Rabu, 15 Oktober 2008

Mesyuarat Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Puteh yang dijadualkan berlangsung pada 14 okt. , ditangguhkan ke satu masa yang belum ditentukan berikutan terdapat kes bantahan di peringkat cawangan.

Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Datuk Kamaruddin Mohd. Noor berkata, berikutan itu, pergerakan itu terpaksa menyelesaikan terlebih dahulu kes yang masih dalam siasatan pihak Jawatankuasa Pemantau yang ditubuhkan oleh Badan Perhubungan UMNO Kelantan.

“Mengikut jadual, mesyuarat itu akan diadakan di Dewan Lembaga Tembakau Negara (LTN) Padang Pak Amat pada 14 okt. bermula pukul 9 malam,” katanya ketika dihubungi untuk mengesahkan sebab-sebab pembatalan.

Beliau berkata, pergerakan Wanita UMNO bahagian itu juga turut mengalami masalah yang sama dan tarikh mesyuarat bahagian itu masih belum dapat ditentukan.

“Bagaimanapun satu lagi sayap, Pergerakan Puteri UMNO telah tidak ada apa-apa masalah, mereka telah menetapkan mesyuarat pada 1 November ini,” katanya.

Kamaruddin berkata, mesyuarat perwakilan UMNO bahagian pula akan diadakan pada 8 November ini untuk memberi peluang kepada kedua-dua sayap itu menyelesaikan kes masing-masing.

>>>bernama

Tiada ulasan: