3.35 pm Ketua Menteri Melaka, Datuk Mohd Ali Rustam mendapat dua lagi pencalonan dari bahagian Indera Mahkota, Pahang dan Tanjung Malim, Perak untuk bertanding jawatan timbalan presiden Umno Mac depan.
Dengan itu, beliau mendapat 31 pencalonan dan memerlukan lapan pencalonan lagi untuk layak bertanding jawatan tersebut.
Calon jawatan timbalan presiden memerlukan kelayakan minima 39 pencalonan.
1.50 pm Ketua Menteri Melaka, Datuk Mohd Ali Rustam memerlukan 10 pencalonan lagi untuk layak bertanding jawatan timbalan presiden Umno Mac depan.
Beliau mendapat pencalonan ke-29 dari bahagian Tampin yang bermesyuarat hari ini.
1.40 pm Ketua Menteri Melaka, Datuk Mohd Ali Rustam memerlukan 11 pencalonan lagi untuk layak bertanding jawatan timbalan presiden Umno Mac depan.
Sehingga jam 1.30 tengahari tadi, beliau memperolehi 28 pencalonan, manakala seorang lagi calon, Tan Sri Muhammad Muhd Taib mendapat 24 pencalonan.
Ini bermakna, Muhd Taib memerlukan 15 pencalonan lagi untuk layak. Kelayakan minima bagi calon timbalan presiden ialah 39 pencalonan.
Sehingga tengahari ini, Mohd Ali mendapat pencalonan dari bahagian Teluk Kemang (Negeri Sembilan) dan Ayer Hitam (Johor).
Muhd Taib pula mendapat pencalonan hari ini dari bahagian Puchong dan Kota Raja - kedua-duanya di Selangor.
Seorang lagi calon timbalan presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah layak bertanding dan kini mendahului dengan 71 pencalonan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan