilihan UMNO yang berada di hotel-hotel sekitar ibu negara dan negeri-negeri supaya pulang ke bahagian masing-masing sebelum dikesan oleh pemantau serta dikenakan tindakan.

Ejen pelobi, pengurus kempen dan perayu undi calon-calon dipercayai menjadi pihak yang menyalurkan wang kepada perwakilan peringkat bahagian untuk membuat pencalonan calon-calon tertentu atau menolak mana-mana calon pesaing.

Tengku Ahmad Rithauddeen berkata, masalah utama dalam membanteras politik wang dalam UMNO kini ialah gejala buruk tersebut telah diterima oleh sebahagian besar ahli parti itu dan sudah menjadi satu bentuk budaya.

Beliau berkata, selagi minda pengamal politik wang dan ahli-ahli UMNO tidak berubah dan mereka sendiri tidak mahu gejala itu berlaku, agak sukar untuk menamatkan kegiatan politik wang.

“Perubahan minda ahli-ahli UMNO adalah perkara terpenting jika UMNO mahu melihat gejala tidak bermoral ini dihapuskan sepenuhnya,” tegas beliau.

Beliau mengulangi amaran bahawa mana-mana calon termasuk Ketua Bahagian UMNO yang baru dipilih dalam pemilihan tetap berhadapan dengan tindakan disiplin termasuk dilucutkan jawatan jika mereka didapati terlibat dalam politik wang.

Dalam pemilihan kali ini, tiga ketua bahagian telah dikenakan hukuman gantung jawatan dan beberapa orang lagi dikenakan tindakan amaran apabila terbabit dalam aktiviti politik wang dan sabotaj terhadap parti.

Selain itu, beberapa pemimpin lain di peringkat bahagian turut menerima nasib yang sama.

Mengikut statistik terakhir yang dikeluarkan Lembaga Disiplin UMNO pada 23 Oktober lalu, jumlah keseluruhan aduan yang diterima lembaga itu sehingga tarikh berkenaan ialah sebanyak 632 kes.

Jumlah aduan yang telah disiasat ketika itu ialah 135, sebanyak 40 aduan yang belum dimulakan siasatan, 51 aduan memerlukan dokumen tambahan, 92 aduan dalam kategori tiada tindakan lanjut dan 124 aduan bukan di bawah bidang kuasa Lembaga Disiplin.

Jumaat, 7 November 2008

PAS bermukim

Barisan pemimpin tertinggi PAS bermukim di Langkawi hari ini bagi membincangkan hala tuju parti selepas pergeseran terbuka mereka berhubung pembentukan kerajaan baru Pakatan Rakyat dan rundingan dengan Umno.

Pertemuan tiga hari yang bermula petang ini akan diadakan di sebuah resort di Pantai Chenang melibat anggota Majlis Syura Ulama dan ahli jawatankuasa pusat PAS.

Timbalan yang dipertua PAS Langkawi, Mazlan Ahmad berkata selaku tuan rumah, pihaknya sedang menyediakan persiapan terakhir dan pendaftaran untuk permukiman tersebut.

Beberapa kertas kerja dijadual dibentangkan pemimpin PAS, termasuk mengulas ucapan dasar presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang di muktamar Ogos lalu.

Kedudukan PAS dalam kerjasama Pakatan Rakyat, khususnya perkembangan dasar-dasar yang dikuasai kerajaan negeri dipercayai akan menjadi bahan diskusi hangat.

Mazlan menambah, permukiman ini akan bermula selepas solat Jumaat.

Dihubungi Malaysiakini dalam perjalanannya ke Langkawi, pesuruhjaya PAS Perlis, Hashim Jasin menjelaskan permukiman ini bertujuan menyelesaikan perbezaan pendapat berhubung isu-isu yang berkaitan parti itu dan Pakatan Rakyat.

Wakil rakyat Sanglang, yang juga ahli Majlis Syura Ulama, berkata pertemuan itu juga dijangka membincangkan hal-hal berkaitan pertukaran kerajaan persekutuan seperti sedang diusahakan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Ataupun sekurang-kurangnya kita mendapat maklumat mutakhir daripada pihak atasan (pimpinan tertinggi)," kata Hashim.

Sementara pesuruhjaya PAS Perak, Ahmad Awang menjelaskan permukiman itu akan bermula esok, manakala pertemuan yang bermula 8 malam ini hanyalah mesyuarat bulanan ahli jawatankuasa pusat PAS.

Katanya, permukiman tersebut turut membahaskan ucapan presiden ke arah menyatukan pandangan-pandangan barisan pemimpin PAS.

"Ucapan presiden adalah untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat. Atas asas itu kita akan susun pelan bertindak dan memainkan peranan asas itu (memperkukuh Pakatan)," katanya.

Ahmad menambah, PAS juga akan merangka strategi supaya segala dasar-dasarnya difahami di segenap peringkat anggota parti dan tidak menimbulkan perselisihan lagi.

Katanya, dasar PAS diterima oleh rakan-rakan Pakatan Rakyat, misalnya kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang ingin menegakkan 'amar makruf nahi munkar' dalam pentadbiran kerajaan negerinya.

"Nampaknya banyak pendekatan kita boleh diselaraskan dan Pakatan akan bertambah kuat," tambahnya.

Raja Petra dibebaskan dari ISA

Mahkamah Tinggi Shah Alam pagi ini mengisytiharkan bahawa penahanan penulis blog Raja Petra Kamaruddin di bawah ISA adalah tidak sah dan memerintahkan supaya beliau dibebaskan segera.

raja petra kamaruddin habeas corpus case 071108 12Hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad yang menerima permohonan habeas corpus pengendali blog popular Malaysia Today juga memerintahkan beliau dibebaskan serta-merta.

Hakim juga memerintahkan Raja Petra dibawa ke mahkamah menjelang 4 petang hari ini sebelum beliau dibebaskan segera.

Penulis blog ditahan polis pada 12 September di suatu tempat yang tidak didedahkan sebelum dibawa ke kem tahanan Kamunting di Taiping pada 23 Sept.

Raja Petra dibawa dari kem tahanan itu menjelang tengah hari sebelum dibawa di depan hakim kira-kira jam 3.15 petang dan dibebaskan lima minit kemudian.

Arahan Gani berjaya dicabar, kes Anwar kekal di mahkamah sesyen

Kemenangan moral pusingan pertama telah berjaya diperolehi oleh Penasihat KeADILan Dato' Seri Anwar Ibrahim apabila berjaya mencabar 'arahan' Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail untuk membicarakan kes dakwaan liwat di Mahkamah Tinggi.

Sebaliknya Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini memutuskan perbicaraan kes Anwar boleh didengar di mahkamah yang sama.

Keputuasan itu diumumkan jam 3.40 petang tadi oleh Hakim S.Komathy Suppiah sekaligus menyatakan sijil perakuan yang ditandatangani Gani Patail untuk memindahkan kes tersebut sebagai tidak sah.

Hujah bantahan oleh pihak pembelaan pada awal melibatkan persoalan mengenai tandatangan Peguam Negara itu pada sijil perakuan yang dilampirkan kepada mahkamah untuk memindahkan kes tersebut di bawah Seksyen 418A Kanun Tatacara Jenayah sedangkan Gani kini disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR) setelah Anwar membuat laporan polis terhadapnya.

Keputusan tersebut turut mengambil kira bahawa Anwar sedang berdepan dengan Gani dalam kes konspirasi atas dakwaan liwat 1998 beserta Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan di samping janji Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa kedua-dua individu terbabit tidak akan terlibat sama sekali dalam kes beliau yang terkini.

Anwar yang ditemui wartawan melahirkan rasa syukur dan kegembiraannya di atas keputusan tersebut dimana pihak mahkamah telah menerima hujah pembelaan beliau yang melahirkan rasa kebimbangan terhadap Gani dan Musa yang bakal mempengaruhi perjalanan dan perbicaraan kes.

"Saya yakin dan kagum dengan keberanian yang ditunjukkan menandakan mahkamah membuat keputusan tanpa dibayangi sebarang tekanan mana-mana pihak khususnya yang melibatkan konspirasi politik," katanya di luar kamar mahkamah.

Sementara itu Anwar turut mengucapkan tahniah kepada pembebasan Penulis blog Raja Petra Kamaruddin daripada tahanan ISA dan pembebasan itu turut diraikan oleh seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan.

Turut sama mengiringi Anwar ialah isterinya Datin Seri Wan Azizah, anak-anaknya termasuk Nurul Izzah, Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin dan lebih 50 penyokong beliau yang sudah berada di perkarangan Mahkamah Jalan Duta semenjak 3.00 petang lagi.

Anwar diwakili oleh barisan peguam yang diketuai oleh Sulaiman Abdullah. Turut serta peguam Sivarasah, N Sankara Nair, Lateefa Koya bersama beberapa peguam lain.

Dalam pada itu Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantaimelahirkan rasa syukur dan menganggapnya sebagai kemenangan dan kejayaan moral pusingan pertama kepada ayahnya Anwar yang didakwa atas tuduhan yang pernah didakwa pada 10 tahun lalu.

Pada 7 Ogos lalu, Anwar mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan melakukan hubungan seks di luar tabii terhadap bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada petang 26 Jun lalu di sebuah bilik di Desa Damansara Condominium, Bukit Damansara.

Jika disabitkan kesalahan bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan, Anwar boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Rabu, 5 November 2008

Ku Li tewas akibat gagal sogok wang?

Tengku Razaleigh Hamzah gagal mendapat cukup pencalonan untuk jawatan presiden Umno kerana enggan menyogok wang kepada para perwakilan, dakwa seorang pembantu bekas menteri kewangan itu.

Datuk Kamal Amir Kamal Hijaz mendakwa, wakil lebih 50 bahagian Umno yang hendak mengadakan mesyuarat perwakilan, datang menemuinya (Kamal) untuk meminta sogokan sebelum mesyuarat dijalankan.

"Ada yang datang meminta RM500 dan ada juga yang mahu bayaran sehingga RM1,500 seorang.

"(Tetapi) saya memberitahu mereka bahawa kami tidak ada wang. Tengku (Razaleigh) tidak mahu mengeluarkan wang untuk mendapatkan pencalonan.

ku li tengku razaleigh and umno agm 241106"Tengku hanya menawarkan diri supaya dinilai dan dipilih oleh para perwakilan dan bukannya memberi wang untuk mendapatkan pencalonan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Sehingga ini, Datuk Seri Mohd Najib Razak memperolehi 141 pencalonan untuk jawatan presiden Umno daripada 142 bahagian yang telah mengadakan mesyuarat.

Manakala Razaleigh hanya mendapat satu pencalonan - di bahagiannya sendiri, Gua Musang yang mengadakan mesyuarat Sabtu lalu.

'Undi angkat tangan'

Berikutan itu, Najib yang kini timbalan presiden Umno menang tanpa bertanding jawatan presiden itu dalam perhimpunan yang akan diadakan pada 24 hingga 28 Mac tahun depan.

Sebanyak 50 bahagian Umno lagi akan mengadakan mesyuarat pada Sabtu dan Ahad ini, hari terakhir jadual mesyuarat perwakilan selama sebulan.

Kamal Amir berkata, 67 bahagian mencalonkan Tengku Razaleigh untuk jawatan presiden Umno.

Daripada jumlah tersebut, katanya, 66 daripada bahagian tersebut menjalankan pengundian secara terbuka melalui kaedah angkat tangan.

"Bahagian-bahagian tersebut termasuk di Kelantan. Hanya mesyuarat bahagian Muar (yang turut mencalon Ku Li) Ahad lalu, dijalankan secara undi sulit.

"Jika mesyuarat dibuat secara undi sulit, saya yakin keadaan pencalonan untuk Tengku (Razaleigh) boleh berubah," katanya.

Kamal Amir berkata, kebanyakan mesyuarat bahagian tidak membincangkan usul, sebaliknya perwakilan meninggalkan mesyuarat selepas selesai mengundi.

Ini, katanya, seolah-olah perwakilan hanya mahu mengundi dan tidak berminat untuk membahaskan usul seperti dalam mesyuarat perwakilan sebelumnya.

Pelajar Kelantan paling ramai di Universiti Al Azhar

Pelajar Kelantan yang sedang menuntut di Universiti Al Azhar, Mesir sekarang berjumlah 1,800 orang dan ia merupakan bilangan paling ramai di negara terbabit.

Mengambil kira faktor tersebut kerajaan negeri bercadang membeli bangunan baru sembilan tingkat di Kaherah yang berharga RM15 juta.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri, Ustaz Mohd Amar Abdullah berkata, asrama tersebut dapat menempatkan seramai 400 orang pelajar dalam satu-satu masa.

"Semua pelajar Kelantan yang belajar di sana sama ada lepasan Yayasan Islam Kelantan (Yik) atau sebaliknya layak menginap di aparment tersebut.

"Negeri-negeri lain telah mempunyai rumah mereka sendiri untuk menampung pelajar mereka yang belajar di Kaherah iaitu di Hayyu Sabi'," ujarnya selepas mesyuarat Exco hari ini.

Mohd Amar berkata, semua anak negeri sama ada ibu bapa menetap tinggal di negeri-negeri lain sekarang juga layak tinggal di aparment tersebut.

Katanya, sebelum ini Kelantan memiliki dua bangunan untuk menempatkan pelajar di Al Azhar, bagaimanapun rumah itu sudah lama dan tidak dapat menampung jumlah pelajar yang semakin bertambah.

Menurutnya rumah terbabit masih boleh didiami, bagaimanapun perlu dibaiki semula.

Beliau juga menyambut baik peruntukan tambahan sebanyak RM50 juta yang disediakan kerajaan pusat bagi membantu sekolah agama rakyat (SAR) seperti diumumkan Menteri Kewangan, di Dewan Rakyat, semalam.

Bagaimanapun beliau berharap kerajaan pusat tidak mengenepikan SAR di Kelantan yang juga memerlukan sumbangan bagi meningkatkan prasarana sekolah.

Tutup ruang bahas, Najib tiada kredibiliti - demokratik

Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa (PAS-Bachok) mengecam 'tidak demokratik' Menteri Kewangan yang baru, Dato' Seri Najib Tun Razak apabila menutup ruang kepada Pakatan Rakyat untuk mencelah dalam penggulungan perbahasan Belanjawan 2009 semalam.

"Kita bukan nak mendengar kuliah ekonomi. Kita mahu dia (Najib) beri penjelasan dan jawab perkara yang dibangkitkan. Dalam masa sejam dia berucap, dia mengemuka fakta baru dan bukannya menggulung perbahasan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan ahli Parlimen Pakatan Rakyat keluar dewan selepas Najib menutup ruang bagi mencelah dalam penggulungan perbahasan.

Sepatutnya Menteri Kewangan datang untuk menggulung perbahasan belanjawan yang telah dibentangkan oleh menteri sebelum beliau dan bukannya membentang fakta-faakta baru, katanya.

Namun katanya, Najib membentang fakta baru yang 'unprecendated' dan tidak membuka ruang kepada ahli Parlimen Pakatan Rakyat untuk mencelah bagi bertanyakan soalan.

Akhirnya dengan kedegilan Najib itu, ahli Parlimen Pakatan Rakyat mengambil keputusan untuk keluar dewan.

"Kalau fakta baru yang dia nak bentang dan bukan ini caranya. Dan hari ini, penggulung dengan bajet. Kita buat walkout kerana ianya bercanggah dengan prosedur Parlimen dan dengan belanjawan itu sendiri.

"Bagi kita sudah buang masa bincang selama dua minggu tentang belanjawan dan hari ini kita diberi angka-angka baru yang kita tidak tahu," katanya ketika ditemui di Lobi Parlimen.

Beliau menyifatkan tindakan Najib menutup ruang kepada Pakatan Rakyat mencelah dalam penggulungan itu amat menyedihkan bagi permulaan untuk sebagai bakal Presiden Umno.

"Ini kerana Najib tidak berani berhadapan dengan fakta dan cabaran yang berada di hadapan beliau. Beliau tidak berani berani bertanggungjawab dan lebih bersedia. Bagi saya tidak bersedia dengan fakta-fakta yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat selama ini," katanya.

Ujar beliau, tindakan Najib itu jelas menunjukkan kebimbangan kerana pembongkaran demi pendedahan yang terlalu banyak oleh Pakatan Rakyat berhubung skandal Najib.

"Sebab itu dia takut nak berdebat dengan fakta. Dia tiada kredibiliti," tegasnya.

Sementara itu, Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim pula turut mengecam tindakan Najib yang tidak mahu memberi ruang kepadanya walaupun Pakatan Rakyat apabila menutup ruang kepada Pakatan Rakyat mencelah.

Bercakap dalam sidang media semalam selepas seluruh ahli Parlimen Pakatan Rakyat bertindak keluar dewan berikutan insiden itu, Anwar mendakwa Najib sebagai 'penakut' berhadapan dengan hujah Pakatan Rakyat.

"Kita tunggu satu jam untuk kesempatan mendapat penjelasan dan inilah kali pertama dalam sejarah Parlimen jawapan menteri yang tidak memberi ruang kepada kami untuk berbahas," katanya.

Najib hanya menyatakan bahawa beliau akan memberi ruang setelah selesai mengutarakan cadangan baru sedangkan Najib sendiri turut menimbulkan isu-isu dalam perbahasan belanjawan sebelumnya.

Beliau menyifatkan bahawa Najib gagal dalam menjadi Menteri Kewangan jika ruang untuk rakyat menyatakan suara dan pandangan ditutup dengan cara yang tidak demokratik.

"Apa yang berlaku hari ini percangghan dalam peraturan 66, sepatutnya Menteri Kewangan datang bagi menggulung perbahasan dan bukannya membentangkan Belanjawan yang baru," katanya.

Walaupun Pakatan Rakyat menggunakan beberapa peruntukan mesyuarat termasuk 37 (b) namun, Najib masih tidak membenarkan ruang mencelah, kata Anwar.

"Yang akhirnya kita keluar bila kita tanya kepada Najib apakah dia benarkan kita persoalkan, dia jawab tidak boleh itu kita tak ada faedah untuk duduk mendengar sahaja," katanya.

Bagi Pakatan Rakyat tidak ada masalah untuk mendengar apa yang dinyatakan Najib, tetapi dengan menutup ruang secara keseluruhan tetapi pada masa yang sama berbohong berhubung belanjawan alternatif Pakatan Rakyat adalah satu yang mengecewakan, katanya.

Kes Eurocopter Najib tunjuk belang-belangnya.

Kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) Datuk Azmi Khalid bahawa tidak ada penyelewengan dari segi prosedur pembelian 12 unit helikopter Eurocopter EC725 bernilai RM1.604 bilion digunakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berpesta membidas pembangkang hari ini.

Beliau, yang menjadi Menteri Pertahanan ketika pembelian itu diputuskan, mendakwa tuduhan pembangkang bahawa kerajaan berbelanja besar bagi pembelian 12 unit helikopter Eurocopter EC725 bernilai RM1.604 bilion ternyata meleset dan tidak berasas berdasarkan penilaian Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Najib tidak pula mengulas laporan bahawa keputusan PAC yang diumumkan oleh Azmi itu tidak sebulat suara.

Beberapa anggota jawatankuasa itu berpendapat urusniaga untuk membeli Eurocopter EC725 Cougar bagi menggantikan helikopter Nuri yang berusia 42 tahun tidak dijalankan dengan sepatutnya.

Mereka memandang berat hakikat bahawa urusniaga itu hanya dibuat untuk Eurocopter.

"Tidak ada penender yang dipanggil untuk mengemukakan klarifikasi tender pada dokumen tender," Malaysian Insider memetik salah seorang anggota PAC.

Semalam, Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengecam Azmi kerana kenyataannya yang mendakwa tidak ada penyelewengan dari segi prosedur dalam pembelian Eurocopter itu.

"Keputusan yang dibuat bukan berdasarkan pandangan semua ahli PAC, ia sangat tidak adil dan tidak demokrasi apabila Azmi mendakwa keputusan tersebut adalah keputusan bersama.

"Saya juga diberitahu bahawa tiada sebarang undian dibuat sebelum keputusan itu dibuat," katanya.

Lim menyifatkan Azmi sebagai mendakwa sebagai boneka kepada beberapa kementerian tertentu dalam membuat keputusan berhubung siasatan jawatankuasa tersebut terhadap isu pembelian Eurocopter EC-725 itu.

Katanya, keputusan yang yang diumukan Azmi semalam yang mendapati tiada sebarang penyelewengan dari segi prosedur pembelian tersebut akan menyebabkan menghilangkan keyakinan rakyat terhadap PAC.

"Bagaimana beliau mendakwa tiada penyelewengan dalam prosedur urusan tender sedangkan tiada penilaian fizikal dan pandu uji dibuat terhadap helikopter berkenaan... itulah penyelewengan prosedur," katanya pada sidang media di lobi Parlimen.

Lim juga menggesa supaya Azmi menyerahkan laporan lengkap siasatan tersebut kepada Parlimen untuk dibahaskan sama ada untuk menerima atau menolak keputusan yang dibuat.

Beliau meminta Azmi bertindak sebagai pengerusi PAC yang telus tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak untuk kepentingan tertentu.

"Saya bukan minta dia undur, saya hanya mahu dia berindak sebagai pengerusi yang betul kerana pencapaiaannya kini sebagai pengerusi amat mendukacitakan," katanya.

Lim mengingatkan Azmi supaya tidak mempunyai 'pemikiran ala menteri' yang akan mempengaruhi keputusannya yang boleh mewujudkan keraguan orang ramai.

Kontroversi pembelian Eurocopter yang pertama kali dibangkitkan oleh blogger Syed Azidi Bukhari semakin hangat selepas Mentari Services Sdn Bhd mempertikaikan tatacara perolehan helikopter tersebut.

Pengerusi syarikat itu, Kapt (B) Datuk Zahar Hashim mendakwa keputusan kementerian mengeluarkan surat hasrat (LOI) kepada Eurocopter "agak luar biasa dan bertentangan dengan prosedur yang telah diamalkan selama ini."

Malaysia telah menandatangani kontrak berjumlah RM2 bilion hanya untuk 12 buah helikopter sedangkan Brazil telah menandatangani kontrak pembelian 50 buah helikopter yang bernilai US$1.2 bilion ataupun RM4 bilion.

Api perkauman bawa negara ke ambang bahaya

Apabila MCA, Gerakan dan lain-lain komponen Barisan Nasional menggasak Umno dalam isu perkauman sempit Melayu-Cina, Pakatan Rakyat tidak seharusnya terheret sama.

MCA dan Gerakan yang menuduh Umno parti pembuli, pemimpin Umno 'racist' - perkauman, pemimpin Umno harus 'diISAkan' kerana mencetuskan perkara-perkara sensitif khususnya dilihat boleh membawa kepada ketegangan kaum.

Pakatan Rakyat juga tidak seharusnya terperangkap dengan permainan kotor BN apabila Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohamed Nazri Aziz mendakwa pembangkang mahu menghapuskan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan berhubung dengan kepentingan dan hak orang Melayu.

Kenyataan Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim sering diputarbelitkan oleh media massa. Beliau didakwa mahu menggadaikan prinsip Islam dan kepentingan Melayu jika berkuasa nanti.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang juga dibalas dengan pelbagai kecaman, kononnya DAP mendesak hak istimewa Melayu dihapuskan.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, suatu ketika dahulu (ketika masih Timbalan Presiden) sering menjadi sasaran media pro BN yang mendakwa beliau mahu menghapuskan hak istimewa Melayu.

Walhal, Ustaz Hadi mengemukakan prinsip keadilan Islam yang menerima kesamarataan, kepimpinan serta ketuanan atas nama Islam.

Malah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat sebelum pembentukan kerjasama Pakatan Rakyat lagi pernah berkata, PAS akan menerima siapa sahaja menjadi Ketua atau Perdana Menteri asalkan dia beragama Islam.

Oleh itu, rakyat, khususnya orang-orang Melayu harus fikirkan, apakah selama 62 tahun usia Umno, dan menjadi pemerintah negara sejak sebelum merdeka, bangsa Melayu dan agama Islam benar-benar terpelihara?

Orang-orang Melayu harus sedar daripada penipuan Umno/BN bahawa DAP adalah parti anti Islam dan anti Melayu yang akan merosakkan negara.

Jika hendak dituduh DAP anti Islam dan anti Melayu berdasarkan kenyataan-kenyataan pemimpin DAP yang terdahulu, bagaimana pula dengan memo sembilan Menteri bukan Islam kepada PM yang mencabar Islam tahun 2006 yang lalu?

Bagaimana pula dengan pelbagai tuntutan dan kecaman yang dilemparkan oleh MCA dan Gerakan terhadap Melayu Umno dalam perhimpunan mereka baru-baru ini?

Justeru, jangan sesekali kita rakyat Malaysia, terperangkap dengan 'racist game' yang membahayakan ini.

Pemimpin Umno memainkan sentimen kemelayuan, untuk mendapat sokongan dan pencalonan dalam pemilihan mereka yang berlangsung sekarang ini. Pemimpin Umno sudah tentu mahu kelihatan sebagai ultra Melayu.

Begitu juga dengan MCA dan Gerakan. Dalam keadaan masa depan politik mereka yang terumbang ambing, mereka tidak ada jalan lain kecuali meniup sentimen kecinaan dan menjadi ultra Cina untuk mengekalkan sokongan terhadap mereka.

Apa faedah yang rakyat akan dapat daripada kempen-kempen ultra bangsa yang digembar gemburkan pemimpin BN ini? Tidak ada! Mereka 'useless' semata-mata.

Ingatlah, Anwar sudah memberi jaminan berkali-kali bahawa keseluruhan kepentingan Islam dan hak istimewa orang-orang Melayu dalam Perlembagaan akan dipelihara sebaik-baiknya.

DAP juga dalam perbincangannya dengan KeADILan dan PAS, memperakukan janji bahawa semua yang dimaksudkan tersebut tidak akan dipersoalkan sama sekali.

Cumanya, ada konsensus dalam Pakatan Rakyat bahawa, di samping memelihara kepentingan Islam dan Melayu, keperluan dan kepentingan agama dan kaum lain juga harus dipelihara dengan lebih adil dan saksama.

Jerat perkauman PKNS

Dalam isu khusus di Selangor misalnya. Isu membabitkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor atau PKNS ditubuhkan pada 1 Ogos 1964. Dalam perlembagaannya tidak diwajibkan secara jelas, PKNS mesti dipimpin oleh orang-orang Melayu.

Hanya sejak ditubuhkan sehingga sekarang, BN dan Umno seolah-olahnya menjadikan PKNS seperti hak mutlak Melayu.

Di sebalik serangan terhadap Kerajaan Negeri Selangor yang didakwa mengetepikan orang Melayu, malangnya kepada orang Melayu apabila didapati selepas 44 tahun BN berkuasa, kaum Cina menguasai 75 peratus perniagaan PKNS berbanding Melayu, hanya 25 peratus.

Isu tercetus apabila Pengurus Besarnya, Harun Salim bersara 31 Oktober lepas, dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melantik Low Siew Moi, memangku jawatan Pengurus Besar, sementara menemui calon yang sesuai.

PKNS ada tiga Timbalan Pengurus Besar, selain dari Siew Moi (Perhubungan Korporat) ada dua orang lagi iaitu Md Nasir Md Arshad (Pentadbiran dan Pembangunan) dan Abdul Ghani Hashim (Teknikal).

Pelantikan tersebut dibantah keras oleh Pengerusi Umno Selangor, Dato' Seri Dr Mohamad Khir Toyo. Khalid didakwa mengenepikan orang Melayu, sebaliknya dilantik orang Cina.

Manakala Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato' Dr Dr Hasan Mohd Ali turut tidak bersetuju dan mencadangkan perlantikan Siew Moi dibuat secara harian atau mingguan.

Dalam hal ini, nada Khir dan Hasan adalah sama, tidak setuju dengan Siew Moi, walaupun pendekatan masing-masing sedikit berbeza.

Manakala Ahli Parlimen DAP Kawasan PJ Utara, Tony Pua dalam reaksi berbeza mendakwa PAS 'salah faham', berikutan kenyataan Dr Hasan.

Katanya, "Keturunan pengurus besar tersebut tidak patut dipersoalkan sama sekali. Adalah mengecewakan apabila bantahan (terhadap pelantikan Low), dibuat berasaskan perspektif kaum dan tidak dari segi kualitinya," kata Pua.

Dalam hal ini, beliau berharap, PAS tidak akan hanya melihat pada perkara yang kecil semata-mata, tetapi juga turut mengambil kira soal yang lebih besar daripada itu.

Melihat kepada kriteria perlantikan, Khalid pada asasnya adalah orang ekonomi dan akaun, jarang sekali beliau membuat keputusan berdasarkan politik. Perlantikan Siew Moi tidak ada kena mengena dengan soal bangsa atau kaum.

Difahamkan selepas pertemuan dibuat Khalid dengan ketiga-tiga mereka, Khalid mendapati Siew Moi lebih layak memangku jawatan kerana mahir dalam urusan akaun dan pengetahuan perancangan perniagaan korporat PKNS.

Dua orang lain, walaupun berketurunan Melayu, bertugas dalam bidang Human Resource dan Teknikal.

Oleh itu dalam hal ini, tidak wajar menuduh Khalid membelakangkan orang Melayu kerana melantik orang Cina, kerana Khalid sudah menegaskan, pelantikan ini dibuat hanya sementara menanti calon yang sesuai.

Khalid selaku CEO GLC Selangor, memang berhak melantik, sesiapa sahaja yang layak menjadi Pengurus Besar PKNS, bukan sahaja di antara ketiga-tiga mereka sahaja.

Jika kerajaan negeri sudah mengetahui lebih awal bahawa Harun Salim hendak bersara, mereka boleh berusaha mengelakkan perbezaan pendapat sesama pemimpin.

Jangan sampai 'sudah hendak terberak baru hendak mencari lubang'. Sedarlah bahawa kenyataan yang sering bercanggahan antara KeADILan, PAS dan DAP, ia tidak baik untuk sebuah pakatan.

Walaupun MB ada kuasa eksekutif, zaman sudah berbeza. Zaman ini rakyat tidak menerima 'absolute power' atau 'executive one man decision'. Itu zaman Khir Toyo. Rakyat berbilang kaum di negara, mahukan Pakatan Rakyat mentadbir negeri secara konsensus.

Tanpa menafikan kuasa eksekutif MB dari sudut perlembagaan negeri, namun ada baiknya pemimpin ketiga-tiga parti KeADILan, PAS dan DAP, sama ada Khalid sendiri, Dr Hasan mahupun Teresa Kok, harus sentiasa duduk semeja mencari kesepakatan.

Pakatan Rakyat harus beringat, musuh-musuh yang hendak melaga-lagakan mereka begitu ramai. Harus lebih berhati-hati terhadap media massa yang dikuasai BN, kerana mereka sering menjadi dalang yang menyemarakkan api perkauman.

Selasa, 4 November 2008

Kes Eurocopter & Anwar, BPR digesa bertindak segera

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) menggesa Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk meneruskan siasatan ke atas pembelian Eurocopter yang dilakukan oleh kerajaan pada September lepas walaupun Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi merangkap Menteri Pertahanan menangguhkan pembelian tersebut.

Menurut Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia Shamsul Iskandar Mohd Akin adalah sangat mendukacitakan apabila Abdullah membuat ralat bahawa berlaku kesilapan sebutan harga, di mana harga Eurocopter tersebut adalah sebanyak RM1.604 billion sedangkan beliau sebelum ini membundarkannya kepada RM1.7 billion.

"Ini adalah sangat memalukan dalam keadaan perkara yang menghanguskan wang rakyat sewenang-wenangnya diambil mudah oleh beliau. Harga rasmi seperti yang dijelaskan oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Dato' Wira Abu Seman Yusop ialah sebanyak Euro 323.7 juta bersamaan RM1.604 bilion," katanya dalam satu kenyataan media kepada Harakah baru-baru ini.

Dalam pada itu AMK menegaskan, bahawa tidak ada keperluan bagi BPR untuk menghentikan siasatan dalam keadaan sekarang memandangkan kecelaruan angka dan fakta di sebalik proses pembelian Eurocopter ini jelas membuktikan ia satu pembelian yang terdesak,dan hanya dihentikan disebabkan oleh desakan bertubi-tubi oleh Pakatan Rakyat.

AMK juga turut menggesa agar BPR mempercepatkan proses pendakwaan ke atas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail setelah Ketua Pengarah BPR mendedahkan bahawa siasatan kes insiden "mata lebam" Dato' Seri Anwar Ibrahim semasa dalam tahanan 10 tahun lalu telahpun selesai.

"BPR tidak boleh melengah-lengahkan sama sekali pendakwaan kes ini memandangkan keadaan ini tidak diadili sewajarnya dalam keadaan ia akan membiarkan individu-individu tertentu terus berkeliaran dan memungkinkan penyalahgunaan kuasa yang lebih besar berlaku," katanya.

Dalam hal ini, AMK mahu Perdana Menteri lebih serius dengan komitmen beliau membersihkan sistem keadilan di Malaysia, dengan menggantung tugas Abdul Gani dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan agar memudahkan BPR meneruskan pendakwaan ke atas mereka.

"Wang rakyat dan sistem keadilan negara adalah amanah dan tidak boleh diseleweng demi memuaskan nafsu dan tembolok politikus rakus. Justeru BPR wajar meneruskan siasatan tanpa kompromi demi mempertahankan kebenaran untuk rakyat terbanyak," katanya.

Zaid perlu minta maaf

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim perlu meminta maaf kerana mengeluarkan kenyataan mengenai ketuanan Melayu yang keterlaluan, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Beliau berkata, permohonan maaf itu adalah perlu kerana Zaid telah membangkitkan isu yang membawa banyak masalah kepada pelbagai pihak.

''Yang eloknya kepada bangsanya, dia mintalah maaf dan nyatakan bahawa beliau tidak bermaksud begitu.

''Katakan bahawa itu bukan tujuan beliau untuk melukai atau menyentuh perasaan orang Melayu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Baru-baru ini, Zaid mendakwa, konsep ketuanan Melayu adalah satu kegagalan yang membawa keburukan kepada kaum itu.

Malah beliau menyifatkan konsep itu juga menyebabkan berlaku pembaziran sumber, tenaga dan masa yang penting dalam menangani isu sebenar negara.

Mengulas lanjut, Syed Hamid berkata, walaupun Zaid mempunyai kebebasan untuk bersuara, namun kenyataan yang dikeluarkan itu tidak harus melukai orang Melayu.

''Apabila kita mula bercakap mengenai perkara-perkara belakang, kita akan bangkitkan isu-isu yang membawa banyak masalah.

''Kalau anda cakap tentang konsep ketuanan Melayu merugikan orang Melayu, Zaid sebelum ini pun beruntung kerana jadi Melayu," katanya.

****Hai...menteri sama menteri pun nak bergaduh ke.....dah la sama parti.....


Ahad, 2 November 2008

Utusan manipulasi kenyataan Presiden PAS

Akhbar Mingguan Malaysia (terbitan Utusan Melayu) hari ini dengan cara yang paling tidak bertanggungjawab dan tidak professional telah memanipulasi kenyataan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkenaan pelantikan Low Siew Moi sebagai Pemangku Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

****Dalam utusan semalam 1Nov08.....siap muka depan lagi tu....Hadi Mahu Penjelasan....ntah apa2 la mat wartawan utusan ni....takde keje lain ke dia ni, selain dok memutar-mutar fakta dan kebenaran....

****aku dari semalam lg bila baca tajuk tu masa singgah kedai aku tak cayanye, ni mesti kes manipulasi kenyataan, aku dah mula juakkkk!!! nak muntah dgn akhbar utusan ni.....wekkk....wekkk....utusan nie...bab sukan, hiburan & luar negara bolela layan...tp kalo bab politik mmg sakit hati kita baca....bab2 memecahbelahkan lawan mmg perfect....cemerlang dgn gred A+, tp tu hanya sebelah cerita je beb...

****kalo nak tau cerita sebelah lagi kena bacalah akhbar lawan takpun blog2....haa yang ni byk cerita betul....bila dah baca, kita buat analisis dan pertimbangan, kita ikut logikla mana y lebih betul....then baru kita sokong belah pihak mana.....tp wa mcm biasa beb...kalo tak hijau, bulan, sabit, tak pun anak bulan wa layan gak....

Apabila PM & MB cuba bertempur.....

PERDANA Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi sekali lagi dilihat 'bertempur' dengan Menteri Besar Terengganu, Dato' Ahmad Said.

Pertempuran ini, adalah kali ketiga, selepas dua kali Perdana Menteri kalah dalam pertempuran tersebut.

Ketika tiada orang mahu percaya, Ahmad akan menjadi Menteri Besar Terengganu, kerana Abdullah mahukan Dato' Seri Idris Jusoh meneruskan tugasnya, Ahmad akhirnya mengangkat sumpat sebagai Menteri Besar di Istana.

Itu pertempuran pertama. Pertempuran kali kedua, isu penggunaan Mercedes menggantikan Proton Perdana sebagai kenderaan rasmi Exco, walaupun arahan (dari Kuala Lumpur) telah dikeluarkan, khabarnya, Ahmad menang juga dalam pertempuran kedua ini, apabila ada media menyiarkan gambar-gambar, menunjukkan Exco Kerajaan Negeri Terengganu menggunakan Mercedes sebagai kenderaan rasmi.

Malahan, kesan dari cerita kos penyelenggaraan Proton Perdana, ada pengusaha bengkel yang dihadapkan ke mahkamah.

Jika Ahmad tidak membuat pendedahan itu, hingga menyebabkan Idris bercadang mahu menyaman pihak yang mengatakan kenderaan yang digunakannya antara kenderaan yang paling tinggi kos penyelenggaraan, BPR mungkin tidak terfikir untuk menjalankan siasatan terhadap kos servis kereta rasmi ini.

Kini, pertempuran ketiga berlaku antara Abdullah dengan Ahmad. Ura-ura Ahmad sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu mahu menggugurkan beberapa Exco yang tidak patuh kepada nasihatnya, mendapat perhatian Abdullah.

Abdullah menegur Ahmad kerana melarang Exco Kerajaan Negeri bertanding di dalam pemilihan Umno di peringkat bahagian. Antara yang menjadi bahan berita besar ialah kekalahan Senator Abdul Rahman Bakar di tangan Exco Kerajaan Negeri, Yahya Khatib Mohamad sebagai Ketua Umno Bahagian Marang.

Abdullah dipetik sebagai berkata; "Sesiapa pun boleh bertanding di dalam pemilihan Umno kerana menjadi hak mereka untuk menawarkan diri."

Namun, Ahmad pula tidak melihat kepada hak dan Perlembagaan Umno sebaliknya - Exco yang dilantiknya itu tidak dengar nasihat yang mahukan mereka tidak bertanding dalam pemilihan parti.

Di sini ada dua sudut yang berlainan. Abdullah bercakap soal hak dan Perlembagaan Umno manakala Ahmad sebagai ketua parti di peringkat negeri, melihat dari sudut anak buahnya tidak tahu yang mana nasihat dan yang mana arahan.

Ahmad tentunya mengetahui, apabila bertanding, tentulah banyak wang digunakan, selain penggunaan jentera kerajaan.

Mustahil, seorang Exco Kerajaan Negeri, apabila mahu bertanding, menyimpan kereta kerajaan di rumah dan keluar ke mana-mana dengan kereta sendiri.

Mustahil juga, seorang Exco Kerajaan Negeri, tidak pernah sekali pun menggunakan telefon yang dibekalkan kerajaan kepadanya untuk urusan pertandingan dalam parti sedangkan itu adalah sesuatu yang salah.

Oleh yang demikian, tindakan Ahmad itu, dilihat jauh lebih tegas sebagai seorang Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, jika dibandingkan dengan yang lain-lain.

Ketika Abdullah melarang (Menteri) yang bertanding menggunakan jentera kerajaan, salahkah Ahmad mengarahkan Exco Kerajaan Negeri bertanding.

Jika ia merujuk kepada kes Yahya Khatib Mohamad, sepatutnya Yahya meletakkan jawatan sebagai Exco untuk bertanding jawatan Ketua Bahagian Marang dan selepas menang, terserahlah kepada Ahmad, sama ada mahu melantiknya kembali atau tidak.

Suatu ketika dahulu, Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid pernah mengeluarkan arahan serupa, supaya jangan ada Exco yang bertanding merebut Ketua Umno Bahagian.

Apabila salah seorang Exconya Datuk Ahmad Lebai Sudin mahu bertanding juga merebut jawatan Ketua Umno Bahagian Pokok Sena menentang seorang lagi Exco, Dato' Paduka Abdul Rahman Ibrahim yang merupakan penyandang jawatan ketua bahagian, Ahmad terlebih dahulu melepaskan jawatan Exco.

Sebaik sahaja menang, Sanusi melantik semula Ahmad hingga menyebabkan banyak pihak mendakwa, Sanusi merestui Ahmad menentang Abdul Rahman - yang ketika itu merupakan penyokong kuat Tan Sri Osman Aroff, bekas MB Kedah, sebelum Sanusi.

Jika Yahya tahu menghormati nasihat Ahmad, Yahya bukan sahaja tidak menentang Abdul Rahman, malahan, jika dia berhasrat mahu menentang, jawatannya sebagai Exco dilepaskan terlebih dahulu. Dalam pertandingan ini, Yahya mendapat 412 undi manakala Abdul Rahman yang merupakan Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno mendapat 214 undi sahaja.

Menurut Abdul Rahman, Yahya sudah berjanji dengannya dan juga Menteri Besar, tidak akan bertanding tetapi dalam diam-diam mencipta slogan 'Marang Baru' yang menyebabkan seorang lagi calon, Alias Abdullah menarik diri.

Umno Terengganu yang mempunyai lapan bahagian sebenarnya berpecah dua. Pengaruh Idris berjaya menggugurkan ramai penyandang jawatan parti dalam Pilihan Raya Umum ke 12 (PRU 12) yang lalu dengan meletakkan 'orang-orangnya' bertanding.

Lebih menarik, semua ketua bahagian diletakkan Idris sebagai calon Parlimen kecuali dia sendiri dan Ahmad, bertanding peringkat DUN, sementara yang lain-lain digugurkan termasuk Tengku Putera Tengku Awang (Hulu Terengganu), Dato' Rosli Mat Hassan (Dungun) dan Abdul Rahman (Marang) digugurkan.

Kononnya, ada pihak mendakwa, Idris lakukan semua ini bagi menjamin cengkamannya sebagai Menteri Besar akan kekal, tetapi rezeki tidak menyebelahinya apabila Istana merestui Ahmad sebagai Menteri Besar, yang pernah disifatkan oleh Dato' Seri Dr. Rais Yatim sebagai bakal gugur seperti nangka busuk.

Namun, bukan sahaja Ahmad tidak gugur seperti nangka busuk, malahan, perkembangan di Terengganu ini dilihat sebagai penolakan Istana terhadap Abdullah yang menyokong Idris menjadi Menteri Besar.

Sehingga hari ini, Rais Yatim tidak pula menulis bagi membetulkan kenyataannya itu, kerana sehingga kini tiada nangka busuk yang gugur seperti jangkaan Rais.

Tunggulah tindakan Ahmad selepas ini. Adakah beliau akan tetap memecat Exco-Exco yang ingkar nasihatnya dan menjadikan politik Terengganu semakin bergelora, atau Abdullah akan memecat Ahmad, kerana Ahmad dilihat lebih berkuasa darinya yang tidak dapat berbuat apa-apa apabila nasihatnya sebagai seorang Perdana Menteri, tidak dipatuhi oleh anak-anak buahnya.

Ramai yang menjangkakan politik Umno Terengganu akan bercelaru selepas ini setelah Idris merajuk dengan melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu, sebaik sahaja tidak berjaya mengangkat sumpah sebagai MB.

Beberapa orang anak buah Idris yang dilihat sanggup menderhaka kepada Istana, sudah berkubur politik mereka - malahan, terkial-kial mencari tempat untuk mendapat ihsan dan simpati dari Ahmad.

Ketika Idris mahu mengangkat seberapa ramai yang boleh dari Besut (bahagian yang diketuainya) memegang pelbagai jawatan dalam kerajaan negeri dan Persekutuan, tiba-tiba seperti datang tsunami menghancurkan segala-galanya.

Suatu ketika, Menteri Besar datangnya dari Besut dan Ahli Parlimen Besut menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Dato' Seri Abdullah Mohd Zin), kini orang Kemaman menjadi Menteri Besar dan Ahli Parlimen Kemaman menjadi Menteri Penerangan (Dato' Ahmad Shabery Cheek).

Inilah menariknya politik Umno Terengganu, negeri di mana datangnya Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang merupakan Ahli Parlimen Marang.

****Menarik gak kisah politik T'ganu ni....banyak aksi serang-serangan.


Mohd Ali Rustam cuba untuk mengaum lawan

3.35 pm Ketua Menteri Melaka, Datuk Mohd Ali Rustam mendapat dua lagi pencalonan dari bahagian Indera Mahkota, Pahang dan Tanjung Malim, Perak untuk bertanding jawatan timbalan presiden Umno Mac depan.

Dengan itu, beliau mendapat 31 pencalonan dan memerlukan lapan pencalonan lagi untuk layak bertanding jawatan tersebut.

Calon jawatan timbalan presiden memerlukan kelayakan minima 39 pencalonan.

1.50 pm Ketua Menteri Melaka, Datuk Mohd Ali Rustam memerlukan 10 pencalonan lagi untuk layak bertanding jawatan timbalan presiden Umno Mac depan.

Beliau mendapat pencalonan ke-29 dari bahagian Tampin yang bermesyuarat hari ini.

1.40 pm Ketua Menteri Melaka, Datuk Mohd Ali Rustam memerlukan 11 pencalonan lagi untuk layak bertanding jawatan timbalan presiden Umno Mac depan.

ali rustamSehingga jam 1.30 tengahari tadi, beliau memperolehi 28 pencalonan, manakala seorang lagi calon, Tan Sri Muhammad Muhd Taib mendapat 24 pencalonan.

Ini bermakna, Muhd Taib memerlukan 15 pencalonan lagi untuk layak. Kelayakan minima bagi calon timbalan presiden ialah 39 pencalonan.

Sehingga tengahari ini, Mohd Ali mendapat pencalonan dari bahagian Teluk Kemang (Negeri Sembilan) dan Ayer Hitam (Johor).

Muhd Taib pula mendapat pencalonan hari ini dari bahagian Puchong dan Kota Raja - kedua-duanya di Selangor.

Seorang lagi calon timbalan presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah layak bertanding dan kini mendahului dengan 71 pencalonan.

Isa Samad kembali di sisi.

5.40 pm Bekas menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad memperolehi pencalonan ke-19 untuk jawatan naib presiden dan memerlukan satu lagi pencalonan untuk layak bertanding. Beliau mendapat pencalonan terbaru dari bahagian Kapar, Selangor.

Setakat ini, lima calon telah layak bertanding naib presiden. Mereka ialah Datuk Hishammuddin Hussein yang mendapat 109 pencalonan, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi (78), Datuk Shafie Apdal (56), Datuk Khaled Nordin (60) dan Datuk Syed Hamid Albar (24).

Calon lain ialah Datuk Rais Yatim (16), Datuk Shahidan Kassim (6), Datuk Mohamad Hassan (3), Datuk Musa Aman (2), Datuk Mohd Ali Rustam (1), Tan Sri Annuar Musa (1), Datuk Mohd Afifuddin Omar (1) dan Datuk Halimah sadique (1).

2.20 pm Bagi jawatan naib presiden pula, bekas menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad memerlukan dua lagi pencalonan untuk layak.

isa samadBeliau kini mendapat 18 pencalonan, manakala kelayakan minima untuk jawatan naib presiden ialah 20 pencalonan.

Hari ini, Isa mendapat pencalonan dari bahagian Kuala Pilah,Tampin, Teluk Kemang dan Ayer Hitam.

Setakat ini, lima calon telah layak bertanding naib presiden. Mereka ialah Datuk Hishammuddin Hussein yang mendapat 101 pencalonan, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi (72), Datuk Shafie Apdal (53), Datuk Khaled Nordin (55) dan Datuk Syed Hamid Albar (24).

Calon-calon lain naib presiden ialah Datuk Rais Yatim (12), Tan Sri Isa Samad (18), Datuk Jamaluddin Jarjis (12), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik (10), Datuk Shahidan Kassim (6), Datuk Mohamad Hassan (3), Datuk Musa Aman (2), Datuk Mohd Ali Rustam (1), Tan Sri Annuar Musa (1), Datuk Mohd Afifuddin Omar (1) dan Datuk Halimah sadique (1).

Sabtu, 1 November 2008

Akhirnya betul diagak, Razak Baginda bebas....

Hurm...sy sebenarnya dah agak lama dah pun jalan cerita nie, mcm mana sekali pun Razak Baginda ni bebas, kalo RB ni tak lepas....alamaknya tak sedap duduk, tido, makan, minum le Najib nie...

Maklumle si RB ni mesti tau byk rahsia Najib, sama2 jagala....tp y kesiannya polis 2 org tu plak y kena....sepatutnya, dah alang2 hukum, hukumla Najib sekali, RB 2 kali...ni tak.....begitulah nasib org kecik...org besar selamat kat atas, org kecik gak y jd kambing...mbek-mbek....

Hurm....banyak betul gosip Si Najib ni....kalah artis, dah la kantoi main sms dgn peguam....mcm2 betul...apa2 pun, walaupun setuju ke tak setuju tahniahla pd RB. Jgn lupa esok2 buat lagik yea!!!

betulkah Najib kemut 5 billion??

Hari ini telah dipastikan bahawa sistem ekonomi kapitalis neoliberal telah berakhir. Krisis ekonomi yang melanda sistem kapitalis neoliberal ini sedang nazak. Secara bengong, hanya Najib Razak sahaja yang cuba menafikannya dan berkata Malaysia “terselamat.”

Dasar Ekonomi Bengong (DEB) ini akan membawa mudarat yang amat sangat kepada orang ramai. Justeru, mari kita memahami dasar ekonomi Najib ini.

Dua hari sebelum meninggalkan Kementerian Pertahanan, Najib telah menandatangani perjanjian membeli Eurocopter. Helikopter ini berharga RM2 bilion. Brazil telah membeli helikopter yang sama dengan harga 1 bilion ringgit. Apakah Malaysia ditipu 1 bilion ringgit?

Jawabnya - tidak. Harga helikopter ini sama. Tidak berubah-ubah. Tukang buat dan tukang jual ini tidak menipu. Kita rakyat Malaysia yang kena tipu oleh Najib. Harga ini telah ‘dinaikkan’. Yang membayar nanti kita semua kerana yang membeli helikopter ini kerajaan.

Kerajaan itu orang ramai. Orang ramai itu kita semua.

Cara “menipu” ini samalah seperti cara Najib membeli jet pejuang Sukhoi (Rusia) dan kapal selam Scorpene (Perancis). Yang berbeza kali ini hanyalah tidak ada perterjemah cun dari Mongolia. Juga kali ini bukan syarikat perunding Razak Baginda yang menjalankan urus jual-beli.

Berita masih belum jelas syarikat kroni mana pula yang mendapat komisen 1 bilion ringgit membeli Eurocopter ini.

Dari mana agaknya duit-duit ini akan datang? Apakah duit ini juga datang dari punca yang sama? Dalam suasana gawat ini banyak persoalan timbul kenapa beli helikopter?

Pertanyaan ini terjawab pantas. Belum pun satu bulan menjadi menteri kewangan, Najib telah “melarikan 5 bilion ringgit” duit KWSP. Duit ini ialah duit simpanan kaum buruh dan kaum pekerja. Duit KWSP adalah duit simpanan yang wajib disimpan oleh semua pekerja.

Majikan juga diwajibkan menyumbang dalam dana KWSP. Duit KWSP ini untuk kegunaan di hari tua – sebagai pencen atau untuk diambil membuat rumah, pergi naik haji dan sebagainya.

Menurut DEB Najib, duit 5 bilion ringgit ini akan disalurkan kepada syarikat ValueCap Sdn Bhd. Penyaluran duit KWSP ini bertujuan menaikkan harga nilai saham syarikat-syarikat yang dianggap “jatuh nilai”.

Persoalan timbul - nilai saham ini rendah kerana orang ramai tidak yakin terhadap syarikat-syarikat ini. Memasukkan duit ke dalam syarikat ini tidak akan membawa apa-apa keuntungan. Untuk sementara waktu, kemungkinan nilai saham syarikat ini akan naik tetapi akhirnya akan jatuh terlingkup juga.

Apabila saham ini mendapat suntikan 5 bilion ringgit, maka nilai sahamnya naik. Apabila nilainya naik, maka makin ramai tuan empunya saham akan menjualkan saham mereka kerana ekonomi sedang gawat. Apabila saham banyak terjual, maka nilai saham ini akan jatuh kembali.

Hanya orang bengong sahaja yang tidak faham bagaimana spekulasi bergerak pantas di bursa saham Kuala Lumpur. Lima bilion ringgit ini akan dicekup oleh pemodal besar terutama dari luar negara.

Dalam masa yang singkat 5 bilion ringgit ini pasti akan hangus. Lima bilion ringgit ini adalah duit kita semua yang diperjudikan di Bursa Malaysia oleh Najib.

Lihat pula ekonomi kita. Harga bahan bakar petroleum telah jatuh. Ketika artikel ini ditulis, harga setong minyak mentah 62 dolar. Untuk mengeluarkan minyak dari perut laut, Petronas memerlukan 60 dolar. Ertinya, dalam satu tong kita hanya untung 2 dolar. Jika harga minyak jatuh lagi maka tidak berbaloi Petronas mengeluarkan minyak.

Lihat pula harga kelapa sawit. Harganya juga jatuh. Pada ketika ini harga setan minyak sawit kurang lebih 1,500 ringgit. Perbelanjaan mendapat setan minyak sawit dianggarkan antara 1,200 ke 1,700 ringgit. Dalam masa yang tidak lama kos pengeluaran – baja, buruh, pengangkutan – lebih tinggi daripada pendapatan.

Justeru, kerana menyedari semua ini Pakatan Rakyat meminta agar Belanjawan 2009 disemak kembali. Belanjawan yang dibentangkan di Parlimen sekarang berdasarkan harga minyak yang melebihi 100 dolar setong dan harga sawit hampir 3,000 ringgit setan.

Pendapatan negara yang dijadikan asas Belanjawan 2009 bergantung kepada hasil petroleum dan minyak sawit. Jika harga dua bahan eksport utama negara kita jatuh, ertinya pendapatan negara jatuh. Justeru Belanjawan 2009 wajib dikaji semula.

Najib yang menjalankan DEB (Dasar Ekonomi Bengong) telah menolak permintaan Pakatan Rakyat di Parlimen. Apa yang dilakukan oleh Najib ialah “melarikan duit KWSP.”

Selama lebih 30 tahun sistem ekonomi kapitalis neoliberal diperkenalkan oleh Amerika Syarikat. Kapitalis neoliberal bermakna “apa yang boleh jual akan dijual, apa yang boleh beli dibeli”.

Sistem ini mengetepikan peranan daulah. Kerajaan tidak dibenarkan memiliki hospital, sekolah dan universiti, janakuasa elektrik, sistem pengangkutan, air atau menyediakan subsidi untuk orang ramai.

Menurut falsafah neoliberal, jika kerajaan campur tangan, maka sistem ekonomi akan cacat.

Justeru gerombolan United Malays National Organistion telah turut mengamalkan sistem kapitalis neoliberal. Hasilnya – lembaga elektrik dijual pada kroni, lembaga agihan air dijual pada kroni, jalan raya dijual pada kroni, hospital dijual pada kroni.

Siapa kroni ini ? Mereka anak-beranak dan kaum keluarga gerombolan United Malays National Organisation.

Untuk menipu rakyat, maka gerombolan United Malays National Organisation mengatakan bahawa ini adalah Dasar Ekonomi Baru untuk menolong orang Melayu. Apabila ada kritikan muncul, maka gerombolan ini akan berselindung bawah Perlembagaan Persekutuan dan hak keistimewaan Melayu.

Jika kritikan datang daripada bukan Melayu, maka mereka akan mengatakan bahawa bukan Melayu tidak ada hak untuk membincangkan hak keistimewaan Melayu. Gerombolan ini akan mengancam mereka dengan tindakan undang-undang.

Tingkah laku dan perangai gerombolan United Malays National Organisation ini samalah seperti satu gerombolan perompak – selepas melakukan rompakan, mereka berselindung di masjid, kuil atau gereja.

Beginilah taktik yang telah dilakukan oleh gerombolan United Malays National Organisation berulang-ulang kali.

DEB Najib ini akan membawa mudarat yang maha besar kepada kita semua – Melayu dan bukan Melayu. Ekonomi kapitalis tidak pernah kenal kamu beragama apa, kamu berbangsa apa atau kamu bersembahyang di mana.

Apabila ekonomi kuncup, yang terpukul tenat ialah kelas bawahan – kaum pekerja, kaum buruh, kaum tani dan nelayan dipukul hebat. Ramai warga hilang pekerjaan dan mata pencarian.

Kita wajib menerima hakikat bahawa Malaysia turut sama mengamalkan sistem ekonomi kapitalis neoliberal. Sistem ini berpusat di Amerika Syarikat. Apabila ekonomi Amerika Syarikat menguncup, maka semua ekonomi kapitalis neoliberal dalam dunia ini juga akan turut menguncup.

Justeru Pakatan Rakyat tidak ada pilihan melainkan wajib mengambil alih kerajaan secepat mungkin untuk menyelamatkan negara daripada bencana kemelesatan ekonomi.

DEB Najib wajib digantikan secepat mungkin. Malah Najib sendiri wajib dihumbankan dalam tong sampah sejarah.

Langkah awal ialah konsep kembali ke bumi. Pertanian wajib dijadikan tulang belakang ekonomi Malaysia. Pertanian ini bukan hanya menanam sawit atau getah sahaja tetapi rakyat wajib dibantu untuk menghasilkan tanaman makanan.

Jika ekonomi meleset, orang ramai masih ada makanan. Makanan untuk diekspot bukan tujuan utama kerana pasaran makanan dunia juga sedang menguncup. Jika kita dapat mengekspot makanan, maka anggaplah ini sebagai bonus.

Kembali ke bumi bertujuan membeli masa agar kita dapat menyusun kembali struktur ekonomi kita yang selama 30 tahun ini telah diporak-perandakan oleh dasar kapitalis neoliberal.

Tidak dapat tidak penstrukturan baru ekonomi yang akan dibawa oleh Pakatan Rakyat tidak akan berpandukan keuntungan maksimum atau dasa “apa boleh jual, jual; apa boleh beli, beli”.

Struktur ekonomi baru wajib memperlihatkan peranan daulah yang lebih kuat. Wajib diwujudkan garis pemisah untuk mengasingkan pengaruh kaum pemodal dari politik negara.

Kuasa kaum pemodal menentukan dasar ekonomi negara berlandaskan neoliberal. Dasar ini sedang terbogel dan terbukti gagal. Dasar kapitalis neoliberal ini wajib ditinggalkan. Rakyat dunia memerlukan satu struktur baru yang berasaskan kekutaan kaum pekerja, buruh dan tani.

****Betul ke tidak tak taula....tp org politik ni biasala...ratuslion, ribulion, bilion, milion, triplelion ni biasalah geng, congak-congak ngan tangan je diorg nih....org ckp org korparat kwn baik org politikus, manakala org politikus ni kawan baik pulak dgn org korparat....adoiii...ntahla, aku pun dah bengong nih....


Abdullah terkial-kial,curah air ke daun keladi

DI PENGHUJUNG karier politiknya, Presiden Umno dan Perdana Menteri (PM), Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi membuat keputusan yang menjadi bahan jenaka di kalangan ahli-ahli Umno, apabila beliau meminta para pelobi dan perayu undi calon-calon yang bertanding, menghentikan kegiatan mereka.

Bercakap kepada pemberita dalam persidangan media selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di PWTC, petang Jumaat lalu, Abdullah mengingatkan pelobi dan perayu undi supaya berhati-hati sebelum ditangkap pemantau parti.

Amaran yang tidak berkesan itu, tidak sepatutnya dibuat oleh Abdullah kerana semua jawatan dipertandingkan, tetapi Abdullah sudah tidak 'berada di situ' apabila perwakilan membuat keputusan memilih siapa yang mereka mahu nanti.

Malahan, Dato' Seri Najib Tun Razak sendiri yang dinamakan sebagai penganti Abdullah, turut mengharapkan pencalonan kerana beliau sendiri mengharapkan 'menang tanpa bertanding' bagi jawatan Presiden � di suatu sudut lain ada seorang calon lagi yang turut mengharapkan pencalonan jawatan nombor satu Umno itu.

Apakah orang-orang Najib tidak ada memainkan peranan menjadi pelobi dan perayu undi bagi mendapatkan pencalonan mutlak dari bahagian-bahagian?

Selagi Najib belum menerima pencalonan dari 132 bahagian, Najib sebenarnya tidak mampu untuk tersenyum girang, kerana saingannya (walaupun kelihatan seperti mustahil), masih mampu melakukan sesuatu.

Abdullah yang kelihatan terkial-kial untuk menafikan beliau lebih mirip menyokong Dato' Seri Mohd Ali Rustam sebagai Timbalan Presiden Umno, semua pihak sedang meneliti kenyatan-kenyataan yang keluar dari mulut Abdullah mengenai pertandingan kali ini.

Selepas 27 tahun, jawatan-jawatan tertinggi Umno, buat pertama kali dipertandingkan secara terbuka. Walaupun Abdullah enggan mempertahankan jawatannya, atas kehendaknya sendiri, tetapi para penyokongnya yang belum bersedia untuk kehilangan Abdullah, menjalankan tugas dan gerak kerja untuk menafikan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin boleh menang mudah bagi jawatan Timbalan Presiden Umno.

Sejauh mana 'gerakan orang Abdullah' ini mendapat persetujuan Abdullah, namun tiada siapa mampu menafikan orang-orang termasuk Setiausaha Politiknya, Dato' Alwi Che Ahmad dan Dato' Reezal Merican Naina Merican menjalankan kerja-kerja melobi dan merayu supaya pencalonan untuk Mohd Ali dicukupkan.

Menjelang minggu ketiga persidangan bahagian berlangsung, Mohd Ali dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib berjaya mengumpul 40 pencalonan (Mohd Ali 23 dan Muhammad 17).

Kuota untuk bertanding Timbalan Presiden ialah 39, menunjukkan bahawa jika hanya seorang sahaja calon yang menentang Muhyiddin, dipercayai calon itu, berjaya mendapat cukup quota untuk bertanding - jika jumlah bahagian yang tidak mencalonkan Muhyiddin diambil kira.

"Najib memang beregu dengan Muhyiddin,"kata seorang bekas Naib Presiden Umno tetapi sehingga kini, belum ada satu kenyataan rasmi yang Najib keluarkan mengenai regunya kecuali usahanya menghalang Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Dr. Ahmad Zahid Hamidi turut bertanding Timbalan Presiden Umno.

Khabarnya, Najib ada memberi signal kepada beberapa ketua bahagian dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri-negeri, bahawa beliau mahukan Muhyiddin sebagai timbalannya tetapi disebabkan Najib pun bertanding bagi jawatan Presiden Umno, maka kenyataan itu tidak berani diucapkan secara terbuka.

Malahan, ada orang-orang Mohd Ali berkempen mengatakan Najib merestui Mohd Ali bertanding Timbalan Presiden bagi memudahkan Najib menjadi Perdana Menteri, tanpa ada gangguan dari timbalannya, yang merupakan seorang Ketua Menteri.

Justeru, seruan dan arahan supaya pelobi dan perayu undi pulang ke kawasan masing-masing dan jangan berada di hotel-hotel dan tempat-tempat pertemuan, ibarat mencurah air ke daun keladi.

Sebenarnya, Abdullah sendiri, pernah bertanding Ahli MT dan Naib Presiden cukup berpengalaman dalam soal pelobi dan perayu undi. Mana mungkin, mereka yang hendak bertanding tidak mempunyai pelobi dan perayu undi, kerana kerja itu adalah kerja sukarela yang bermanfaat.

Begitu juga Najib. Mustahil Najib mahu mengarahkan orang-orangnya supaya balik ke kawasan masing-masing kerana kedatangan mereka ke Kuala Lumpur dan pemergian mereka ke merata tempat, bagi berjumpa dengan perwakilan dan ketua-ketua bahagian, adalah budaya dan satu kemestian dalam pertandingan parti.

Ini bukan kerja baru. Ini bukan budaya baru. Ini bukan cerita baru. Kerja ini, sudah lama dilakukan. Budaya ini sudah lama diperkenalkan.

Cerita ini sudah menjadi rahsia terbuka kepada semua perwakilan dan ketua-ketua bahagian, khususnya mereka yang tidak berjawatan dalam kerajaan.

"Bila lagi nak rasa duit menteri,"kata seorang ketua bahagian dari Kuala Lumpur. Menurutnya, musim pertandinganlah menjadikan menteri (yang nak bertanding) bersifat pemurah. Jika tidak, jangan haraplah hendak merasakan belanja mereka, katanya.

Apa yang menarik, semua yang hendak bertanding bakal ditelanjangkan kisah mereka. Masing-masing akan memburukkan antara satu dengan yang lain. Akhirnya, mereka semuanya akan diketahui pekung mereka sebaik sahaja sampai tarikh mengundi.

Sudah ada risalah, makalah, sms, buku, vcd dan macam-macam dokumen memburuk-burukkan antara satu dengan lain tersebar. Ada juga tohmahan dibuat untuk memecahkan ikatan dan regu Najib-Muhyiddin.

Malah, orang-orang yang mengaku sebagai penyokong sejati Abdullah seolah-olah diharamkan daripada mengundi dan menyokong Muhyiddin. Abdullah mungkin menafikan cerita ini tetapi, di bawah - cerita ini tersebar dengan gagahnya.

Malahan, para penyokong totok Abdullah sedaya upaya mahu Najib tidak yakin dengan kejujuran Muhyiddin supaya akhirnya nanti, Najib menolak Muhyiddin sebagai regunya.

Muhyiddin tahu semua ini tetapi apabila ditanya oleh kawan-kawannya, Muhyiddin berkata; "belum pernah saya menulis surat atau mengeluarkan kenyataan supaya Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi berhenti. Jauh sekali saya mendesaknya supaya tidak mempertahankan jawatan Presiden Umno. Kenapa apabila beliau enggan mempertahankan jawatan Presiden, saya dipersalahkan?"

****kesian dgn pak lah....takyah larang, dah org dah tau pak lah dah tak lama dah nak jd pm, buat apa org nak dgr ckp pak lak lg....buat apa nak ampu pak lah lagi....mestilah geng2 juak2 umno ni kalut dok melobi n dok mengampu org lain plak le....kesian-kesian...


Najib 116, Ku Li 1, Muhyiddin 69, Ali 25, Taib 22

7.05 pm Bahagian Kubang Pasu mencalonkan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi jawatan presiden dan timbalan presiden.

Dengan itu, Najib kini memperolehi 116 pencalonan manakala Muhyiddin mendapat 69 pencalonan.

pencalonan umno 1 nov 2008Bagi naib presiden pula, bahagian berkenaan mencalonkan Datuk Hishammuddin Hussein, Tan Sri Isa Samad dan Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Dengan ini, kedudukan terkini calon naib presiden ialah Datuk Hishammuddin Hussein 95 pencalonan, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi (69), Datuk Shafie Apdal (49), Datuk Khaled Nordin (52) dan Datuk Syed Hamid Albar (22).

Calon lain ialah Datuk Rais Yatim (10), Tan Sri Isa Samad (13), Datuk Jamaluddin Jarjis (10), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik (10), Datuk Shahidan Kassim (6), Datuk Mohamad Hassan (3), Datuk Musa Aman (2), Datuk Mohd Ali Rustam (1) dan Tan Sri Annuar Musa (1), Datuk Mohd Afifuddin Omar (1) dan Datuk Halimah sadique (1).