Jumaat, 24 Oktober 2008

Ceramah Sheikh Muszaphar RM8,000 sejam?

Angkasawan pertama negara, Dato' Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha didakwa mengenakan bayaran sejumlah RM8,000.00 untuk satu jam berceramah, semenjak menerima pelbagai jemputan di seluruh negara setibanya dari angkasa lepas 21 Oktober tahun lalu.

Bayaran tersebut tidak termasuk penginapan hotel, tambang pengangkutan seperti penerbangan bagi ceramah yang diadakan di luar kawasan atau 'long distance' seperti Sabah dan Sarawak.

Menurut satu sumber korporat, Sheikh Muszaphar boleh memperolehi kira-kira RM1.2 juta hasil bayaran yang ditetapkan sehingga boleh menjadi 'jutawan segera' dalam masa singkat jika dikira secara purata sejumlah 150 badan korporat yang menganjurkan ceramah angkasawan sebelum ini.

Ramai yang telah membuat aduan dan dakwaan bahawa angkasawan terbabit tidak sepatutnya meraih keuntungan di sebalik kejayaannya yang ditaja melalui wang rakyat Malaysia sejumlah RM95 juta apatah lagi beliau merupakan seorang pegawai kerajaan yang berkhidmat di bawah Kementerian Kesihatan dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Sementara itu, satu sumber yang mengendali satu projek pengajian Universiti tempatan yang memerlukan kehadiran dan ceramah angkasawan tersebut turut mengakui membayar sejumlah RM3,000 kepada Sheikh Muszaphar untuk program yang berlangsung selama setengah hari yang turut membabitkan kanak-kanak sekolah rendah.

Sheikh Muszaphar juga pernah menjawab kritikan lantaran dilihat menyertai kempen-kempen pilihan raya ke-12 lalu di bawah anjuran Barisan Nasinonal (BN).

"Saya kini milik negara dan kehadiran saya hanya untuk memenuhi undangan bagi sesi ceramah motivasi kepada pelajar, jadi saya tidak melihat majlis ini mempunyai agenda tertentu, sama ada untuk membantu kempen pilihan raya dan sebagainya," katanya yang dipetik daripada Bernama 26 Februari lalu.


****kalaula betul seperti yang didakwa....alamak....kesianla pada pelajar-pelajar, adik-adik dan orang perseorangan yang ramai menjadikan angkasawan ni sebagai idola mereka.....

****kata nak membantu pelajar supaya meminati bidang sains, angkasa lepas dan teknologi tapi kalo dah charge rm 8,000.00 tu dah mentadarah namanyer......

****tapi apa-apa pun harap angkasawan ni ikhlas dan dedikasi dalam membantu anak muda supaya menjadi lebih berilmu....

****hurm..sebenarnya saya pun mengagumi dan meminati angkasawan ni...hikhik,


Tiada ulasan: