Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat, pemilik blog Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin (RPK) dan Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok tidak perlu ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana mereka tidak menimbulkan ketegangan dalam negara.
Beliau berkata adalah tidak benar sekiranya kedua-dua individu terbabit didakwa menimbulkan ancaman terhadap keselamatan negara hanya kerana meluahkan pandangan masing-masing.
Bernama melaporkan, katanya, keadaan sekarang tidak begitu tegang jika dibandingkan pada 1987 yang menyaksikan 106 ahli politik ditahan dalam Operasi Lalang.
Tun Mahathir mengeluarkan pandangan tersebut ketika bercakap kepada pemberita di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini malam semalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan