PHNOM PENH-Pertempuran bersenjata meletus hari ini antara askar Thailand dan Kemboja di zon sempadan yang menjadi punca pertikaian antara kedua-dua negara.
Pertempuran tersebut memarakkan konflik yang dikhuatiri boleh mencetuskan perang antara dua negara jiran itu.
Askar kedua-dua negara mula berbalas-balas tembakan pada 2.20 petang (3.20 petang) dan pertempuran berakhir lebih dua jam kemudian.
Kedua-dua pihak menuduh satu sama lain memulakan keganasan itu.
Setakat ini, seorang askar Kemboja dilaporkan terbunuh manakala empat askar Thai cedera dalam pertempuran itu.
Sementara itu, 10 askar Thai dikatakan menyerah diri kepada pihak lawan.
Pertempuran itu berlaku sehari selepas Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen memberi kata dua kepada Thailand supaya mengundurkan askarnya dari zon sempadan dekat kuil purba Preah Vihear.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan