Khamis, 16 Oktober 2008

ISA terhadap RPK untuk lindungi Najib

Penggunaan ISA terhadap pengendali laman blog Malaysia-Today, Raja Petra Kamaruddin dianggap sebagai langkah menyekat 'kemaraan' blogger tersebut mendedahkan lebih banyak lagi keburukan pimpinan negara, khususnya berkaitan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak.

Isteri Raja Petra, Marina Lee Abdullah, berkata penahanan suaminya itu semata-mata menyekat Raja Petra berterusan menulis mengenai kepincangan Najib, khususnya menjelang peralihan kuasa tahun depan.

"Malah, dakwaan yang dikenakan terhadap beliau, sama seperti yang didakwa bawah Akta Hasutan sebelum ini. Kes itu masih dalam perbicaraan, tetapi sudah dikenakan ISA. Sebenarnya, penahanan itu bertujuan menyekat Raja Petra menulis," kata beliau ketika ditemui di kediamannya, di Sungai Buloh, hari ini.

Tiada ulasan: