Pejabat Timbalan Perdana Menteri hari ini menafikan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak mengeluarkan sebarang manifesto menyokong penawarannya bagi jawatan presiden Umno yang disiarkan oleh sebuah portal berita Internet "Malaysiakini" semalam.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan pejabat Timbalan Perdana Menteri di sini hari ini, ia menyatakan bahawa laporan "Malaysiakini dengan jelas adalah palsu dan mengelirukan."
"Keputusan Malaysiakini untuk menyiarkan berita itu sangat tidak beretika kerana mereka gagal mencari kesahihan perkara tersebut dengan Pejabat Timbalan Perdana Menteri sebelum menerbitkannya," katanya.
Ia menyatakan perilaku Malaysiakini dikesali dan tidak diterima.
"Sememangnya, ia menunjukkan kecuaian dalam laporan berita itu," katanya.
Kenyataan itu dikeluarkan sebagai respon pada satu e-mel yang disiarkan oleh Malaysiakini, yang kononnya daripada sebuah "Kumpulan Sokongan Najib" mengandungi apa yang dipanggil manifesto yang kononnya dikaitkan dengan Najib dan Malaysiakini, tanpa sebarang pengesahan daripada Pejabat Timbalan Perdana Menteri telah menyiarkan kandungan e-mel itu.
Ia menyatakan adalah penting untuk Malaysiakini menyiasat punca e-mel yang bertujuan jahat bagi ia membersihkan nama dan reputasinya.
"Malaysiakini telah memohon maaf kepada Timbalan Perdana Menteri mengenai perkara ini.
Bagaimanapun, adalah harapan kita bahawa Malaysiakini dan portal berita lain, tanpa mengira dasar editorial mereka, akan menjaga dirinya dalam cara yang beretika dan profesional.
"Berita palsu ini adalah langkah yang terkini dan jelas menunjukkan satu usaha yang dibuat bersama dengan pihak-pihak tertentu untuk mencemarkan imej Timbalan Perdana Menteri," katanya.
Ia menyatakan kebelakangan ini, sejak Pelan Peralihan Umno dipercepatkan ke Mac tahun depan, terdapat satu usaha yang konsisten dan berterusan oleh sesetengah laman web untuk mereka-reka dan menyiarkan laporan palsu dan berniat jahat untuk menjejaskan nama Timbalan Perdana Menteri.
"Kita harap orang ramai, khasnya pembaca laman web itu mampu membezakan kebenaran daripada kepalsuan apabila membaca bahan-bahan yang disiarkan," katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan