Rabu, 15 Oktober 2008

Ketua Pemuda: Mukhriz kuasai 8 negeri




Selepas 72 Pemuda Umno bersidang setakat ini, ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir mendahului pencalonan bagi jawatan ketua Pemuda Umno Malaysia di lapan buah negeri.

Pada keseluruhannya, Mukhriz memperoleh sejumlah 40 pencalonan dan melepasi jumlah - 39 pencalonan - untuk bertanding jawatana tersebut.

bm version breakdown of nomination for youth chief 151008Manakala pesaing terdekatnya, ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mendapat 19 pencalonan dan hanya mendahului di satu negeri sahaja, iaitu Kelantan.

Malah, pencalonan bagi jawatan ketua Pemuda di Negeri Sembilan yang selama ini dianggap pro-Khairy juga berpihak kepada Mukhriz.

Sehingga ini, semua tiga pencalonan dari negeri tersebut - Rasah, Jelebu dan Jempol - memihak kepada Mukhriz.

Manakala di Perak - juga dianggap pro-Khairy - beliau dan Mukhriz masing-masing mendapat empat peencalonan.

Negeri-negeri lain yang memihak kepada Mukhriz ialah Kedah, Terengganu, Sabah, Pahang, Pulau Pinang dan Johor.

Mukhriz mendapat kesemua lima pencalonan dari Kedah manakala Khairy pula menguasai kesemua empat pencalonan di Kelantan setakat ini.

Khir Toyo dahulu di S'gor

Dua lagi calon jawatan Pemuda Umno ialah bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang setakat ini mendapat 12 pencalonan.

pencalonan bahagian pemuda umnoManakala timbalan ketua badan perhubungan Umno Perlis yang juga ketua Umno Padang Besar Datuk Zahidi Zainul Abdidin mendapat satu pencalonan dari bahagiannya.

Di Perak pula, Mukhriz dan Khairy masing-masing mendapat empat pencalonan manakala Dr Mohd Khir mendapat dua pencalonan.

Di Pulau Pinang, Mukhriz mendapat empat pencalonan, manakala Khairy dan Dr Mohd Khir Toyo masing-masing satu pencalonan.

Di Johor pula, daripada 12 pencalonan bagi jawatan ketua Pemuda, Mukhriz mendapat lapan pencalonan, Khairy (3) dan Dr Mohd Khir (1).

Manakala di Pahang, Mukhriz mendapat empat pencalonan dan Khairy mendapat dua pencalonan.

Di Sabah, daripada pencalonan bagi jawatan ketua Pemuda, Mukhriz mendapat enam pencalonan, Khairy (3) dan Dr Mohd Khir (1).

Sementara itu, Dr Mohd Khir mendahului pencalonan di Selangor dengan mendapat empat pencalonan, Mukhriz (3) dan Khairy (1).

>>>malaysiakini

Tiada ulasan: