Rabu, 15 Oktober 2008

Tok Guru orang paling DIHORMATI




Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mendapat undi tertinggi bagi undian 'Siapa Yang Paling Anda Respek?' yang dibuat dalam satu laman web, iluvislam.com.

Undian setakat 12 Oktober 2008 menunjukkan, Tuan Guru Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menerima 478 pencalonan daripada 599 pengundi.

Sementara Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Babdawi pula menerima sejumlah 68 undian iaitu dengan 11 peratus sementara Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim menerima 51 undi dengan 9 peratus.

Paling kurang mendapat undi ialah Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang menerima hanya dua undi setakat hari ini.

>>>harakah

* betul tu saya setuju, w/p tak undi ke tak poll ke saya tetap nak hormat, dengar, ikut, sokong Tok Guru kita

Tiada ulasan: