Jumaat, 17 Oktober 2008

Kerajaan Malaysia, harga gas memasak macam mana, tak turun ke???

Presiden Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM) hari ini mendesak kerajaan agar menurunkan segera harga runcit gas memasak memandangkan harga petrol dan diesel diturunkan sebanyak 40 sen seliter dan 38 sen seliter dalam tempoh beberapa bulan ini.

Presidennya, Mohd. Firdaus Abdullah berkata, kerajaan perlu menurunkan harga gas memasak kerana bahan berkenaan masih kekal pada harga tinggi walaupun harga petrol dan diesel telah diturunkan oleh kerajaan sebanyak tiga kali dalam tempoh tidak sampai tiga bulan.

Misalnya, kata beliau, harga tabung gas memasak 14 kilogram dinaikkan kepada RM24.50 ekoran kerajaan mengumumkan kenaikan harga bahan api tidak lama dulu, tetapi harga berkenaan kekal walaupun harga petrol dan diesel sudah diturunkan sebanyak 40 sen dan 38 sen seliter sehingga hari ini.

Harga bahan api telah dikurangkan sebanyak tiga kali tetapi harga gas memasak masih kekal pada paras tinggi. Kerajaan semalam menurunkan harga bahan api sebanyak 15 sen bagi petrol dan 20 sen bagi diesel iaitu kali ketiga dalam tempoh tidak sampai tiga bulan.

Tiada ulasan: