Khamis, 30 Oktober 2008

Debat mampu nilai kemampuan pemimpin negara - Nik Aziz

PAS menyambut baik saranan diadakan debat dan berharap ianya diadakan secara terbuka bagi menilai kemampuan seseorang pemimpin yang akan memerintah negara masa depan, kata Mursyidul Am PAS,Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau berkata dalam Islam, forum sedemikian sangat digalakkan kerana memberi peluang kepada rakyat menilai sejauh mana kemampuan seseorang pemimpin, keilmuan serta ketaqwaannya.

"Dalam gerakan Islam kita boleh dan berhak memilih seorang pemimpin sama ada yang bertaqwa kepada Allah, latar belakang serta kemampuan dalam ilmu pengetahuan," katanya yang dipetik Bernama ketika ditemui selepas Majlis Graduasi Pusat Pembangunan Wanita Kelantan di sini hari ini.

Seramai 310 orang pelajar kelas jahitan dan tenungan tangan seluruh Kelantan menerima sijil masing-masing dan akan menjadi tenaga penggerak kepada kemajuan wanita di kawasan masing-masing.

Nik Aziz berkata umat Islam berhak memilih pemimpin berdasarkan latar belakang dan kemampuannya.

Pulihkan Umno, Najib bakal gunakan Ezam?

Setiausaha Dewan Pemuda PAS, Ahmad Sabki Yusof dalam satu ulasannya membayangkan Ezam Mohd Noor kini dilihat tidak memberi 'apa-apa' untuk Presiden Umno, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana tempoh Abdullah bertakhta di dalam Umno hanya berbaki beberapa bulan lagi.

Ezam yang juga bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Rakyat (AMK) mungkin akan dipergunakan oleh bakal Presiden Umno yang baru, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak.

"Tapi saya percaya Najib tidak akan mempersia-siakan kehadiran Ezam di dalam Umno. Najib sedang merencana banyak agenda dalam persediaan beliau mengambil alih tanggungjawab sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri Malaysia," ujarnya.

Antaranya adalah tanggungjawab besar beliau untuk memulihkan kredibiliti Umno dan BN di mata rakyat, ujar Sabki yang juga seorang peguam.

Beliau berkata demikian dalam satu ulasan yang diterbitkan dalam blognya, sabki.blogspot.com baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Sabki berkata dalam pilihan raya umum ke-12 membuktikan rakyat menuntut reformasi besar dalam pentadbiran negara kerana di mata rakyat, Malaysia sudah kepupusan nilai demokrasi dan keadilan.

Di mata rakyat juga, pemimpin BN dan Umno adalah pengamal politik rasuah dan korupsi, justeru katanya untuk Umno dan BN terus relevan dalam persada politik negara, mereka mesti berusaha merubah hakikat ini, katanya.

Kebangkitan rakyat menuntut integriti, keadilan dan pemulihan demokrasi mesti ditangani Najib, katanya.

"Apakah Najib akan menggunakan Ezam untuk membuktikan kepada rakyat bahawa beliau sedang melaksanakan pemulihan demokrasi dan perang terhadap rasuah?," ujarnya.

Ezam adalah tokoh demokrasi dan anti rasuah sejak sekian lama, seperti kata Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub, diri Ezam itu bagai sebuah instititusi yang memperjuangkan demokrasi dan menentang rasuah.

"Saya yakin semangat dan inspirasi menentang rasuah masih berpasak dalam diri Ezam, dan saya harap ianya masih sekental dulu," kata Sabki dengan sinis.

Berbicara lanjut, Sabki berkata di awal zaman awal 80-an, ketika Umno berdepan dengan kebangkitan idealisma Islam sedunia Dr Mahathir telah membawa masuk Anwar untuk memberikan imej Islam kepada Umno.

"Kemasukan Anwar, tokoh muda ABIM ke dalam Umno telah memberikan keyakinan kepada umat Melayu Islam bahawa Umno cukup serius dalam pelaksanaan Islam.

"Ia juga berjaya mengimbangi suara PAS sebagai sebuah parti pembangkang yang melaungkan pelaksanaan Islam dalam pentadbiran negara. Maka rakyat terpesona dengan Umno dan melupakan PAS. Apa yang terjadi pada Anwar selepas itu adalah sejarah yang kita semua maklum," katanya.

Sabki melihat, mungkin kali ini Umno di bawah Najib akan menggunakan Ezam untuk meredakan tuntutan rakyat dan pembangkang kepada demokrasi dan penentangan terhadap rasuah. "Mungkin selepas ini, Ezam akan diberikan satu kedudukan penting dalam mana-mana portfolio kerajaan dalam menangani rasuah," katanya.

Sabki membayangkan bahawa Ezam akan menjadi Anwar nombor dua kepada Umno dalam semua usaha itu dalam meraih kepercayaan rakyat yang kini luntur.

Sebelum itu Sabki menyatakan beliau sempat mengunjungi Ezam di rumahnya di Shah Alam pada 25 Oktober lalu ketika bekas Ketua AMK itu mengadakan majlis rumah terbuka Aidilfitri.Setiausaha Dewan Pemuda PAS, Ahmad Sabki Yusof dalam satu ulasannya membayangkan Ezam Mohd Noor kini dilihat tidak memberi 'apa-apa' untuk Presiden Umno, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana tempoh Abdullah bertakhta di dalam Umno hanya berbaki beberapa bulan lagi.

Muhyiddin, Mukhriz belum selamat

Jumlah pencalonan yang diterima calon-calon yang bertanding jawatan tinggi Umno tidak semestinya menjamin kemenangan mereka dalam pemilihan Mac depan, demikian menurut beberapa ahli akademik tempatan hari ini.

Menurut mereka, ini kerana jumlah pencalonan daripada bahagian tidak menggambarkan sokongan sebenar para perwakilan kepada mereka yang bakal bertanding itu.

bm version umno nomination 2009 update on 11 50 am 28th october 2008 281008Keadaan ini bermakna Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan Datuk Mukhriz Mahathir yang masing-masing mendapat pencalonan terbanyak bagi jawatan timbalan presiden, naib presiden dan ketua Pemuda, tidak semestinya akan menang dalam pemilihan itu nanti.

Sebaliknya, menurut ahli-ahli akademik yang dihubungi Malaysiakini, penentuan sebenar ialah pada hari pemilihan kelak.

Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Agus Mohd Yusof berkata, calon yang bertanding mempunyai peluang yang terbuka untuk menang.

"Baik jawatan timbalan presiden Umno, naib presiden mahupun ketua Pemuda akan mendapat peluang yang seimbang untuk menang.

"Di perhimpunan agung nanti, perwakilan akan melihat gagasan dan agenda yang akan dibawa oleh calon-calon berkenaan.

Dekat dengan ahli


"Faktor peribadi calon akan diperhitungkan sebelum mereka membuat pilihan pada perhimpunan agung kelak.

"Ini bermakna mereka yang lebih dekat dengan ahli dan penyokong Umno akan mudah dipilih dalam pemilihan kelak," katanya.

Beliau berkata, peluang dua calon timbalan presiden Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam, sama cerah sebagaimana calon pilihan Muhyiddin.

"Begitu juga dengan jawatan ketua Pemuda Umno. Mungkin orang tidak percaya peluang Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dan Khairy Jamaluddin lebih baik dari Datuk Mukhriz Mahathir," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kedudukan pencalonan yang diperolehi dalam perhimpunan agung Umno kali ini.

Datuk Seri Mohd Najib Razak yang bertanding jawatan presiden Umno telah mendapat 105 pencalonan manakala pencabarnya Tengku Razaleigh Hamzah belum mendapat sebarang pencalonan.

umno general assembly taib muhyiddin rustamManakala bagi jawatan timbalan presiden pula, Muhyiddin mendapat 65 pencalonan, Mohd Ali (23) dan Muhd Taib (17).

Bagi naib presiden pula Hishammuddin mendapat 85 pencalonan, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi (62), Datuk Shafie Apdal (46), Datuk Khaled Nordin (50), Datuk Syed Hamid Albar (22), Datuk Rais Yatim (9), Tan Sri Isa Samad (8), Datuk Jamaluddin Jarjis (6), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik (8), Datuk Shahidan Kassim (6), Datuk Mohamad Hassan (3), Datuk Musa Aman (2), Datuk Mohd Ali Rustam (1) dan Tan Sri Annuar Musa (1).

Menurut Agus lagi, pencalonan yang dibuat bahagian tidak boleh dijadikan ukuran kerana perwakilan bahagian hanya menurut sahaja kehendak ketua bahagian.

Katanya, politik Malaysia ialah sama dengan politik dikir barat, iaitu apabila ketua memilih, semua orang akan menyokong.

Perwakilan bebas memilih

Sementara itu, Prof Mustaffa Ismail dari Universiti Utara Malaysia (UUM) pula berkata, kuasa untuk memilih jawatan uama parti dibuat oleh perwakilan di peringkat pusat dan bukannya oleh bahagian.

"Perwakilan tersebut tidak terikat dengan kehendak bahagian dan ini bermakna mereka bebas memilih.

"Apa yang dicalonkan oleh bahagian tidak bermakna mereka akan mematuhinya. Oleh kerana itu sukar meramalkan pemenangnya," katanya.

umno youth 2009 leaders khir toyo khairy jamaluddin and mukhriz mahathirProf Mustaffa berkata, politik wang akan menjadi semakin berleluasa selepas tempoh mesyuarat bahagian berakhir pada 9 november depan.

Katanya, ketika itulah calon-calon yang mendapat pencalonan yang sedi, akan berusaha untuk mendapatkan sokongan menjelang perhimpunan agung Umno.

Seorang lagi pensyarah UKM, Nik Anuar Nik Mahmud berkata, beliau tidak percaya apa yang berlaku di peringkat bahagian sekarang, memberi gambaran sebenar apa yang akan berlaku pada hari perhimpunan agung nanti.

Katanya, apa yang berlaku sekarang ialah perwakilan bahagian hanya mahu memberi undi kepada calon supaya yang bertanding.

"Pertandingan kali ini sangat terbuka, semua orang boleh menang. Boleh jadi yang dapat pencalonan nombor tiga, akan menang," katanya lagi.

MB Perak sanggah kenyataaan Zahid Hamidi

Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyanggah kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Zahid Hamidi yang menyatakan beliau telah meluluskan permohonannya bersama rombongan untuk mengerjakan ibadah haji pada tahun ini.

"Saya tidak memohon menunaikan ibadat haji tahun ini, begitu juga isteri saya," katanya.

Sambil menafikan laporan Zahid Hamidi seperti yang disiarkan akhbar bahawa beliau dan isteri akan ke tanah suci tahun ini, beliau meminta wartawan yang hadir bertanyakan hal itu pada Utusan Malaysia.

"Saya sudah tunaikan ibadat haji, jadi saya cuma menyokong permohonan mereka yang mahu menunaikan ibadat haji tahun ini," kata beliau.

Dalam laporan Utusan Malaysia semalam Zahid dilaporkan berkata, haji bukan agenda politik, Saya mahu masyarakat tahu walaupun dari parti politik berbeza, saya mengambil pertimbangan agama.

Mohammad Nizar bagaimanapun mengucapkan terima kasih pada Zahid kerana memberi kesempatan dan menerima baik permohonan 22 anggota rombongan dari pejabatnya dan berharap Zahid mengotakan kata-kata bahawa beliau akan sentiasa mengambil kira pertimbangan agama dalam membuat keputusan yang berkaitan dengan agama.

"Saya dan isteri sudahpun menunaikan ibadat haji. yang memohon itu juga bukannya semua ahli Pas, ada dari Parti Keadilan Rakyat dan guru-guru pencen," katanya,

Menurut beliau permohonan itu dikemukakan kerana difahamkan Menteri Besar diberi peruntukan kuota khusus atau kemudahan tertentu untuk menghantar bakal haji atau menunaikan haji.

Sehubungan laporan akhbar kelmarin, Pejabat Menteri Besar menerima beberapa panggilan daripada orang perseorangan yang bertanyakan kedudukan temu janji masing-masing yang telah ditetapkan sepanjang Disember 2008.

Mahathir: Najib dibayangi 'tingkat empat' baru

Mantan perdana menteri bimbang kesan negatif pengaruh kumpulan penasihat Datuk Seri Mohd Najib Razak ala pasukan "tingkat empat" yang didakwanya menyebabkan kejatuhan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Tun Dr Mahathir Mohamad juga mendakwa hubungan penasihat timbalan perdana menteri ini ada hubungan dengan pasukan penasihat Abdullah, termasuk menantunya Khairy Jamaluddin.

"Saya diberitahu, Najib juga mempunyai penasihat muda yang amat berpengaruh terhadapnya.

najib ethos capital and chedet blog posting"Mereka ini mempunyai hubungan rapat dengan menantu Abdullah dan tingkat empat, bahkan mereka adalah daripada kumpulan yang sama," katanya.

Istilah "tingkat empat" pertama kali dipopularkan oleh Dr Mahathir sewaktu mengkritik Abdullah beberapa tahun lepas bagi merujuk sekumpulan penasihat perdana menteri yang beroperasi di aras empat bangunan Pejabat Perdana Menteri.

Mereka ini didakwa mempunyai pengaruh kuat dalam penentuan dasar-dasar dalam pentadbiran kerajaan.

Walaupun mengakui terdapat sumbangan positif kumpulan penasihat, Dr Mahathir bagaimanapun bimbang jika mereka mempunyai kepentingan perniagaan dan cuba mempengaruhi Mohd Najib untuk menggunakan dana awam seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Beliau menyebut syarikat Ethos Capital Sdn Bhd yang diumpamakannya dengan peranan syarikat pelaburan ECM Libra Bhd yang mencetuskan kontroversi susulan penggabungan dengan syarikat berkaitan kerajaan.

"Apakah Ethos, yang juga terlibat dengan tingkat empat, akan menjadi seperti ECM-Libra?

"Ethos Capital, sebuah syarikat pelaburan jenis Equity Capital tidak banyak berbeza daripada hedge fund (pengurusan dana).

"Mereka amat berminat untuk dapat sebahagian dari tabung KWSP yang sekarang berjumlah RM300 bilion untuk mereka urus pelaburannya, kononnya dengan pulangan 40 peratus," kata Dr Mahathir di blognya Chedet.com.

"Najib harus berhati-hati supaya pisang tidak berbuah dua kali."

Hakim kontroversi letak jawatan 1 Disember

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ian Chin - yang sebelum ini membuat dakwaan mengejutkan bahawa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengancam hakim-hakim - telah menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai hakim.

Menteri di Jabatan Perdana, T Murugiah memberitahu Dewan Rakyat hari ini bahawa Chin telah menyerahkan surat peletakan jawatannya, yang bertarikh 16 Julai, kepada Yang di-Pertuan Agong.

bm version justice ian chin biodata 301008"Beliau akan meletakkan jawatan pada 1 Disember 2008. Pada masa ini, beliau sedang bercuti sejak 1 Ogos lalu sehingga 30 November depan," katanya.

Murugiah menjawab soalan Datuk Mukhriz Mahathir (BN-Jerlun) sekiranya sebarang tindakan akan diambil terhadap hakim berkenaan kerana mendakwa berlaku campurtangan kerajaan dalam bidang kehakiman.

Soalan yang sama juga dikemukakan oleh Tian Chua (PKR-Batu).

Murugiah berkata, memandangkan Chin telah menyerahkan surat peletakan jawatannya, maka tidak perlu sebarang tindakan diambil terhadap Mahkamah Tinggi Sarawak itu.

Rabu, 29 Oktober 2008

Pertarungan Umno: Siapa pilihan Najib?

Setakat ini bakal Presiden Umno, Mohd Najib Abdul Razak masih belum membuka mulut, siapakah yang beliau kehendaki untuk berada dalam pasukan baru pimpinannya.

Mungkin juga Najib tidak mahu mengiyakan atau menidakkan seseorang calon, kerana bimbang ianya berlawanan dengan arus akar umbi Umno

Ada yang berpendapat mungkin Najib akan menuruti saranan bekas Presiden Umno, Dr Mahathir Mohamad supaya dihapuskan saki baki juak-juak Abdullah Ahmad Badawi dalam Umno.

Mungkin juga Najib perlu 'ignore' sahaja saranan Dr Mahathir kerana, dalam keadaan sekarang hampir 100 peratus bahagian, mencalonkan beliau sebagai presiden.

Semua orang Umno hendak jadi orang Najib sekarang. Sama ada dia orang Mahathir, atau orang Anwar Ibrahim, atau orang Abdullah, semua hendak dilihat 'attached' dengan Najib.

Selaku bakal Presiden, sudah tentu berfikir bahawa imejnya akan terjejas, jika orang yang dikehendakinya tewas di gelanggang pemilihan.

Ikut jadual, pemilihan pucuk pimpinan Umno akan diadakan dalam Perhimpunan Agungnya pada Mac 2009. Ada lima bulan lagi, macam-macam boleh berlaku.

Namun orang-orang Umno tidak henti-henti membuat spekulasi dan berteka teki.

Sikap berdiam diri Najib membuatkan mereka 'confius'. Mereka mahu Najib memberikan 'signal' siapa yang dikehendakinya dalam 'team' baru beliau.

Selagi Najib tidak 'membuka mulut' mereka terus membuat pelbagai hipotesis dan teori.

Sekarang ini ahli-ahli Umno peringkat bawahan pening kerana perebutan jawatan semua peringkat Umno (kecuali jawatan Presiden) amat serius dan berkecamuk.

Ada yang kata, ianya pertembungan antara puak penyokong Abdullah dengan puak Najib. Ada yang kata ianya pertarungan antara golongan muda dengan golongan veteran.

Ada yang kata wujud calon-calon yang mengambil kesempatan dari populariti Najib untuk 'tumpang semangkuk' banyak pencalonan akibat kekeliruan ahli-ahli Umno peringkat bawahan.

Peluang Muhyiddin merebut jawatan Timbalan Presiden

Ada sumber mengatakan Muhyiddin bukan orang Najib, Najib tidak pernah mengiyakan Muhyiddin sebagai regunya. Tetapi Muhyiddin yang 'mencangkukkan' dirinya dengan Najib.

Muhyiddin bukannya rakan rapat Najib. Beliau bukannya bekas Exco Pemuda Umno. Muhyiddin tahu beliau tidak mempunyai 'machinery', tiada infrastuktur dan tiada 'grass root' untuk mendokong kempennya. Ketiga-tiga faktor ini ada pada Najib.

Muhyiddin hanya dikenali dalam Umno selepas dilantik menjadi Menteri Besar Johor dan dikenali rapat dengan Timbalan Presiden Umno, Anwar Ibrahim suatu ketika.

Selepas pelantikan Abdullah sebagai PM ke-5 oleh Dr Mahathir pada November 2003, Muhyiddin telah meng'attached'kan dirinya dengan Abdullah. Selaku salah seorang Naib Presiden Umno, beliau ketika itu berpeluang dilantik menjadi TPM.

Ada sumber mendakwa ketika itu Abdullah teragak-agak hendak melantik Najib dan Muhyiddin begitu yakin Abdullah akan melantiknya sebagai TPM.

Tambahan pula Allahyarham Hendon Mahmood isteri PM lebih rapat dengan isteri Muhyiddin, Noorainee Abdul Rahman daripada Rosmah Mansor.

Hubungan Najib-Muhyiddin amat dingin. Orang-orang Najib kelihatan 'berseteru' dengan orang-orang Muhyiddin kerana beliau orang Abdullah.

Tetapi keputusan Pilihan Raya Umum 2008, mengubah pendirian Muhyiddin. Beliau secara lantang mula mengkritik Abdullah.

Muhyiddin mengambil kesempatan sebagai Pengerusi Biro Keahlian Umno untuk mengiringi Najib ke merata negeri bagi mendapatkan 'feedback' Umno akar umbi. Seorang lagi Naib Presiden, Mohd Ali Rustam, tidak pandai mengambil kesempatan.

Manakala seorang lagi Naib Presiden, Mohd Isa Abdul Samad sudah digugurkan dari jawatan dan baru lepas daripada hukuman penggantungan akibat politik wang.

Dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin ditentang dua lagi calon, iaitu Ali dan Muhammad Muhammad Taib.

Kedua-dua pencabar Muhyiddin ini kelihatan lebih 'organise' dan mempunyai infrastruktur. Cuma mereka lambat mengambil peluang untuk dilihat sebagai 'orang Najib.'

Setakat ini Ali dan Muhammad masih belum cukup kuota pencalonan. Namun jika kuota mereka cukup, belum tentu Muhyiddin akan menang.

Tambahan pula ada kalangan ahli Umno melihat usia Muhyiddin lebih tua daripada Najib. Muhyiddin 61 tahun, manakala Najib 55 tahun.

Dalam keadaan Najib tidak bercakap apa-apa soal siapa Timbalan Presiden (hanya desakan Dr Mahathir sahaja yang mahukan Muhyiddin), ini menyebabkan orang-orang Umno masih berfikir sama ada beliau layak atau tidak.

Dalam tempoh lima bulan ini, macam-macam boleh berlaku. Mana-mana calon Timbalan Presiden yang kuat dari segi infrastruktur dan dilihat satu generasi dengan Najib, beliau akan mempunyai peluang.

Naib Presiden milik siapa?

Bagi jawatan Naib Presiden pula ramai yang dicalonkan, antaranya. Hishammuddin Hussein, Shafie Apdal, Dr Ahmad Zahid Hamidi, Khaled Nordin, Syed Hamid Albar, Dr Rais Yatim, Isa Samad, Abdul Rahim Thamby Chik dan Dr Jamaluddin Mohd Jarjis.

Setakat ini Hishammudin, Shafie, Zahid, Khaled dan Syed Hamid sudah melayakkan diri untuk bertanding. Manakala Rais, Isa, Rahim dan Jamaluddin masih belum mencukupi kuota pencalonan.

Diandaikan jika semua mereka memenuhi kouta pencalonan. Akan ada sembilan calon bakal merebut tiga jawatan Naib Presiden Umno.

Kedudukan Hishammuddin sebagai salah seorang calon 'favourite' tidak boleh dinafikan, selain bekas Ketua Pemuda Umno, beliau adalah anak bekas PM, Hussein Onn dan sepupu kepada Najib.

Manakala peluang Shafie juga kelihatan agak cerah kerana beliau adalah 'orang kanan' Najib sejak dahulu. Atas sebab itu juga Ketua Menteri Sabah, Musa Aman, menarik diri daripada dicalonkan sebagai Naib Presiden kerana beliau tidak mampu mengatasi populariti Shafie.

Sebelum ini pun khabarnya beberapa bulan lepas sewaktu 'orang-orang PM' menjenguk ke Sabah untuk meninjau peluang PM dicalonkan sebagai Presiden bagi penggal kedua, Musa tidak boleh memberi jaminan kerana pengaruh Shafie-Najib di beberapa bahagian Umno agak kuat.

Atas faktor ini, kemungkinan peluang Shafie, sebagai anak Sabah pertama bakal menduduki kerusi Naib Presiden Umno, agak cerah.

Bagi Zahid pula, walaupun mendapat pencalonan yang tinggi, peluangnya masih samar-samar. Zahid mendapat banyak pencalonan kerana ahli-ahli Umno di akar umbi beranggapan 'dia orang Najib'. Tambahan pula Zahid adalah bekas Setiausaha Politik Najib.

Ada sumber Umno mendakwa, Zahid sudah lama 'meninggalkan' Najib. Malah sewaktu beliau dipilih sebagai Ketua Pemuda Umno, beliau sudah tidak rapat dengan Najib. Zahid lebih rapat dengan Anwar Ibrahim.

Sejarah Umno mencatatkan, Zahid mula-mula sekali mencetus perbalahan antara Mahathir-Anwar menerusi ucapannya di Johor.

Selepas Anwar dipecat, Zahid ditahan di bawah ISA. Selepas beberapa minggu, beliau dibebaskan dan kembali ke dalam Umno dengan 'mencium tangan Mahathir' .

Zahid kembali dalam Umno dan rapat dengan Abdullah dan Khairy Jamaluddin, sehingga dilantik menjadi Menteri. Pernah suatu ketika apabila Zahid rapat dengan Abdullah, beliau sudah 'declare war' dengan Najib.'

Mungkin ramai tidak memahami hasrat Zahid di sebalik pengumumannya untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno.

Beliau bukannya hendak menjadi 'pair' atau regu Najib sebagai calon Presiden dan Timbalan Presiden Umno.

Beliau mahu menjadi 'pair' Abdullah, dengan mengandaikan Abdullah terus mempertahankan jawatan Presiden.

Malah ada sumber wartawan yang rapat dengan beberapa ahli MT Umno memberitahu, Zahid begitu bertegas tidak mahu Abdullah berundur, berentap dalam mesyuarat sehingga 'menghentak meja' khabarnya.

Tetapi Zahid bijak mengintai peluang. Selepas gagal menjadi 'pair' Abdullah, beliau menarik diri sebagai calon Timbalan Presiden dan hanya bertanding Naib sahaja, untuk dilihat antara 'team' Najib pula.

Sikap 'flip-flop' Zahid ini ada bahayanya bagi beliau. Kerana beliau pernah dikenali sebagai orang Najib, selepas itu orang Anwar, kemudian orang Mahathir, selepas itu orang Abdullah dan sekarang mahu menjadi orang Najib pula.

Kemungkinan peluangnya menduduki salah satu kerusi Naib Presiden agak kabur jika ahli-ahli Umno tidak mendapat 'signal' daripada Najib.

Manakala Khaled dan Syed Hamid dilihat sukar untuk menang. Pertamanya, kedua-duanya bukan orang Najib. Mereka adalah orang Abdulah. Khaled adalah anak didik Shahrir Samad, yang dilihat lebih rapat dengan Khairy.

Kedua, mereka adalah calon daripada Johor. Johor ada tiga calon. Hisham pun dari Johor juga. Sukar bagi Khaled dan Syed Hamid untuk menempatkan diri mereka.

Ketiga, faktor yang agak penting, Khaled, Shahrir dan Syed Hamid tidak begitu rapat dengan Muhyiddin. Bahagian Johor Bharu dan Kota Tinggi tidak mencalonkan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden.

Johor ada banyak bahagian. Dengan pengaruh ramai 'war-lord' yang masing-masing ada banyak kepentingan, kemungkinan Khaled dan Syed Hamid tidak akan mendapat 'solid vote' dari Johor.

Justeru harus dilihat peluang-peluang yang bakal diisi bagi jawatan Naib Presiden mungkin ada pada Rais, Isa, Rahim dan Jamaluddin.

Rais sudah 'bakar jambatan', beliau cukup marah apabila orang-orang Umno meminta wang upah untuk mendapat pencalonan.

Masalahnya dalam Umno, kalau ada kalangan calon yang awal-awal lagi mengaku tidak ada wang atau tidak mahu memberi wang, peluangnya untuk mendapat banyak pencalonan akan terkubur.

Isa adalah bekas Naib Presiden yang digantung kerana politik wang. Jika Isa pernah bersalah kerana politik wang, maka sudah tentu Isa ada wang.

Soalnya, sekarang ini mungkin Isa agak cuak, bagaimana hendak menyalurkan wangnya kepada bahagian-bahagian, takut-takut beliau akan terperangkap sekali lagi.

Rahim pernah gugur dari jawatan Ketua Pemuda Umno akibat pelbagai skandal. Banyak skandalnya tidak harus dipersoal. Namun dalam pemilihan Umno yang lepas, beliau menang jawatan Ahli MT walaupun tiada jawatan.

Akhir sekali Jamaluddin. Setakat ini kuota pencalonan beliau masih belum cukup. Beliau harus mendapat 19 pencalonan.

Jamaluddin digugurkan daripada Kabinet Abdullah selepas PRU 2008. Khabarnya beliau adalah antara orang kanan Najib yang tidak disukai Khairy.

Sebagai orang kanan Najib beliau ada banyak 'advantage'. Jika beliau menerima banyak pencalonan daripada Pahang, ianya adalah antara 'signal' utama bahawa Najib mengkehendakinya sebagai calon Naib Presiden.

Justeru bagi jawatan Naib Presiden, harus dilihat kemungkinan 'wave' baru akan mendudukinya. Oleh itu kemungkinan gandingan Hisham-Shafe-Jamaluddin tidak harus diketepikan.

Penulis hanya membuat analisis berdasarkan kajian analisis dalam Umno. Kerana, jika fenomena ini berlaku, hasrat Mahathir untuk melihat orang-orang Abdullah disingkirkan daripada Umno akan tercapai.

Sekatan Umno dorong mereka berpelajaran tinggi sertai PAS - Dr M

Tindakan Umno menyekat kemasukan generasi muda yang berkelulusan tinggi menyebabkan mereka menyertai PAS, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Umno, kata beliau, seolah-olah menyekat kemasukan generasi muda terutamanya yang berpelajaran tinggi.

"Generasi muda ada sekatan dalam Umno, untuk masuk dalam Umno kita perlu melalui cawangan.

"Ketua cawangan memang tak suka sesiapa yang masuk cawangannya merupakan orang yang lebih berkaliber kerana takut akan kehilangan jawatan," mStar Online memetik bekas Presiden Umno itu berkata dalam satu wawancara khas yang bertajuk Budaya Pemilihan Umno siaran Astro Awani.

Tambah beliau dengan menyekat kemasukan generasi muda yang berkelulusan tinggi, maka Umno akan kehilangan genarasi pelapis yang berdaya saing.

"Sebab itu kita lihat mereka (generasi muda) masuk PAS kerana Umno sendiri yang menyekat, kalau sekat kemasukan orang yang lebih berkaliber maka ini bermakna semakin lama semakin merosot," katanya.

Jelas bekas Presiden Umno itu, ahli Umno sendiri dilihat seolah-olah merelakan amalan yang tidak sihat diteruskan dalam parti.

"Sebab itu kita lihat tidak ramai yang berani untuk tonjolkan diri untuk (bertanding) jawatan yang sesuai dengan kebolehan mereka, kita tak ada banyak pilihan," katanya.

Ditanya mengapa Umno tidak menggunakan pemimpin muda untuk mengembalikan kegemilangannya, Mahathir berkata perkara tersebut mesti bermula dari pucuk pimpinan.

"Ini bermula dari atas, kalau yang di atas berkelakuan tak baik, maka segala desakan dan nasihat dari orang ini (pemimpin muda) tak akan dihiraukan oleh sesiapa...kita perlu orang yang ada kredibiliti," katanya lagi.

Mahathir juga menolak dakwaan yang mengatakan lanskap politik di negara ini semakin berubah sebaliknya beranggapan perubahan yang berlaku terutamanya dalam pilihan raya yang lalu adalah disebabkan tanda protes pihak-pihak tertentu.

"Sebenarnya lanskap ini tak banyak berubah kerana pada tahun 2004 Barisan Nasional (BN) menang dengan begitu besar sekali tapi dalam tempoh hanya empat tahun ia seolah-olah berubah.

"Jadi apakah perubahan ini disebabkan oleh pemikiran baru tentang asas politik di Malaysia ataupun perubahan ini kerana perasaan tidak puas hati dengan kepimpinan yang ada?" katanya.

Beliau berpendapat perubahan ini berlaku kerana wujudnya perasaan tidak puas hati terhadap pemerintahan yang ada kerana ahli akar umbi tidak mempunyai peluang untuk menyatakan pandangan mereka.

"Dari segi pemikiran masih sama, tetapi mereka ambil peluang dalam pilihan raya untuk tunjukkan protes mereka," katanya.

Nasib malang Shahidan disabotaj Umno Perlis

CALON Naib Presiden Umno yang menarik diri, Dato' Seri Shahidan Kassim berpendapat pemilihan jawatan peringkat tertinggi tidak adil kerana payah bagi calon-calon dari negeri kecil, seperti Perlis bersaing dengan calon dari negeri-negeri besar. Bekas Menteri Besar (MB) Perlis ini bercakap berdasarkan pengalamannya sendiri.

Shahidan sudah banyak kali bercakap isu yang serupa, tetapi tidak mendapat sambutan, kerana Shahidan memberikan contoh, pemilihan dalam persatuan sukan lebih adil, kerana setiap negeri menghantar perwakilan yang sama bilangannya.

Mana mungkin calon-calon lain, khususnya yang datang dari Johor, Negeri Sembilan, Sabah dan Perak mahu menyambut kenyataannya itu kerana ia ada kebenarannya.

Cita-cita Shahidan cukup besar, jauh lebih besar dari 'Padang Besar' yang menjadi perebutan antara Dato' Zahidi Zainul Abidin dengan Dato' Seri Azmi Khalid baru-baru ini.

Tidak salah sebenarnya memasang cita-cita besar dalam politik, walaupun datang dari negeri kecil, seperti Perlis tetapi Shahidan kenalah ada semangat juang yang tinggi.

Sebelum ini, Umno Perlis kurang diberikan perhatian, kecuali bila mereka kecoh. Suatu ketika dahulu, Perlis yang hanya mempunyai dua bahagian sahaja, Arau dan Kangar, pernah digelar 'Korea Utara dan Korea Selatan' kerana pertembungan dua puak.

Ketika itu, Tan Sri Dr Abdul Hamid Pawateh menguasai Arau, manakala Dato' Seri Radzi Sheikh Ahmad menguasai Kangar (termasuk sebahagian Padang Besar).

Kebetulan, semua Menteri Besar Perlis datangnya dari Kangar. Bermula dari Dr Abd Hamid, orang Arau berpeluang menjadi MB.

Kemudiannya, Shahidan juga orang Arau dan kini, Dato' Seri Md Isa Sabu, adalah orang Kangar yang berjaya kembali menguasai kerusi MB Perlis.

Semua Ahli Parlimen dari Perlis kini sudah tidak berjawatan, apabila Azmi Khalid dan Radzi tidak dilantik semula menjadi Menteri selepas pilihan raya umum yang lalu

Secara kebetulan, memang belum ada orang Perlis berjaya menjadi Naib Presiden Umno. Jauh sekali kerusi timbalan dan Presiden. Terkini, Shahidan Kassim menyuarakan hasratnya tetapi kemudian mengumumkan penarikan diri, apabila melihat pencalonan yang berlaku tidak menyebelahinya.

Betulkah apa yang disuarakan Shahidan ini? Hanya calon dari Kedah, Johor dan Pahang sahaja yang berupaya melangkah jauh dalam hirerki kepimpinan Umno kerana mereka menguasai negeri-negeri yang besar dan menghantar ramai perwakilan? Jawapannya, ada betulnya dan ada tidaknya.

Betul, kerana biasanya calon dari Johor memang sering menguasai pencalonan dan mudah menang, manakala tidak betulnya, jika mereka berpecah. Apa yang lebih malang, Perlis yang hanya mempunyai tiga bahagian, tidak pernah dilihat bersatu.

Jika Shahidan menawarkan diri untuk bertanding jawatan Naib Presiden, ada dua lagi pemimpin bahagian (selain Arau) akan mentertawakannya.

Bukan orang luar Perlis yang 'menolak' Shahidan tetapi orang Perlis sendiri. Sebelum pilihan raya umum lalu, macam-macam kisah didedahkan oleh 'orang-orang Perlis di Kuala Lumpur' terhadap kepimpinan Shahidan, yang akhirnya semua mereka 'balik ke Perlis' dan Shahidan terlepas peluang kekal sebagai MB.

Ketika Shahidan berusaha mempertahankan kerusi MB, ada pula orang lain berusaha 'menolaknya' keluar. Tidak hairanlah, jika Perlis yang mempunyai tiga kerusi Parlimen, pada suatu ketika, dua dari Ahli Parlimennya, berjawatan Menteri.

Belum pernah berlaku sebelum ini, tetapi dalam era kepimpinan Shahidan, Umno Perlis mendapat pencapaian yang cukup tinggi. Namun, 'mereka bertiga' tidak bersatu hati, tetapi bergaduh sama-sama sendiri.

Sifat Shahidan yang pemurah, dermawan dan suka menolong orang disembunyikan. Malah, mereka (pemimpin Perlis) yang terkenal 'kedekut' mulalah merosakkan nama Shahidan yang pemurah dengan cerita-cerita kurang elok, termasuk memfitnah, dari mana Shahidan dapat duit untuk menderma.

Malahan, orang-orang di luar Perlis pun, 'menutup' cerita kemurahan hati Shahidan yang mereka sendiri dapat bantuan, khususnya di musim-musim banjir kerana tidak mahu Shahidan membantu orang lain, kecuali mereka sahaja.

Apabila Shahidan mengumumkan hasrat mahu bertanding jawatan Naib Presiden, bahagian-bahagian yang pernah menerima bantuan dari Shahidan sudah menjadi 'lupa budi' kerana mungkin ada 'bantuan baru' yang mereka akan terima jika tidak mencalonkan Shahidan sebaliknya mencalonkan orang lain.

Tidak keterlaluan jika dikatakan usaha menolak Shahidan bermula dari Perlis sendiri.

Perlis yang membuatkan Shahidan 'dimalukan' dengan melantik orang lain menjadi MB sedangkan kerja dan kejayaan yang Shahidan capai, ketika Pilihan Raya Umum ke 12 yang lalu cukup besar, ketika di negeri-negeri lain termasuk Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Perak dan Negeri Sembilan, kalah teruk.

Kalaulah orang Perlis bersatu, menyokong Shahidan dan membawa cerita-cerita baik yang Shahidan lakukan, termasuk kerja kuatnya sewaktu membantu calon-calon BN dalam pilihan raya kecil, tidak mustahil Shahidan akan menjadi satu-satunya 'anak Perlis' yang mampu melangkah jauh dalam politik nasional.

Jika orang Perlis menjadikan Melaka sebagai contoh, Perlis kini mungkin sudah melahirkan seorang Naib Presiden, walaupun negeri ini tidak mempunyai perwakilan yang ramai.

Walaupun Melaka hanya mempunyai enam bahagian, tetapi semakin ramai anak Melaka yang berjaya meningkat jauh dalam politik kebangsaan.

Allahyarham Tun Ghafar Baba misalannya menjadi Naib Presiden Umno selama 25 tahun, walaupun Allahyarham datang dari Melaka. Ketika itu, Melaka hanya mempunyai lima bahagian sahaja.

Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik juga pernah menjadi Ketua Pergerakan Pemuda Umno, juga datangnya dari Melaka. Kini, Dato' Seri Mohd Ali Rustam pula mencipta nama.

Tan Sri Mohd Isa Abd Samad, juga boleh dijadikan contoh. Walaupun datang dari Negeri Sembilan yang hanya mempunyai lapan bahagian, pernah menang kerusi Naib Presiden Umno dan hampir berjaya menjadi Ketua Pergerakan Pemuda Umno dalam tahun 1993, walaupun terpaksa berhadapan dengan 'team wawasan'.

Berbeza dengan Perak, walaupun menghantar perwakilan antara yang teramai, tetapi belum ada anak Perak, kecuali Allahyarham Dato' Panglima Bukit Gantang Abd Wahab menjadi Naib Presiden.

Negeri kecil atau besar, sebenarnya bukan masalah. Shahidan mungkin terlepas peluang menjadi Naib Presiden Umno tetapi, tidak mustahil selepas ini, akan ada seorang anak Perlis yang boleh pergi lebih jauh, asalkan mereka tidak bergaduh sama-sama sendiri, seperti apa yang berlaku antara Shahidan-Radzi-Azmi Khalid.

Ketiga-tiga mereka (Shahidan-Azmi-Radzi) boleh sahaja menafikan 'pergaduhan mereka' tetapi semua orang tahu, Radzi tidak boleh duduk semeja dengan Shahidan dan begitu juga Azmi.

Kebetulan, semua mereka kecuali Radzi, tewas kerusi MT dalam pemilihan 2004. Radzi tidak bertanding ketika itu kerana dilantik menjadi Setiausaha Agung Umno. Dipercayai, jika dia bertandingpun, dia akan mengalami nasib serupa dengan Shahidan dan Azmi.

Belum terlewat bagi Shahidan, menyusun strategi baru untuk mencari pencalonan, dalam pemilihan akan datang.

Dia sendiri kena turun ke bawah, berjumpa seramai mungkin kepimpinan bahagian dan cawangan, walaupun ia bukan suatu tugas mudah untuk membuktikan kebolehannya.

Walaupun dia mungkin kepenatan, tetapi hanya dengan mengeluh mengatakan tidak adil calon dari negeri kecil seperti menumpang pengaruh negeri besar tidak akan menyelesaikan masalah.

Dalam Umno, kebaikan yang dibuat, akan diselimuti oleh pesaing-pesaing. Keburukan yang mereka lakukan, akan didedahkan kerana cara itu sahaja akan memudahkan orang lain menjaja keburukan rakan mereka.

Menjadi satu kerugian, jika orang yang hendak bertanding, menceritakan kebaikkan pesaing mereka.

Tugas utama mereka (yang hendak bertanding) mestilah menceritakan kebaikkan diri sendiri dan dalam masa yang sama, mendedahkan pekung pesaing-pesaing. Hanya inilah cara mudah untuk mendapat pencalonan.

Jangan terkejut, jika bahagian-bahagian hanya mencalonkan mereka yang berjawatan, lebih dari mereka yang tidak berjawatan. Mereka menganggap, hanya mereka yang berjawatan sahaja boleh membantu mereka, menjanjikan projek dan sebagainya sedangkan yang tidak berjawatan, jika dicalonkan pun hanya kerana, mahu mencukupkan kuota.

Ada seorang dua mereka yang tidak berjawatan dicalonkan, bukan kerana mereka nampak kebolehan calon itu tetapi, mereka mahu mencukupkan kuota. Setiap bahagian perlu mencalonkan 25 calon MT, tiga Naib Presiden, masing-masing seorang Timbalan dan Presiden.

Hentikan yoga, bimbang rosak akidah

Pensyarah Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Zakaria Stapa menasihati orang Islam yang mengamalkan senaman yoga supaya menghentikannya kerana bimbang boleh memesongkan akidah.

zakaria stapaBeliau dilaporkan berkata demikian selepas menyampaikan syarahan Ajaran Sesat di Malaysia di Universiti Sains Malaysia, semalam.

Bagaimanapun Majlis Fatwa Kebangsaan belum membuat keputusan rasmi berhubung senaman tersebut.

Majlis itu akan membuat keputusannya dalam tempoh terdekat, kata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Yoga yang diperkenalkan sekitar 3,300 Sebelum Masihi dikatakan dapat membantu melambatkan proses penuaan, mengurangkan risiko kencing manis, darah tinggi, lelah dan penyakit berkaitan jantung.

Menurut Bernama lagi, amalan senaman harian itu kebanyakannya mempunyai pergerakan berdasarkan unsur dalam agama Hindu seperti manifestasi gerakan, konsentrasi dan posisi tubuh dilakukan sambil membaca mentera.

Bercakap selepas merasmikan persidangan Seminar Fiqh dan Pemikiran Islam Lestari di USM hari ini, timbalan ketua pengarah operasi Jakim, Othman Mustapha berkata keputusan itu akan diumumkan sendiri oleh pengerusi majlis berkenaan Prof Datuk Dr Abdul shukor Husin.

Kelantan bayar RM220 juta hutang peninggalan Kerajaan BN

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Masyarakat, Dato’ Husam Musa berkata, jumlah hutang yang ditinggalkan kerajaan BN ketika PAS mula-mula mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri sebanyak RM718 juta.

Katanya, setiap tahun kira-kira RM11 juta dibayar kepada kerajaan pusat, menjadi jumlah yang dibayar sehingga sekarang sebanyak RM220 juta.

“Jumlah hutang tersebut tidak termasuk pinjaman baru yang diluluskan bagi projek bekalan air bersih di negeri ini sebanyak RM371 juta,” katanya ketika menjawab soalan Dato’ Noor Zahidi Omar (BN-Pengkalan Kubur) pada persidangan hari ini.

Menurutnya juga jumlah hutang tersebut meliputi Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan, Perbadanan Stadium dan pihak berkuasa tempatan, keseluruhannya sebanyak RM572 juta.

Dan jumlah itu sekarang sudah berkurangan kepada RM268 juta.

Manakala bagi projek perumahan awam kos rendah (PAKR) masih berbaki sebanyak RM70.5 juta berbanding pada 1990 sebanyak RM72 juta.

Husam berkata, hutang bagi projek projek PAKR pada 1999 menurun kepada RM69 juta, namun sekarang meningkat kepada RM70.5 juta apabila dicampur kadar bunga yang dikenakan.

Katanya, jumlah hutang masih tinggi disebabkan keengganan pemiliknya menjelaskan sewa yang sepatutnya dibayar setiap bulan.

Menjawab soalan tambahan Ustaz Mohamad Mustafa (PAS-Demit) katanya, kaedah lama iaitu mengenakan faedah masih digunapakai kerajaan pusat terhadap hutang kepada kerajaan-kerajaan negeri.

“Pada mesyuarat Majlis Kewangan Negara sebelum ini saya sudah membangkitkan supaya kadar faedah dihapuskan. Saya kira Perdana Menteri yang ada sekarang masih mempunyai kuasa melaksananya sebelum Mac depan.

“Perdana Menteri perlu melaksanakan segera sebelum Perdana Menteri yang sedang menunggu mengambil alih tempatnya,” kata beliau.

Beliau juga berharap Dato’ Mohd Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas) yang juga Setiausaha Politik Perdana Menteri mempengaruhi Dato’ Seri Abdullah supaya dihapus kadar faedah pinjaman yang dikenakan.

Selasa, 28 Oktober 2008

Politiking Umno Johor jejaskan peluang Muhyiddin

KINI, politik Umno Johor menjadi lebih berwarna-warni. Selama ini, cakap-cakap yang mengatakan hubungan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dengan Dato' Abdul Ghani Othman, tidak mesra, seperti sudah kembali pulih tetapi, apa sudah jadi dengan Dato' Seri Syed Hamid Albar dan Dato' Shahrir Abdul Samad dengan Muhyiddin.

Hubungan mereka dilihat seperti ada yang tidak kena, jika dilihat kepada trend pencalonan yang dibuat baru-baru ini.

Corak pencalonan, dua bahagian ini, Kota Tinggi yang diketuai Syed Hamid dan Johor Bahru yang diketuai Shahrir menolak Muhyiddin sebagai calon Timbalan Presiden Umno. Belum ada mana-mana bahagian di Johor yang 'enggan' mencalonkan Muhyiddin, dimulai Johor Bahru, sekaligus seolah-olah mengesahkan hubungan antara Shahrir-Muhyiddin memang tegang sejak sekian lama.

Berbeza dengan bahagian Ledang yang diketuai Ghani, telah mencalonkan Muhyiddin walaupun banyak pihak, khususnya orang-orang yang rapat dengan Muhyiddin tidak mahu mempercayainya.

Satu sumber yang rapat dengan Muhyiddin memberitahu, Muhyiddin berjumpa sendiri dengan Ghani, meminta pencalonan dari bahagian Ledang.

Ternyata Ghani yang mengatakan dia tidak mempunyai masalah untuk membuat pencalonan itu, membuktikannya.

Terkini, bahagian Kota Tinggi pula mencalonkan Tan Sri Muhammad Muhd Taib sebagai Timbalan Presiden, sekaligus mengesahkan Syed Hamid tidak dapat menerima Muhyiddin, sama seperti Muhyiddin tidak dapat menerima Syed Hamid.

Kebelakangan ini, Syed Hamid kelihatan lantang menegur Muhyiddin yang masih bercakap soal tempoh kempen yang panjang akan menjejaskan produktiviti kepada penjawat jawatan kerajaan seperti Menteri, tetapi Syed Hamid tidak bersetuju mengenainya.

Malahan, Syed Hamid membidas Muhyiddin yang dianggap melanggar persetujuan Majlis Tertinggi (MT) mengenai tempoh kempen dan Pelan Peralihan Kuasa antara Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi-Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak.

Shahrir juga tidak bersetuju dengan kenyataan Muhyiddin itu, kerana baginya Muhyiddin sudah bersetuju seperti yang diputuskan Majlis Tertinggi.

Sebenarnya, jika Muhyiddin mahu mengutip undi popular dari Johor, jangan ada sesiapa yang terkejut, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ini kurang popular di Johor, negeri kelahirannya sendiri.

Malahan, jangan sesiapa yang terkejut jika bahagian-bahagian di Johor yang mencalonkan Muhyiddin, tidak akan mengundinya jika berlaku pertandingan jawatan Timbalan Presiden kali ini.

Ada satu cerita dari mulut ke mulut yang didengar, dalam tahun 2004, ketika Muhyiddin bertanding jawatan Naib Presiden, undi dari Johor lebih banyak diberi kepada Tan Sri Mohd Isa Abd Samad dan Dato' Seri Mohd Ali Rustam, daripada Muhyiddin.

Kebetulan, apa yang dibuat oleh bahagian Kota Tinggi terhadap Muhyiddin, sudah dimulakan oleh Muhyiddin sendiri ketika mencadangkan nama-nama Nab Presiden dari bahagian Pagoh.

Bahagian Pagoh yang Muhyiddin ketuai mencalonkan Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein, Dato' Seri Mohd Shafie Afdal dan Dato' Seri Dr Rais Yatim sebagai calon Naib Presiden - dengan mengenepikan sama sekali nama-nama Syed Hamid dan Mohd Khaled Nordin, dua calon dari Johor untuk kerusi ini.

Tidak hairanlah, bahagian Kota Tinggi tidak mencalonkan Muhyiddin kerana Syed Hamid dikatakan kecil hati dengan sikap Muhyiddin yang 'mahu dia disokong' tetapi tidak mahu menyokong orang lain.

Lebih mengejutkan, bahagian Johor Bahru yang diketuai Shahrir mencalonkan Dato' Seri Mohd Ali Rustam sebagai calon Timbalan Presiden dengan mengenepikan Muhyiddin tetapi bagi calon Naib Presiden, Johor Bahru mencalonkan ketiga-tiga calon dari Johor, iaitu Hishammuddin, Mohd Khaled dan Syed Hamid.

Muhyiddin mungkin tidak terkejut walaupun sudah menjangkakannya tetapi sebagai calon dari Johor, Muhyiddin kenalah bermuhasabah dirinya mengapa masih ada bahagian-bahagian di Johor, yang diketuai Menteri Kabinet enggan mencalonkannya. Tentulah, mereka mempunyai sebab melakukan kejutan tersebut.

Disebabkan Muhyiddin sudah mendapat pencalonan yang cukup quota untuk bertanding, tentunya pencalonan dari Johor Bahru dan Kota Tinggi tidak member apa-apa kesan kepadanya tetapi dengan perkembangan ini, tidak mustahil bahagian-bahagian yang masih belum bermesyuarat akan mengikut langkah bahagian Kota Tinggi dan Johor Bahru kerana mereka tentunya tertanya-tanya mengapa Syed Hamid dan Shahrir berani melakukannya (mencalonkan orang lain).

Kebetulan ramai ketua-ketua bahagian (dan timbalan ketua bahagian) di Johor mendapat gelaran Dato' dari Melaka. Antaranya Sulaiman Taha (Labis), Md Othman Yusof (Tanjung Piai), Nasir Safar (timbalan di Tanjung Piai), Ariss Shamsuddin (timbalan di Parit Sulong), Dato' Mohd Ismail Mohd Shah (Muar), Abdullah Ali (bekas Ketua Umno Bahagian Bakri), Dr Abd Latiff Ahmad (Mersing) dan ramai lagi.

Jika Mohd Ali mendapat cukup quota untuk bertanding, jangan terkejut jika Muhyiddin tewas kali ini, sama seperti tewasnya dia dalam tahun 1996, ketika mempertahankan kerusi Naib Presiden nombor satunya.

Sebenarnya ada sekitar 100 cawangan dari bahagian-bahagian di seluruh Johor berhasrat memujuk Shahrir supaya bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno, tetapi Shahrir menolaknya dengan alasan faktor usia, menghalangnya untuk menawarkan diri.

Dari segi senioriti kedudukan dalam kabinet, Syed Hamid lebih kanan dari Muhyiddin.

Cuma, jika diukur dari kekananan kedudukan dalam hirerki parti, Muhyiddin lebih kanan dari Syed Hamid.

Lebih menarik lagi, Syed Hamid melalui kerusi-kerusi menteri kabinet yang ada persamaan dengan laluan yang dilalui Perdana Menteri sekarang, kecuali Menteri Pelajaran.

Abdullah pernah menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Menteri Pertahanan, Menteri Luar dan Menteri Dalam Negeri tetapi tidak pernah menjadi Menteri Undang-Undang.

Manakala Syed Hamid, tidak pernah menjadi Pelajaran tetapi pernah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Menteri Undang-Undang, Menteri Pertahanan, Menteri Luar dan Menteri Dalam Negeri.

Jika Muhyiddin dikatakan mampu menghidupkan mana-mana sahaja kementerian yang didudukinya, begitu juga Syed Hamid.

Ramai yang kagum dengan kebolehannya ketika menjadi Menteri Luar dan Menteri Dalam Negeri. Malahan, pengunduran diri Abdullah sebagai Perdana Menteri, dikatakan atas nasihat Syed Hamid selain kemampuan Syed Hamid menangani isu Hindraf.

Cukup menarik selepas ini, untuk diperhatikan apakah masih ada bahagian-bahagian di Johor yang mempunyai 'masalah' dengan Muhyiddin setelah dua bahagian ini, Johor Bahru dan Kota Tinggi memulakannya.

Syed Hamid dan Shahrir tentunya mempunyai cukup kepakaran untuk membantu Muhammad dan Mohd Ali untuk menang kerusi Timbalan Presiden, kerana sebagai 'orang Johor' kempen mereka tentunya meninggalkan bekas kepada calon dari Johor.

Mustahil Syed Hamid dan Shahrir akan turun berkempen membantu mencari kemenangan untuk Muhyiddin setelah Shahrir mengatakan dia menerima 10 SMS berbau ugutan ekoran keengganan bahagiannya mengikut arahan pihak tertentu supaya mencalonkan orang-orang tertentu sebagai Timbalan Presiden Umno.

Satu perkara yang Muhyiddin perlu tahu ialah, Syed Hamid dan Shahrir tidak rugi apa-apa jika mereka kalah dalam pertandingan kali ini, tetapi Muhyiddin 'rugi besar' sekiranya dia tewas, walaupun jelas Muhyiddin mendapat sokongan kuat dari bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Khir didakwa mahu pecah belah hubungan kerajaan Negeri, Sultan

Tohmahan Ketua Pembangkang, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo bahawa pimpinan kerajaan Pakatan Rakyat tidak mempunyai hubungan baik dengan Tuanku Sultan Selangor dibidas oleh exco Kerajaan Negeri dan Adun Pakatan Rakyat.

Azmin Ali (KeADILan-Bukit Antarabangsa) menyelar dakwaan Khir yang berniat jahat mahu menimbulkan kegelisahan rakyat�bahawa kenyataan itu cuba menimbulkan keresahan di kalangan rakyat khususnya Pakatan Rakyat dengan Tuanku Sultan.

Dalam sesi mesyuarat Peringkat Jawatankuasa Perbekalan Rang Undang-undang itu, Azmin menegaskan, taat setia rakyat Selangor kepada Tuanku Sultan tidak pernah berbelah bagi.

Pimpinan Rakyat juga katanya, menyokong untuk menjamin kuasa mutlak bagi memastikan pentadbiran agama Islam di Selangor berjalan dengan lebih baik dan kemas.

Bagaimanapun, katanya kenyataan Khir itu seolah-olah menjelaskan bahawa telah timbul masalah komunikasi antara pihak Istana dengan kerajaan Negeri.

"Saya yakin kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar dapat memberikan kepimpinan yang baik dengan memastikan peranan Istana dalam kerajaan Negeri lebih jelas," tegasnya.

Dalam perbahasan tersebut, Speaker, Teng Chang Khim mencelah; "Adakah kerajaan dahulu (BN) ada masalah dengan Sultan?"

Azmin dengan pantas menjawab hanya yang buta sejarah sahaja menafikan tidak ada masalah antara kerajaan negeri dengan pihak Istana.

Menurut beliau, pernah suatu ketika Menteri Besar (Umno) mengambil anak raja tetapi menafikan sehingga timbul krisis besar seolah-olah Menteri Besar ketika itu bergelumang dengan masalah skandal sama ada rasuah dan penyelewengan.

Dengan peristiwa itu, Tuanku Sultan terpaksa mengambil pendirian tegas supaya perkara tersebut tidak akan berulang.

"Saya harap Khir jangan cuba melaga-lagakan hubungan Tuanku Sultan dengan pimpinan Pakatan Rakyat kerana bagi kami akan memastikan kemurniaan Raja-raja Melayu khususnya di Selangor," tegasnya.

Sementara itu, Exco Hal Ehwal Agama, Adat-adat Istiadat dan Kemudahan Awam, Dato' Dr Hasan Mohamad Ali menegaskan kerajaan Pakatan Rakyat di bawah Menteri Besar sentiasa menjunjung prinsip Raja.

"Kami hendak menentukan bahawa sistem di Malaysia termasuk di Selangor dari segi agama Islam tonggaknya adalah Yang di-Pertuan Agong dan Tuanku Sultan dan ini tidak boleh dipersoalkan kerana ia termasuk dalam Perlembagaan negara dan negeri," tegasnya.

Beliau berkata, hanya Umno saja yang pernah menjatuhkan institusi Raja-raja Melayu.

Menurutnya, pindaan Enakmen adalah bertujuan menentukan bahawa Sultan merupakan pemerintah teratas dalam segala hal terutama hal Ehwal Agama Islam.

Beliau menegaskan, Khir Toyo (BN-Sungai Panjang) mahu melahirkan bibit-bibit keretakan antara pimpinan kerajaan Negeri dengan Tuanku Sultan dan mahu mencari ruang untuk menimbulkan kekeruhan.

"Apakah Khir pura-pura tidak tahu bahawa dalam masa lapan bulan Pakatan Rakyat mentadbir telah mewujudkan satu hubungan paling intim dengan Tuan ku Sultan," katanya.

Adun BN rakam tahniah kejayaan Pakatan kuasai 5 negeri

Selepas lebih tujuh bulan Pakatan Rakyat menguasai lima negeri, baru hari ini kedengaran ucapan tahniah dilafaz wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di atas kejayaan tersebut.

Dato' Nozula Mat Diah (BN-Paloh) juga merakam ucapan serupa kepada PAS di Kelantan apabila berjaya mempertahankan kerajaan negeri sehingga memasuki tahun ke-18.

"Tahniahlah kepada PAS di Kelantan kerana kejayaan luar biasa mempertahankan kerajaan negeri sehingga memasuki tahun ke-18 sekarang.

"Tahniah sekali lagi dirakam kepada Pakatan Rakyat kerana berjaya menguasai lima negeri pada pilihan raya umum lalu," katanya ketika membahas Bajet Kelantan 2009 pada persidangan Dun hari ini.

Pada ucapan yang sama beliau mencadangkan kerajaan negeri menaikkan jumlah elaun yang dibayar kepada Adun memandangkan ia tidak dikaji semula sejak 2002 lagi.

Katanya, elaun pokok yang diterima sekarang sebanyak RM3,600 tidak memadai untuk membantu rakyat miskin, lebih-lebih lagi apabila berlaku kematian.

"Usahkan mahu bantu rakyat, hendak bayar ansuran Harier (Toyota) pun tidak sepadan kalau dah pencen nanti. Cuba bayangkan sekarang dengan jumlah elaun sebanyak itu hendak bantu rakyat pun susah," katanya.

Ketika ditanya Wan Ahmad Lutfi Wan Sulaiman (PAS-Kemuning) adakah Adun Paloh tidak lagi keluar dewan ketika pihak kerajaan menggulung perbahasan, katanya ia belum tentu lagi.

Malah katanya, apabila elaun sudah bertambah tentunya banyak tempat hendak pergi sama ada minum teh di hotel atau tempat-tempat lain.

Beliau mencadangkan elaun wakil rakyat dinaikkan sama dengan gaji pegawai kerajaan negeri yang bergaji N52.

Beliau juga mengakui skim Takaful Merdeka yang dilancarkan Umno Kelantan sebelum ini bermasalah, tidak sebagaimana Takaful Kifaalah yang dikendalikan kerajaan negeri.

Dato' Omar Mohamad (PAS-Perupok) ketika membahas enakmen yang sama mahu kerajaan negeri turut diberitahu apabila berlaku pertukaran atau pelantikan pegawai-pegawai baru.

"Apa yang berlaku sekarang kerajaan negeri tidak diberitahu apabila ada pelantikan pegawai atau pertukaran mereka, sedangkan setiap tahun kerajaan negeri meluluskan bajet untuk mereka.

"Ini tidak sepatutnya berlaku kerana dalam banyak keadaan, kerajaan negeri tidak diberitahu apabila berlaku pelantikan baru pegawai atau mereka bertukar ke tempat lain," ujarnya.

Lebih malang lagi katanya, ada sesetengah pejabat tanah dan jajahan biar pun bilangan pegawai semakin ramai, namun masalah permohonan pemilikan tanah oleh rakyat belum dapat diselesaikan dalam tempoh lebih singkat.

Menurut beliau sepatutnya pegawai di pejabat tanah tahu di mana ada tanah-tanah milik kerajaan negeri yang boleh diberi kepada rakyat.

Kata beliau juga sejak 1990 sehingga 2007 sebanyak 83,800 permohonan hak milik tanah oleh rakyat berjaya diselesai berbanding 38,097 lagi yang belum diselesaikan.

Beliau juga merakamkan ucapan syabas kepada kerajaan negeri kerana berjaya melantik lebih ramai pegawai dan kakitangan berbanding ketika Kelantan di bawah terajui BN sebelum 1990.

Jumlah kakitangan kerajaan negeri sekarang seramai 5,538 orang berbanding 5,000 orang sebelum 1990.

Beliau juga memberitahu Pejabat Sultan Kelantan memohon pertambahan kakitangan baru sebanyak 71 orang bagi tahun 2009 berbanding jumlah yang ada sekarang seramai 137 orang.

Menurutnya pertambahan pegawai dan kakitangan baru hendaklah selaras dengan keupayaan sesebuah agensi bagi menyumbangkan perolehan hasil kepada kerajaan negeri.

****masih aku ingat....dulu masa 21-20 bukan main samseng lagi dia tu....siap ajak orang gaduh....mentang2 geng dia sama ramai dalam dewan....skrg amacam bro??? ingatla langit tak selalunya cerah.....

Tarif air di Kelantan kedua terendah

Langkah kerajaan negeri mengambil alih sepenuhnya pengurusan air daripada syarikat Thames Water Sdn Bhd sebelum ini bagi memastikan rakyat dapat menikmati bekalan air dengan kadar tarif yang rendah.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Dato' Husam Musa berkata, Kelantan sehingga sekarang masih mengekalkan tarif air yang kedua terendah di negara ini selepas Pulau Pinang.

"Pulau Pinang masih mengenakan tarif air yang rendah memandangkan negeri tersebut tidak perlu menyediakan prasarana yang banyak seperti di Kelantan kerana negerinya lebih sempit.

"Namun kita di Kelantan biar pun prasarana lebih banyak, namun kita masih mengekalkan tarif air yang rendah," katanya menjawab soalan Dato' Noor Zahidi Omar (BN-Pengkalan Kubur) pada persidangan Dun hari ini.

Menurutnya kerajaan negeri mengambil alih sepenuhnya ekuiti milik Thames Water dalam Kelantan Water Sdn Bhd dan bukannya membayar ganti rugi seperti dimaksudkan Adun terbabit.

"Kita tidak membayar gantirugi tetapi sebaliknya membayar nilai saham sejumlah RM50 juta kepada Thames Water setelah syarikat itu bercadang menaikkan tarif air yang boleh membebankan pengguna.

"Inilah asasnya, kita lebih mementingkan rakyat daripada syarikat asing," katanya lagi.

Menjawab soalan tambahan Adun yang sama katanya, sebelum penswastaan dilakukan kerajaan terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada Unit Perancangan Ekonomi Jabatan Perdana Menteri.

Katanya, Thames Water dipilih kerana kepakarannya dalam menyediakan perkhidmatan air dan tawaran yang dikemukakan lebih menarik berbanding syarikat lain, ketika itu.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Desa dan Bioteknologi, Che Abdullah Mat Nawi berkata, penglibatan badan bukan kerajaan (NGO) dalam usaha menjadikan Kelantan sebagai Jelapang Makanan Negara 2015 amat menggalakkan.

Ketika menjawab soalan Rohani Ibrahim (PAS-Tanjung Mas) katanya. penglibatan NGO terutamanya dalam bidang pertanian seperti tanaman komoditi dan penternakan, begitu menggalakkan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO, Abdul Fattah Mahmood berkata, banyak NGO di negeri ini yang melibatkan diri dalam aktiviti kebajikan.

"Kerajaan sentiasa memberi kerjasama dalam pelbagai aktiviti dengan kerjasama NGO termasuk mengadakan forum dan seminar. Selain itu kerajaan juga menubuh badan perundingan NGO Kelantan," ujarnya.

Menjawab soalan tambahan Dr Muhammad Md Daud (PAS-Tendong) beliau berkata, terdapat juga NGO yang terlibat membantu mangsa banjir dan acara Nisa' Games yang diadakan di sini beberapa tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Pembangunan Tanah dan Wilayah, Dato' Ahmad Yakob pula berkata, kerajaan sentiasa mengambil kira pandangan pakar-pakar dalam sesuatu bidang sebelum program yang dirancang kerajaan dilaksanakan.

"Sebagai contoh sebelum mewujudkan Kota Bahru sebagai bandaraya Islam, kajian dan pandangan pakar-pakar dari Universiti Islam Antarabangsa telah diterima," katanya menjawab soalan Ustaz Muhammad Mustafa (PAS-Demit).

Mengenai penglibatan Pusat Kajian Strategik (PKS) katanya, badan itu turut merancang sesuatu dasar kerajaan. Bagaimana pun katanya, badan itu perlu diperkasakan lagi.

Manakala Husam pula berkata, Tabung Amanah Tok Kenali sejak ditubuh pada 2006 sehingga September lalu sebanyak 415 program kursus diadakan melibatkan seramai 125,829 peserta.

Menjawab soalan Ustaz Ahmad Baihaki Atiqullah (PAS-Pasir Tumbuh) katanya, kurus yang dianjurkan termasuk bina ummah, kepimpinan belia dan pelajar.

Katanya, sumber kewangan tabung itu agak terhad kerana puncanya hanya daripada deposit tetap hasil sumbangan Tenaga Nasional Berhad sebanyak 10 peratus setahun bagi penggunaan air di Empangan Hidroelektrik Pergau.

Selain itu katanya, Tabung Amanah Tok Kenali juga mempunyai kerusi pengajian Tok Kenali di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) yang diperuntukan sejumlah RM100,000 bagi melahirkan ulama pelapis.

Tunda beli helikopter Eurocopter

Pembelian helikopter EC-725 keluaran Eurocopter yang bernilai RM1.67 bilion ditangguhkan sebagai langkah berjimat-cermat berikutan krisis kewangan global, kata perdana menteri.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang juga menteri pertahanan berkata, kerajaan juga memutuskan bahawa sebarang pembelian baru helikopter bagi menggantikan Nuri akan dilakukan selewat-lewatnya sebelum 2011.

Menurut beliau, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Exco Majlis Ekonomi Kebangsaan yang dipengerusikan beliau pada 13 Oktober lalu.

Keputusan itu, tambahnya, tiada kaitan dengan dakwaan beberapa pihak bahawa wujud penyelewengan dalam pengeluaran tender itu.

Isnin, 27 Oktober 2008

Majlis Aidilfitri Kota Darulnaim meriahkan sidang Dun Kelantan

Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan hari ini menjadi lebih meriah apabila majlis Hari Raya Aidilfitri anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan diadakan di hadapan dewan tersebut.

Ribuan kakitangan kerajaan negeri, pusat dan penduduk berdekatan hadir menikmati pelbagai juadah yang disedia di 62 gerai.

Tempat letak kereta di bawah Plaza Kota Darulnaim dan ruang jalan kaki di hadapan blok 1 dan 2 menjadi tumpuan orang ramai. Kehadiran orang ramai begitu sendat sekali.

Majlis itu tambah meriah lagi dengan kehadiran Tengku Amalin A'ishah Putri. Hadir sama Timbalan Menteri Besar, Dato' Ahmad Yakub, Setiausaha Kerajaan Negeri. Dato' Mohd Aiseri Alias, anggota-anggota Exco, wakil-wakil rakyat dan pegawai kanan jabatan negeri dan persekutuan.Image

Hari ini persidangan Dun memasuki hari kelima dan berlangsung pembentangan anggaran Belanjawan Kelantan 2009 yang dibentang anggota Exco, Dato' Husam Musa mewakili Menteri Besar.

Jurucakap urusetia penganjur, sebanyak 62 gerai yang menghidangkan pelbagai juadah makanan dan minuman kepada pengunjung yang datang bertali arus.

Katanya, tujuan utama majlis itu diadakan bagi merapatkan hubungan kakitangan yang berada di dalam kompleks Kota Darulnaim dan dari segenap jajahan di Kelantan.

Image "Terdapat juga gerai-gerai dari pejabat tanah dan jajahan dan anak-anak syarikat kerajaan negeri yang menghidangkan pelbagai juadah seperti roti canai, laksa dan laksam, nasi dagang, satay, pulut ikan kering dan nasi air," katanya.

Manakala gerai yang menjadi tumpuan iaitu milik Pejabat Menteri Besar yang menghidangkan nasi beriani, roti jala dan kuzi ayam, Pejabat Majis Mesyuarat Kerajaan pulut ikan kering bersama rendang daging, Yayasan Islam Kelantan (pizza Arab) dan PKINK (mee mamak dan mee bandung).

Jabatan Mufti (satay), Urusetia Penerangan (cendol pulut tapai), MPKB-BRI (nasi minyak) dan Urusetia Pembangunan Belia, Wanita dan Sukan pula menghidangkan pelbagai colek buah.

Kelantan bentang 'Bajet Berimbang' utamakan golongan dhaif

Ketika ekonomi dunia merudum dengan kejatuhan luar biasa institusi kewangan di peringkat global, kerajaan Kelantan masih mampu membentang anggaran belanjawan 2009 yang bertema 'Bajet Berimbang'.

Bajet tersebut memberi tumpuan kepada penjanaan ekonomi secara berterusan untuk semua rakyat, pembinaan ihsan berteraskan Islam dan pembelaan golongan dhaif.

Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kerajaan negeri memantapkan lagi dasar berjimat cermat dengan perbelanjaan berhemah.

Selain itu, mengembeling usaha untuk meningkatkan hasil melalui pemantapan jentera kutipan hasil dan penguatkuasaan yang tegas dan berkesan, memantapkan jentera pentadbiran, meneruskan pendekatan pentadbiran menyeluruh.Image

"Meningkatkan pertumbuhan ekonomi negeri yang stabil dan berdaya maju dengan memberi tumpuan kepada program-program kesejahteraan dan kemakmuran rakyat serta meningkat penyertaan rakyat dalam program-program peningkatan kualiti hidup.

"Dalam bajet 2009 kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM26.50 juta bagi menyediakan kemudahan infrastruktur asas kepada rakyat," katanya pada pembentangan Bajet 2009, di persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan di sini, hari ini.

Teks ucapan belanjawan itu dibaca Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Dato' Husam yang mengambil masa hampir sejam.

Beberapa jalan dan jambatan baru akan dibina termasuk dari Panchor ke Pengkalan Datu di Kota Bharu, Jalan Telaga Bata ke Kelaboran di Tumpat, Jalan Bendanng Nyior ke Bukit Mas (Tanah Merah) dan jambatan Sungai Sat, Machang.

Menurutnya peruntukan tersebut termasuk menyiapkan pembinaan jambatan melintasi landasan keretapi di Pasir Mas yang dijangka siap akhir tahun hadapan.

Bagi sektor pertanian kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM2.05 juta bagi meningkatkan prasana pertanian.

Kata Menteri Besar, pada 2009 dijangka seluas 700 hektar kawasan tanah terbiar dipulihkan. Manakala pengeluaran padi tahun ini dianggarkan sebanyak 285,000 tan metrik iaitu melebihi tahap sara diri sebanyak 121 peratus.

"Kerajaan negeri juga bersyukur kerana pembinaan Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra di Rantau Panjang yang menelan belanja lebih RM8.8 juta telah siap 95 peratus.

Image"Masjid ini bercirikan reka bentuk asimilasi budaya bercampur antara Cina, India dan Melayu yang merupakan satu-satunya masjid seumpama itu di Kelantan," katanya.

Kata beliau beberapa kompleks Islam baru akan dibina iaitu di Gua Musang, Machang, Pasir Puteh dan Bachok dengan mendapat peruntukan awal sebanyak RM8 juta.

Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM40 juta kepada Yayasan Islam Kelantan bagi melaksanakan program-program pendidikan, di samping RM1 juta bagi program pembangunan.

Menurutnya kerajaan negeri menyediakan sumbangan tahunan kepada Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan iaitu sebanyak RM1.96 juta.

Bagi program keagamaan lain iaitu Ihya Ramadan sebanyak RM150,000, Tahfiz al Quran (RM150,000), ujian tilawah al Quran (RM120,000), pembangunan Islam jajahan (RM100,000), sambutan Hari Hudud (RM30,000), kecemerlangan solat (RM1 juta) dan skuad amru (RM80,000).

Di samping itu program Kembara Bermotosikal sebanyak RM30,000 dan majlis bersama ulama, guru pondok dan ketua madrasah sebanyak RM300,000.

Menteri Besar berkata, kerajaan negeri terus menyediakan peruntukan bagi membela rakyat miskin iaitu sebanyak RM1.2 juta, penempatan semula penduduk (RM200,000), bantuan bekalan air dan elektrik (RM800,000), pesakit kronik (RM300,000) dan orang kurang upaya (RM600,000).

"Kerajaan negeri juga menyediakan sebanyak RM3 juta bagi melaksanakan program perumahan rakyat bagi kos rendah dan mampu milik. Bagi tempoh Rancangan Malaysia ke Sembilan kerajaan negeri merancang membina rumah awam kos rendah dengan peruntukan sebanyak RM22 juta," ujarnya.

Oleh itu Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, anggaran hasil bagi tahun hadapan sebanyak RM339.98 juta, manakala perbelanjaan mengurus sebanyak RM360.62 juta.

Katanya, defisit bagi tahun 2009 akan berkurangan menjadi RM20.28 juta berbanding defisit tahun 2008 sebanyak RM23.73 juta.

Hasil tanah menjadi penyumbang terbesar iaitu sebanyak RM116.97 juta atau 34.4 peratus, hasil perhutanan (RM94.97 juta atau 27.93 peratus.

Apabila Idris Jusoh bazirkan RM7 bilion....

Bekas Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Idris Jusoh didakwa antara orang yang bertanggungjawab mengakibatkan kira-kira lebih RM7 bilion wang yang sepatutnya dibelanjakan untuk rakyat negeri Terengganu disalahgunakan untuk projek mewah termasuk Taman Tamaddun Islam (TTI) dan Monsoon Cup.

Difahamkan perbelanjaan tersebut menyebabkan Kerajaan Terengganu kekeringan wang untuk dibelanjakan bagi kepentingan negeri tersebut sehingga hari ini.

Berikutan itu Ahli Dewan Undangan Negeri Wakaf Mempelam, Haji Mohd Abdul Wahid Endut mendakwa bekas menteri besar itu sebagai pengkhianat kepada rakyat dan negeri Terengganu.

Beliau membuat dakwaan itu ketika berucap di Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu baru-baru ini. Idris yang juga Adun Jerteh dikatakan tidak mencelah untuk menafikan dakwaan Haji Mohd Abdul Wahid dalam persidangan tersebut.

Difahamkan juga pegawai-pegawai kerajaan negeri Terengganu terpaksa berulang alik ke Putrajaya bagi membincangkan urusan kewangan negeri Terenganu.

Sebelum ini Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi akan menyerahkan wang royalti petroleum dan gas kepada kerajaan negeri itu dalam bulan September lalu tetapi sehingga hari ini wang tersebut belum diserahkan secara rasmi.

Haji Mohd Abdul Wahid yang juga Bendahari Perhubungan PAS Terengganu ketika berucap di satu majlis ceramah di Kuala Terengganu baru-baru ini mendakwa, Idris antara pemimpin Umno Terengganu yang bertanggungjawab mengeringkan kantong kerajaan negeri untuk projek pusat.

"Wang kerajaan negeri digunakan untuk projek pusat ketika Idris memerintah Terengganu. Ini suatu penggunaan wang yang tidak betul. Rakyat tidak dapat manfaat sepatutnya dari projek berkenaan," jelasnya.

Bagaimanapun beliau merasa hairan kenapa rakyat Terengganu tidak terkesan dengan tindakan Idris itu sehingga mereka terus memilih Barisan Nasional (BN) memerintah Terengganu dalam pilihan raya umum ke-12 lalu ketika negeri-negeri pantai Barat menolak parti itu sebagai kerajaan.

Mukhriz hanya menang sorak

APABILA Dr Mahathir Mohamad menggesa ahli-ahli Umno menyingkirkan penyokong Abdullah Ahmad Badawi daripada parti itu, sasaran utamanya adalah Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Mahathir bukan ahli Umno, sama ada beliau masuk Umno atau berada di luar Umno, keadaan tidak akan berubah. Mahathir tidak 'menyalak' untuk kepentingan dirinya, yang jelas beliau bekerja keras untuk membantu anaknya, Mukhriz.

Walaupun Mukhriz mendahului jauh dalam pencalonan Ketua Pemuda Umno, Mahathir sedar bahawa pencalonan sebesar itu tidak semestinya diterjemah dalam bentuk undi.

Khairy dalam interbiunya di akhbar The Sun mengakui sebelum bapa mertuanya berundur beliau adalah calon 'favourite' tetapi selepas Abdullah mengumumkan pengunduran beliau sudah menjadi 'calon underdog.'

Mahathir tahu budaya Umno. Beliau mengakui, walaupun menerima pencalonan dua pertiga dalam tahun 1987 untuk jawatan Presiden Umno, beliau hanya menang tips 43 undi mengalahkan Tengku Razaleigh Hamzah.

Justeru sudah tentu Mahathir takut igauan buruknya berulang kepada anaknya dalam pemilihan jawatan Ketua Pemuda.

Mukhriz bukannya calon terbaik untuk menerajui Pemuda Umno. Beliau tidak mempunyai karisma atau keterampilan. Sebelum ini pun beliau tidak aktif berpolitik. Yang aktif, abangnya Mokhzani, bekas Bendahari Pemuda Umno.

Mukhriz menerima pencalonan besar dari pemuda bahagian hanya kerana 'hate politic' - politik kebencian, pihak tertentu dalam Umno terhadap Abdullah dan anak menantunya.

Manakala seorang lagi calon, Mohamad Khir Toyo mempunyai peluang yang amat kelam. Pertarungan Ketua Pemuda ialah antara pengaruh Abdullah dengan Mahathir. Ianya pertarungan Khairy-Mukhriz.

Kail milik Khir Toyo, hanya sejengkal sahaja, tetapi beliau berangan untuk menduga lautan yang dalam. Hakikatnya Khir boleh mencuba, tetapi beliau tidak termasuk dalam senarai.

Level Khir hanya setakat Selangor sahaja. Itu pun tidak terdaya berhujah dengan Hasan Ali dan Teresa Kok.

Kelebihan pada Khairy dan Mukhriz ialah mereka merupakan warisan politik 'pedigree' (salasilah). Umno bukannya parti golongan marhaen, mereka mewarisi perjuangan aristokrat - bangsawan.

Najib Razak, Hishammuddin Hussein juga merupakan warisan aristokrasi dalam Umno.

Oleh sebab itu, golongan yang suka main dengan penyapu macam Khir Toyo, tidak berapa disukai.

Berbalik kepada pemilihan Ketua Pemuda, pemilihan dibuat melalui perwakilan. Empat orang wakil pemuda bahagian. Ketua dan Naib Ketua menjadi perwakilan secara automatik, manakala dua lagi dipilih oleh perwakilan.

191 bahagian Umno didarab dengan empat bermakna ada 764 orang perwakilan, tidak termasuk Exco Pemuda.

Diakui Mukhriz mendahului dengan pencalonan yang besar. Setakat ini apabila nama Mukhriz diumumkan sebagai calon, perwakilan akan bersorak bertepuk tangan. Manakala apabila nama Khairy disebut, ada yang menyambutnya dengan 'boo'.

Itu respon dari 'floor'. Respon ini tidak semestinya diterjemahkan dalam bentuk undi.

Jika Khairy hanya menerima pencalonan daripada 40 bahagian, hampir pasti semua undi 'solid' kepada beliau. Sudah pasti Mukhriz tidak akan mendapat undi sebesar pencalonannya.

Sebahagian besar Ketua Pemuda dan Naib Ketua pemuda bahagian adalah rakan-rakan rapat Khairy. Ada yang mengatakan mereka ini sudah di'bela' oleh Khairy sekian lama.

Walaupun pencalonan daripada bahagian mereka dimenangi oleh Mukhriz, apakah rakan-rakan Khairy ini akan mudah memberikan undi kepada Mukhriz? Sudah tentu tidak!

Inilah kebimbangan Mahathir sebenarnya. Mahathir tahu anaknya hanya akan 'menang sorak', maka beliau akan terus 'menyalak' untuk mempercepatkan kejatuhan Abdullah.

Pada ketika ini, keikhlasan dan kejujuran sokongan orang-orang Umno sangat-sangat dipertikai dan disangsikan, sama ada oleh Khairy mahupun Mukhriz.

Kesangsian ini wujud kerana prinsip sokongan mereka berpaksikan kepada kuasa dan wang, bukan pada merit dan karisma. Mereka sanggup membuang prinsip Walaupun sehingga 'kampung tergadai'.

Khairy harus sedar, walaupun merit dan karisme ada padanya, kuasa sudah tiada. Mahu tidak mahu saki baki pengaruh Abdullah dalam Umno masih diperlukan untuk menampung kempennya.

Jika hayat politik Abdullah tidak sampai Mac 2009, Khairy juga harus bersedia untuk 'bungkus' lebih awal.

Oleh itu, semua yang berada ditampuk kuasa harus beringat, sehebat mana, selicik manapun anda berpolitik, sedarlah kata pepatah 'sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua'.

Ahad, 26 Oktober 2008

Selangor haramkan Jom Heboh

Dewan Undangan Negeri Selangor masih bersidang hari ini. Semalam di Dewan EXCO Agama yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor Dato Dr Hasan Ali menegaskan bahawa kerajaan negeri tidak akan membenarkan konsert Jom Heboh TV3 dianjurkan dimana-mana lokasi di Selangor.

Menurut beliau keputusan ini dibuat kerana stesyen TV berkenaan sentiasa berat sebelah dan tidak adil dalam membuat liputan berkenaan kerajaan negeri.

Malah kata beliau “hostess” TV3 juga berpakian tidak sopan ketika keluar di kaca TV. Saya percaya langkah ini seiringan dengan resolusi Seminar Siyasah Syariah” yang dianjurkan oleh PAS Pusat dengan kerjasama Dewan Pemuda Pusat baru-baru ini. Adapun resolusi kelima seminar itu berbunyi:

Perlu lebih giat dalam mengintai peluang melaksanakan Islam dalam ruang lingkup yang ada di negeri-negeri yang PAS mentadbir atau menyertai kerajaan yang memerintah. Ini berdasarkan kaedah fiqh yang berbunyi: “Apa sahaja yang tidak dapat dilaksanakan kesemuanya, maka tidak boleh ditinggalkan kesemuanya.

Sesungguhnya kalau kita tinjau konsert “Jom Heboh” TV3 yang diadakan hampir di seluruh negara, tiada apa pengisian yang bermanfaat pun selain hiburan, menyanyi, menari dan melonjak-lonjak atas pentas oleh artis yangs esetengahnya berpakaian kurang sopan. Syabas Selangor kerana berupaya mengambil pendirian sedemikain.

Mudah-mudahan atas semangat seminar di atas, negeri-negeri lain yang kita perintah bersama akan mengambil langkah yang sama juga. Memang PAS bukan dominan dalam negeri-negeri tertentu namun apa yang cuba dibawa oleh PAS ini adalah berkait-rapat dengan Islam yang dianuti oleh sebahagian besar rakyat di negeri-negeri ini.

Konsert TV3 itupun kalau kita lihat rata-rata dikerumuni oleh rakyat yang beragama Islam, lantas atas dasar itu PAS bertanggungjawab untuk melakukan sesuatu. Yang penting moral rakyat terpelihara dan suasana yang aman, bermoral dan ceria dapat dilahirkan demi kebaikan semua.

43 layak tanding kerusi MT

Seramai 43 calon Majlis Tertinggi (MT) Umno telah memperolehi pencalonan kelayakan minima setakat ini untuk layak bertanding bagi merebut 25 kerusi MT dalam pemilihan Umno Mac depan.

Mereka termasuk sembilan orang menteri, lapan timbalan menteri dan enam menteri besar dan ketua menteri.

Kelayakan minima untuk bertanding kerusi MT ditetapkan sebanyak sebelas pencalonan.

Menteri-menteri berkenaan ialah Datuk Mustapa Mohamed yang mendapat 45 pencalonan, Datuk Noh Omar (44), Datuk Ir Mohd. Zin Mohamed (36), Datuk Ismail Sabri Yaakob (34), Datuk Shahrir Samad (31), Datuk Seri Zulhasnan Rafique (19), Datuk Shaziman Abu Mansor (18) dan Datuk Ahmad Shabery Cheek (18).

Timbalan menteri pula ialah Datuk Dr. Abdul Latif Ahmad (38), Datuk Hamzah Zainudin (34), Datuk Husni Ahmad Hanadzlah (22), Datuk Idris Haron (20), Datuk Lajim Ukin (20), Datuk Johari Baharom (20), Datuk Saifuddin Abdullah (19) dan Datuk Noraini Ahmad (23).

Noraini yang juga timbalan menteri sumber manusia merupakan ketua Puteri Umno tetapi tidak bertanding kali ini kerana faktor.

Menteri besar dan ketua menteri yang layak bertanding kerusi MT kali ialah Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman (46); Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman (39); Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob (35); Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said (15), Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan (27) dan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu.

Manakala 19 orang lagi yang setakat ini layak bertanding kerusi MT ialah Datuk Tajuddin Abdul Rahman (40), Datuk Zainal Abidin Osman (39), Senator Datuk Azian Osman (39), Datuk Seri Mahdzir Khalid (30), Datuk Dr Mohd Zambry Abd Kadir (28), Datuk Awang Adek Hussin (26), Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir (25), Dr Mohd Puad Zarkashi (24), Datuk Mohamad Norza Zakaria (21), Datuk Seri Idris Jusoh (19), Datuk Anifah Aman (19).

Turut mendapat cukup pencalonan ialah Datuk Syed Ali Alhabshee yang terkenal sebagai seorang pimpinan Umno yang lantang bersuara dalam isu-isu kepentingan orang Melayu. Beliau mendapat 16 pencalonannya.

Yang lainnya ialah Datuk Dr Noraesah Mohamad (12), Datuk Radzi Manan (12), Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Omar (12), Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (11), Datuk Abdul Latif Mirasa (11), Datuk Jamaluddin Jarjis (11) dan Datuk Seri Dr Hilmi Yahya (11).

Sepuluh calon yang mendapat pencalonan tertinggi setakat ini ialah Musa Aman (46), Mustapa Mohamad, Mustapa Mohamed (45), Noh Omar (44), Tajuddin Abdul Rahman (40), Abdul Ghani Othman (39), Datuk Zainal Abidin Osman (39), Senator Datuk Azian Osman (39), Dr. Abdul Latif Ahmad (38), Mohd. Zin Mohamed (36) dan Adnan Yaakob (35).

Manakala dua orang lagi calon memerlukan satu lagi pencalonan untuk layak. Mereka ialah ketua Putera Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dan Senator Datuk Abdul Rahman Bakar, yang masing-masing mendapat 10 pencalonan.

Empat lagi calon mendapatkan sembilan pencalonan dan memerlukan dua lagi pencalonan untuk layak bertanding kerusi MT.

Mereka ialah Datuk Seri Shahidan Kassim, Datuk Hasan Malek (9), Datuk Bung Moktar Radin (9) dan Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin (9),

Manakala Datuk Wan Adnan Wan Mohammad dan Datuk Mohd Ali Che Mat masing-masing mendapat lapan pencalonan dan memerlukan tiga lagi pencalonan untuk layak bertanding.

Khir Toyo layak tanding ketua Pemuda

Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo layak bertanding jawatan ketua Pemuda Umno selepas mendapatkan dua lagi pencalonan hari ini.

khir toyo 181207Dengan itu, perebutan jawatan ketua Pemuda Umno kali ini bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru.

pencalonan pemuda 251008Pencalonan untuk beliau mencecah tahap kelayakan minima - 39 - apabila mendapat pencalonan dari bahagian Balik Pulau dan Segamat yang bermesyuarat hari ini.

Balik Pulau turut mencalonkan exco Pemuda, Datuk Reezal Merican Naina Merican untuk jawatan naib ketua Pemuda.

Manakala Segamat pula mencalonkan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim.

Sehingga ini, Datuk Mukhriz Mahathir dan Khairy Jamaluddin masing-masing telah melepasi kelayakan minima 39 pencalonan.

Mukhriz sehingga ini mengumpul 65 pencalonan manakala Khairy pula telah mendapat 45 pencalonan.

Bagi jawatan naib ketua, Reezal sehingga ini mendapat 56 pencalonan sejak bahagian bermesyuarat mulai 9 Oktober lalu.

Manakala Razali pula mendapat 73 pencalonan sehingga ini.

Syed Hamid layak tanding naib presiden

Menteri Dalam Negeri, Datuk Syed Hamid Albar merupakan calon kelima layak bertanding jawatan naib presiden dalam pemilihan parti Umno Mac depan.

syed hamid albarBeliau mendapat pencalonan ke-20 - pencalonan kelayakan minima untuk bertanding jawatan tersebut - dari bahagian Petaling Jaya Utara yang bermesyuarat hari ini.

Sebelum ini, empat calon telah layak bertanding jawatan tersebut.

Mereka ialah Datuk Hishammuddin Hussein, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Khaled Nordin dan Datuk Shafie Apdal

Sabtu, 25 Oktober 2008

Najib 79, Muhyiddin 56, Mohd Ali 17, Muhd Taib 13


8.00 malam Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat 79 pencalonan untuk jawatan presiden, manakala Tan Sri Muhyiddn Yassin mendapat 56 pencalonan untuk jawatan timbalan presiden. Dua lagi calon timbalan presiden - Datuk Mohd Ali Rustam mendapat 17 pencalonan manakala Tan Sri Muhammad Muhd Taib mendapat 13 pencalonan.






****hahaa...kejar mat ali.....lekas mat taib....semua orang dah lepas ni...cepat-cepat...






ape kena lajim pulak nie....

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Lajim Ukin akan meletak jawatannya sekiranya beliau kalah dalam pertandingan merebut jawatan ketua Bahagian Umno Beaufort.

Katanya, beliau akan berjumpa dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan akan menyerahkan surat perletakan jawatannya sekiranya tidak dipilih semula sebagai Ketua Bahagian itu.

"Kalau saya kalah bertanding ketua Bahagian, saya rasa janggal untuk memegang jawatan timbalan menteri.

"Saya bukan gila kuasa. Tetapi lebih baik saya undur diri (letak jawatan) dan beri peluang kepada orang lain," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Beaufort hari ini.

Menurut Bernama lagi, Lajim akan berhadapan dengan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah Datuk Azizah Mohd Dun, yang menyatakan hasrat untuk bertanding Ketua Bahagian itu, minggu lalu.

****amik jawatan la letak jawatan la...habis bila pulak nak amik masa bagi sumbangan dan khidmat pada masyarakat???rakyat tak nampak apa lagi pun sumbangan yang telah diberikan untuk meningkatkan mutu pengangkutan....flyover retak sana sini adalaaa....

sketsa politik wang dalam umno...

Saya mendapat banyak laporan berkenaan dengan politik wang dalam Umno. Demikianlah keadaan sehingga Dato' Seri Dr Rais Yatim mencadang secara sinis supaya jawatan-jawatan Majlis Tertinggi ditender. Dato' Seri Shahidan Kassim amat marah dan akan tender sebanyak RM1 untuk Rais. Bila makan cili rasa pedas.

Saya diberi tahu wang banyak digunakan. Dahulu cuma ketua pemuda bahagian sahaja dapat. Ini menyebabkan pemegang jawatan lain dalam pergerakan enggan bekerjasama. Sekarang semua mendapat sogokan dan hasilnya amat memuaskan bagi penyogok.

Ketua-ketua Bahagian dan ahli jawatankuasa juga dijemput ke Kuala Lumpur untuk berjumpa orang tertentu. Mereka di arah supaya mencalonkan orang-orang tertentu untuk Timbalan Presiden, Naib Presiden dan ahli Majlis Tertinggi. Juga pencalonan Ketua Pemuda. Berkesan atau tidak akan kita lihat daripada pencalonan yang dibuat.

Tetapi cawangan dan ahli biasa pun sudah pandai. Mereka menawarkan sokongan mereka jika sekian-sekian banyak dihulur.

Mereka yang menang boleh jadi Yang Berhormat, ahli Exco, Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen, pengerusi syarikat-syarikat Kerajaan dan juga dapat kontrak berjuta Ringgit.

Ahli biasa yang memberi sokongan dengan undi mereka dapat apa? Dengan kesedaran akan soal ini maka penyokong dan pengundi pula berpendapat mereka juga harus dapat nikmat daripada pemberian undi mereka. Maka mereka akan menunggu sogokan sebelum memberi undi mereka.

Amalan rasuah dalam Umno di semua peringkat sudah menjadi buah mulut orang ramai. Mereka jelek dan muak dengan Umno, orang Umno dan pemimpin Umno. Perasaan benci kepada Umno sebagai parti yang tidak bermoral merebak ke merata-rata tempat.

Orang ramai melihat Umno sebagai parti pimpinan orang-orang yang berkepentingan diri semata-mata. Dari cawangan sehinggalah kepada pucuk pimpinan yang diutamakan ialah jawatan dan peluang memain kuasa dan buat duit apabila memegang jawatan.

Dalam pilihan raya umum 2004, rakyat memberi sokongan padu kepada BN. Ini adalah kerana rakyat percaya benar yang kepimpinan baru Umno dan Barisan Nasional akan menjadi lebih baik daripada yang terdahulu.

Antara 2004 dengan 2008 mereka dapat lihat pemerintahan Abdullah dengan rasuah yang berleluasa dan keruntuhan ekonomi. Mereka juga lihat peranan yang dimainkan oleh keluarganya dan kroni mereka dan juga sikap ahli-ahli kabinet. Apa yang mereka lihat meyakinkan mereka bahawa pemerintahan ini tidak baik. Hasilnya ialah keputusan pilihan raya ke-12.

Mereka kecewa bahawa Abdullah bukan sahaja tidak membetulkan keadaan tetapi sebaliknya menafikan kekalahan dan penolakan oleh pengundi, termasuk yang terdiri daripada ahli-ahli dan penyokong Umno dan lain-lain parti komponen.

Saya percaya orang ramai amat kecewa melihat mainan wang dalam Umno sekarang. Wang akan mengalir dengan banyak dan laju semasa dan selepas pencalonan. Rumah terbuka oleh kementerian sedang diadakan dengan menggunakan duit Kementerian. Semasa rumah terbuka kempen untuk pencalonan diadakan.

Menjelang pemilihan bulan Mac 2009 lebih banyak lagi acara dan sogokan boleh diadakan. Kemuncak akan tiba apabila wakil ke Mesyuarat Agung tiba di Kuala Lumpur untuk bersidang.

Kata orang melihat kepada jawatan-jawatan yang dipertandingkan tiap seorang wakil boleh dapat hingga RM20,000.

Ada yang berpendapat tidak apa menerima sogokan tetapi tidak semestinya mengundi penyogok. Jangan percaya iman penerima begitu kuat sehingga tidak merasa terhutang budi. Lagipun duit yang diterima adalah duit haram. Yang menerima akan menanggung dosa.

Terimalah. Pedulikan jika semua orang tahu. Apa salahnya. Dosa, dosalah. Tetapi seperti disebut di atas apabila pengundi pilihanraya umum sudah benci dan bosan dengan Umno mereka akan undi parti lawan untuk kalahkan Umno. Selepas kalah tidak ada lagi jawatan Perdana Menteri, Menteri dan lain-lain. Tidak akan ada lagi kontrak, AP dan lesen.Tidak akan ada lagi nikmat! Semua pihak akan merana, akan dihina oleh orang. Dan Umno akan habis riwayatnya. Mereka yang betul-betul sayang kepada Umno akan kutuk pemimpin dan ahli Umno.

Inilah akhirnya musibah yang akan diterima kerana tamak, kerana rasuah di kalangan pemimpin dan ahli Umno.

>>>www.chedet.com

Jumaat, 24 Oktober 2008

Muhyiddin bakal terima balasan Abdullah

KETIKA bercakap di Beijing, Perdana Menteri tidak menolak kemungkinan beliau akan merombak kabinet, sedikit sebanyak merisaukan beberapa orang yang 'sudah tersindir' dengan pukulan paling keras Abdullah Ahmad Badawi, di minggu ketiga bulan Syawal.

Mungkin rombakan yang hendak dibuat, ekoran kemenangan beberapa nama baru dalam MCA, termasuk Dato' Seri Chua Soi Lek yang kini menjadi Timbalan Presiden, tetapi sedikit sebanyak, ada beberapa kerusi Umno dikatakan turut tergugat dengan perkembangan terkini.

Abdullah dikatakan betul-betul terpukul dengan kenyataan Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin mengenai kempen panjang dalam pemilihan Umno hingga menyebabkan, Abdullah dikatakan melafazkan sokongannya terhadap seorang lagi Naib Presiden, Mohd Ali Rustam supaya meneruskan niatnya bertanding Timbalan Presiden Umno.

Walaupun Muhyiddin sudah manafikan kenyataannya itu, mengaitkan dengan Pelan Peralihan Kuasa antara Abdullah dengan Najib Tun Razak, tetapi beberapa pihak termasuk Shahrir Abdul Samad, Syed Hamid Albar dan Tajol Rosli Ghazali, turut 'membelasah' Muhyiddin yang dilihat tidak patuh kepada persetujuan asal Majlis Tertinggi (MT), supaya pemilihan diadakan Mac, 2009.

Menurut Muhyiddin, apabila wartawan bertanya, apakah kesan kepada kempen yang berpanjangan, jawapannya hanya menyentuh kemungkinan berlaku perkara-perkara kurang baik dan tidak ada langsung mengaitkan dengan dipercepatkan lagi, atau difikirkan semula isu Pelan Peralihan Kuasa.

"Saya tidak faham mengapa mereka (PM, Syed Hamid, Shahrir dan Tajol Rosli) menyerang saya sedangkan saya juga seperti mereka, akur dengan persetujuan MT tetapi saya bercakap sama seperti beberapa orang lain bercakap, mengenai isu kempen yang agak panjang akan menyebabkan kesan buruk," Muhyiddin dipetik sebagai berkata dengan beberapa kawan rapatnya.

Difahamkan, sebelum Muhyiddin menyentuh tentang kesan buruk jika kempen pemilihan Umno yang agak panjang ini, Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Ahli Parlimen Jerlun, Mukhriz Mahathir ada membuat komen perkara yang sama, tetapi tidak diserang mana-mana pihak.

Menurut satu sumber yang mendakwa rapat dengan Muhyiddin, selama isu pelan peralihan ini timbul, dia sendiri tidak pernah menyebut perkara-perkara mengenai perlunya Perdana Menteri berundur, sedangkan yang konsisten menyerang meminta Abdullah berhenti ialah anak Dr Mahathir, Mukhriz.

"Buktikan saya pernah membuat desakan supaya Perdana Menteri berundur," Muhyiddin dipetik sebagai berkata.

Justeru, segala keputusan Abdullah Ahmad Badawi tidak mempertahankan jawatannya, bukan disebabkan desakannya, malahan, Muhyiddin cukup percaya Abdullah mempunyai cukup keyakinan diri sendiri selain dari nasihat orang-orang di sekelilingnya, untuk memutuskan akan menyerahkan kuasa kepada timbalannya, Mac ini.

Kata sumber itu, walaupun Muhyiddin bercakap mengenai keperluan memikirkan semula pelan peralihan kuasa, tetapi jika Abdullah masih mahu mempertahankan jawatan Presiden Umno, tiada siapa boleh melarangnya untuk melakukannya.

Sabtu, di penghujung minggu kedua bulan Syawal, Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan keras dari Kota Kinabalu, membidas bekas PM, Tun Dr Mahathir Mohamad yang didakwanya berlagak sebagai pengarah pemilihan parti Umno.

Turut dibidas, Muhyiddin yang dianggap Abdullah sebagai tidak sabar untuk menjadi Timbalan Presiden Umno dan dikaitkan dengan usaha memujuk Mohd Ali Rustam supaya tidak bertanding jawatan nombor dua dalam parti itu.

Sehubungan dengan itu, beberapa pihak mendakwa, orang-orang yang pro Abdullah menjalankan tugas mereka, mencari pencalonan bagi mencukupkan quota Mohd Ali supaya layak bertanding jawatan Timbalan Presiden, supaya Muhyiddin tidak akan menang mudah.

Tidak mustahil, kata beberapa pihak, Najib juga akan 'bermain kayu tiga' dengan pertandingan kali ini, memandangkan ada cakap-cakap mengatakan peranan Mohd Ali akan lebih kepada peranan menjaga parti, seperti yang pernah dilakukan oleh Allahyarham Tun Ghafar Baba, ketika menjadi Timbalan Presiden Umno suatu ketika dahulu.

Malahan, Najib ketika mengulas hasrat Mohd Ali untuk meneruskan niatnya bertanding jawatan timbalan ini, berkata sesiapa pun boleh bertanding selagi tidak menyalahi perlembagaan (Umno), yang menyebabkan bahagian-bahagian (Umno) yang belum mengadakan persidangan, bersedia membuat pencalonan kepada Mohd Ali.

Kata mereka yang pro Mohd Ali (dan pro kepada Abdullah), Najib akan lebih selesa menjadi Perdana Menteri, jika Mohd Ali menjadi timbalan Presiden Umno kerana faktor Tengku Razaleigh Hamzah.

Tengku Razaleigh dikatakan akan menjadi Timbalan Perdana Menteri, atas perlantikan Najib dan Mohd Ali akan menjadi Timbalan Presiden, tetapi kekal sebagai Ketua Menteri Melaka.

Semua cerita dan ramalan ini, turut dikaitkan dengan 'percaturan' yang dibuat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir, yang kini dilihat sudah berbaik-baik semula dengan Tengku Razaleigh.

Dr Mahathir yang dituduh akan menjadi Perdana Menteri Penasihat kepada Najib, didakwa akan menjadikan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Timbalan Perdana Menteri di bawah Najib.

Cerita ini, walaupun mungkin sukar dipercaya tetapi tidak boleh ditolak mentah-mentah kerana poitik ini penuh dengan 'permainan mustahil' yang tidak memerlukan sebarang bukti.

Bukan perkara baru, seorang Timbalan Presiden Umno tidak menjadi Timbalan Perdana Menteri kerana Ghafar sudah memulakannya, apabila Tun Musa Hitam berundur dahulu.

Kata mereka lagi, Najib hanya memerlukan Mohd Ali sebagai Timbalan Presiden Umno selama sepenggal sahaja, kerana selepas tiga tahun, Najib dilihat mahu menobatkan Dato' Seri Hishammuddin Hussein sebagai Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri.

Hishammuddin perlu menang kerusi Naib Presiden kali ini, bagi memudahkannya melangkah setakuk lagi, menjadi Timbalan Presiden dan Timbalan Perdana Menteri. Hishammuddin adalah anak kepada Allahyarham Tun Hussein Onn, dan sepupu sebelah ibu dengan Najib.

Kebetulan, Allahyarham Tun Razak, telah melantik Hussein sebagai timbalannya walaupun mereka berbesan, apabila Tun Dr Ismail Abdul Rahman meninggal dunia.

Cerita ini mungkin berulang, kerana ia seperti mengulangi kisah Tun Razak-Tun Dr. Ismail-Tun Hussein Onn dengan Najib-Tengku Razaleigh (Muhyiddin, Mohd Ali) - Hishammuddin.

Semua ini, boleh ditunggu asalkan Umno (BN) masih berkuasa lagi, selepas PRU 13. Jika tidak, semua mereka ini, mungkin berada dalam blok pembangkang, dengan Najib menjadi ketuanya.

****huh...pening-pening, politikus-politikus.....