Khamis, 23 Oktober 2008

Dr M sokong Datuk untuk Shah Rukh Khan

Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan penganugerahan pingat Datuk kepada pelakon terkenal Shah Rukh Khan atas jasa-jasanya mempromosikan Malaysia melalui filem-filemnya.

Bekas perdana menteri berkata bintang Bollywood itu "lebih berjasa" daripada beberapa tokoh negara luar yang pernah diberikan anugerah dan pingat kebesaran Malaysia.

shahrukh khanMenurut beliau lagi, Shah Rukh Khan antara pelakon tersohor yang berminat membuat filem di negara ini selepas ditawarkan olehnya sehingga Malaysia menjadi destinasi pembikinan filem beberapa lagi syarikat dari Mumbai.

"Saya telah usaha untuk menarik syarikat-syarikat perfileman Bollywood untuk membuat filem di sini kerana ia akan memperkenalkan Malaysia bukan sahaja kepada penonton filem di India tetapi di Eropah juga.

"Tujuannya ialah untuk menarik pelancong ke Malaysia.

"Antara yang sambut jemputan saya ialah Shah Rukh Khan. Dia amat tertarik dengan pemandangan di Malaysia.

"Banyaklah filemnya yang mempunyai latar tempat-tempat yang menarik di Malaysia," kata Dr Mahathir di blognya hari ini, mengulas pertikaian beberapa pihak berhubung keputusan kerajaan Melaka menganugerahkan gelaran Datuk kepada pelakon itu.

"Kerana Shah Rukh Khan memilih Malaysia untuk membuat filem-filemnya, banyak syarikat perfileman Bollywood lain turut memilih Malaysia untuk membuat filem mereka."

Beliau juga melahirkan rasa kesalnya dengan bantahan pihak-pihak itu dengan berkata "saya berasa malu apabila anugerah Datuk kepada Shah Rukh Khan dipertikaikan".


****hurm....macam-macamla pakcik Mahathir ni....kalau nak ikutkan kepala dia memangla dia setuju, mungkin dia ada kepentingan tertentu, ntah-ntah Khalil tu orang Mahathirla ni...habis perasaan rakyat dan golongan tertentu yang terguris dengan anugerah tu....apa cerita???

****tak kan nak biarkan macam tu je, orang lain takleh nak komplen ke???....biarla....masing-masing ada hak nak bersuara....mentang-mentangla pakcik Mahathir ni mantan PM, apa yang pakcik Mahathir cakap, semua orang nak kena setuju ke??? appaaalarr....



Tiada ulasan: