Ribuan kakitangan kerajaan negeri, pusat dan penduduk berdekatan hadir menikmati pelbagai juadah yang disedia di 62 gerai.
Tempat letak kereta di bawah Plaza Kota Darulnaim dan ruang jalan kaki di hadapan blok 1 dan 2 menjadi tumpuan orang ramai. Kehadiran orang ramai begitu sendat sekali.
Majlis itu tambah meriah lagi dengan kehadiran Tengku Amalin A'ishah Putri. Hadir sama Timbalan Menteri Besar, Dato' Ahmad Yakub, Setiausaha Kerajaan Negeri. Dato' Mohd Aiseri Alias, anggota-anggota Exco, wakil-wakil rakyat dan pegawai kanan jabatan negeri dan persekutuan.
Hari ini persidangan Dun memasuki hari kelima dan berlangsung pembentangan anggaran Belanjawan Kelantan 2009 yang dibentang anggota Exco, Dato' Husam Musa mewakili Menteri Besar.
Jurucakap urusetia penganjur, sebanyak 62 gerai yang menghidangkan pelbagai juadah makanan dan minuman kepada pengunjung yang datang bertali arus.
Katanya, tujuan utama majlis itu diadakan bagi merapatkan hubungan kakitangan yang berada di dalam kompleks Kota Darulnaim dan dari segenap jajahan di Kelantan.
"Terdapat juga gerai-gerai dari pejabat tanah dan jajahan dan anak-anak syarikat kerajaan negeri yang menghidangkan pelbagai juadah seperti roti canai, laksa dan laksam, nasi dagang, satay, pulut ikan kering dan nasi air," katanya.
Manakala gerai yang menjadi tumpuan iaitu milik Pejabat Menteri Besar yang menghidangkan nasi beriani, roti jala dan kuzi ayam, Pejabat Majis Mesyuarat Kerajaan pulut ikan kering bersama rendang daging, Yayasan Islam Kelantan (pizza Arab) dan PKINK (mee mamak dan mee bandung).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan